webnovel

Biar Saya Tunduk Hormat kepada Kamu!

編集者: EndlessFantasy Translation

"Hei, kamu semua dah tengokkah rakaman di kedudukan teratas senarai carian?"

"Gosip apa kali ini?"

"Apa lagi? Rupa-rupanya, Tangning difitnah dengan sangat teruk semalam kerana CEO Syarikat Hiburan Cheng Tian tidak suka yang dia tidak mendnegar cakap. Dia ingat dia siapa? Dia ingat dia Tuhan yang ada kawalan sepenuhnya ke atas orang lain?"

"Jadi, keadaan berubah lagi?"

Masyarakat internet segera membuka rakaman di kedudukan teratas carian. Ia merupakan rakaman lengkap antara pengurus Tangning, An Zihao dan CEO Cheng Tian, Lan Xi. Ramai orang yang mengenali mereka. Jadi, suara mereka dapat dicam dengan mudah.

Kandungan rakaman itu melibatkan An Zihao menyoal Lan Xi kenapa dia tidak berpuas hari selepas berjaya memusnahkan reputasi Tangning dan Lan Xi membalas dengan bongkak yang ia kerana Tangning tidak patuh. Walaupun ia mengenai memusnahkan artis agensinya sendiri, Lan Xi langsung tidak teragak-agak.

ロックされた章

webnovel.com で好きな作者や翻訳者を応援してください

次の章へ