webnovel

Ia Tak akan Jatuh ke Tangan Orang Lain

編集者: EndlessFantasy Translation

Sejak datuk Ning Xi mengumumkan wasiatnya, ahli keluarga Ning yang lain telah berusaha untuk mendapatkan sahamnya yang sebanyak 10%.

Disebabkan Ning Xi ada sesuatu yang mereka mahukan, mereka mungkin akan berlembut dengannya dan cuba membelinya dengan harga yang tinggi. Jika dia memegangnya buat masa yang lama, sudah pasti mereka akan menggunakan cara yang lebih ekstrem. 

Ning Xi berasa inilah masa untuk menyelesaikan segala-galanya. 

Ning Xi hendak menghubungi Ning Qiutong selepas penggambaran komersialnya bersama Syarikat Lu berakhir. Walau bagaimanapun, sebelum dia sempat melakukannya, Ning Qiutong yang menghubunginya terlebih dahulu.

"Xiao Xi, kamu lapang tak sekarang?" suara Ning Qiutong yang lembut kedengaran dari hujung talian. 

"Mak Cik, kebetulannya! Saya baru nak hubungi kamu! Saya nak bincangkan sesuatu dengan kamu," kata Ning Xi. 

"Kalau macam tu, datanglah tempat saya. Saya ada dekat dewan Hotel Jaz Diraja," minta Ning Qiutong.

ロックされた章

webnovel.com で好きな作者や翻訳者を応援してください

次の章へ