webnovel

Bila Presiden Mo Pernah Kalah?

編集者: EndlessFantasy Translation

"Tengok, dia dah sampai." Bapa Quan tersenyum semasa dia melihat Mo Ting dan Tangning memasuki dewan itu. Kemudian, dia memberi isyarat kepada Quan Ye supaya berdiri.

Tuan Kedua Mo juga terpandang akan Mo Ting, tetapi matanya tidak kekal pada Mo Ting. Lagipun, dia sudah melihat wajah Mo Ting berdekad lamanya. Tak ada apa-apa yang baru. Sebaliknya, Tuan Kedua Mo memandang wanita di samping Mo Ting, Tangning.

Sekilas pandang, wanita muda ini sedikit dingin tetapi dia tidak kelihatan bongkak. Dia pendiam dengan renungan yang tidak menakutkan. Orang di sekelilingnya akan berasa selesa secara semula jadi.

Pada asalnya, seluruh keluarga sudah menjangkakan anak saudaranya ini akan kekal membujang selama-lamanya. Siapa sangka dia akhirnya akan terjaga.

Namun, adakah seseorang daripada industri hiburan boleh menjadi suci?

"Duduk. Kamu tersekat dalam kesesakan lalu lintaskah?" Tuan Kedua Mo segera bertanya.

ロックされた章

webnovel.com で好きな作者や翻訳者を応援してください

次の章へ