Tak guna! Dia terlalu gementar apabila memikirkan khabar angin mengenai Han Xiao, jadi dia sudah tersalah taip. Sepatutnya dia menulis "saya" dan bukannya "ma".
[Bro Han Xiao, maksud saya, kamu masih ingat saya tak? Saya David, kawan Jill. Kita pernah jumpa masa di Itali!]
David menulis mesejnya beberapa kali, kemudian dia memilih ayat yang paling sesuai untuk dihantar.
[Oh, David, saya tak kenal kamu.]
David berasa sedikit kekok melihat jawapannya kerana dia masih ingat yang mereka pernah berjumpa di Itali. Malah, dia duduk betul-betul di sebelah Jill.
[Haha, Bro Han Xiao, kamu mesti sangat sibuk kan. Kita pernah jumpa sebelum ni. Kamu satu kelas dengan Jill kan? Saya kawan baik dengan dia.]
Walaupun Han Xiao telah melupakannya, dia tidak boleh melupakan Jill.
[Kamu nak apa?] balas Han Xiao.
[Bro Han Xiao, saya dapat tahu yang kamu ada di Empayar sekarang ni. Kebetulan saya pun ada di sini! Kalau boleh saya nak jumpa dengan kamu.]
webnovel.com で好きな作者や翻訳者を応援してください