webnovel

Awak Nampak Hebat

編集者: EndlessFantasy Translation

"Mestilah, saya tak kisah. Saya cuma takut menyusahkan je."

"Tak menyusahkan pun! Kami suka kalau awak boleh datang! Kalau macam tu, jumpa esok ya!" Zhuang Keer mengabaikan adiknya.

"Baiklah, jumpa esok!"

Ning Xi mula menyanyikan sebuah lagu sambil mencari baju untuk dipakai selepas dia mematikan talian.

"Angin awak baik ya?" tanya Lu Tingxiao apabila dia melihat Ning Xi gembira selepas bercakap dengan Zhuang Keer.

"Hahaha… Lu Tingxiao! Saya nak bagitau sesuatu yang lucu ni!" Ning Xi menceritakan kepadanya bagaimana dia telah mengusik Zhuang Rongguang dari awal hingga akhir.

"Saya pakai baju lelaki sebelum ni, jadi dia selalu ingat yang saya ni lelaki. Akhir sekali, saya cakap dekat dia kalau dia boleh kalahkan saya, saya akan pakai gaun warna merah jambu dan jalan tiga pusingan dekat kawasan menembak! Budak tak guna tu dah berlatih sungguh-sungguh semata-mata nak kalahkan saya!"

ロックされた章

webnovel.com で好きな作者や翻訳者を応援してください

次の章へ