webnovel

Kerana Ia Tubuh Sempurna

編集者: EndlessFantasy Translation

Keesokan harinya, kerana Tangning perlu bekerja pada jam 8 pagi, dia bangun tidur pada jam 6.30 pagi. Kemudian, dia mengarahkan Long Jie menyediakan sarapan sebelum membawa makanan itu senyap-senyap ke bilik Mo Ting.

Memandangkan Mo Ting terus bergegas ke studio fotografi itu selepas mendarat semalam, dia tidak mempunyai masa untuk menyusun pakaian dan dokumennya. Pada ketika ini, semua barangnya berselerak di atas sofa.

Tangning tahu Mo Ting kepenatan. Jadi, dia mengemaskan semuanya dengan lemah lembut sebelum meletakkan sarapan yang berbau enak itu di atas meja di luar bilik tidur Mo Ting.

Akhirnya, dia berjalan kaki ayam ke katil Mo Ting dan duduk di bucu katil sebelum melarikan jari-jemarinya pada wajah Mo Ting yang kacak.

Nampaknya, Mo Ting sudah terjaga sejak tadi. Ketika dia merasakan jari jemari Tangning membelai wajahnya, dia menarik Tangning dan meletakkan kepalanya di atas peha Tangning.

ロックされた章

webnovel.com で好きな作者や翻訳者を応援してください

次の章へ