webnovel

Dia Lebih Menakutkan

編集者: EndlessFantasy Translation

Selepas mendengar hal ini, Ye Lan mencerlung pada Xu Qingyan. Dia dibesarkan dengan gaya hidup lemah lembut dan bemula sebagai pelakon kanak-kanak. Jadi, semua yang dipelajarinya ialah daripada industri hiburan, termasuklah bagaimana membuli yang lemah dan menghina orang lain.

Selepas bertahun-tahun, dia sendiri tidak dapat mengingati berapa banyak tipu helah dan muslihat yang dikenakannya pada Xu Qingyan. Kini, apabila keadaan sudah berubah, Ye Lan cuba kelihatan tenang, tetapi jauh di sudut hatinya, dia panik.

Orang Tua Xu tidak pernah melawati rumah mereka sebelum ini. Jadi, sesuatu seperti ini tidak pernah berlaku. Tetapi, kali ini…

… Orang Tua Xu sendiri menyaksikan pasangan itu membuli Xu Qingyan. Nampaknya, Ye Lan mungkin akan dikunjungi penderitaan.

Bapa Xu, Orang Tua Xu dan Ye Lan memandang Xu Qingyan, menunggu respons. Namun, selepas beberapa ketika, dia akhirnya menyebut perlahan-lahan, "Saya tak kisah…"

ロックされた章

webnovel.com で好きな作者や翻訳者を応援してください

次の章へ