Si Cilik tidak mengendahkan Lu Jingli. Dia berpaling dan bersedia untuk bawakan bento yang penuh dengan kasih sayang itu kepada ibunya.
Lu Jingli menggaru kepala. "Tak berhasil! Tapi janganlah kecewa sangat, mungkin Kakak Ipar ada cara untuk buat Si Cilik bercakap lagi."
Mata Yan Ruyi dan Lu Chongshan serta-merta bersinar semula apabila mendengarnya. Yan Ruyi menggesa, "Kalau macam tu, jomlah lawat Xiao Xi dekat hospital!"
Lu Jingli berasa geli hati. Ahem, Xiao Xi?
Inilah kali pertama dia mendengar ibunya memanggil Ning Xi dengan begitu mesra…
Selepas itu, mereka berlima segera ke hospital untuk melawat.
Kemudahan di hospital swasta itu sangat mewah. Wad Ning Xi seakan-akan sebuah bilik suite di hotel dengan hiasan dalam yang cantik dan selesa. Keadaan itu membuatkan dia seolah-olah sedang bercuti dan bukannya ditahan di wad.
webnovel.com で好きな作者や翻訳者を応援してください