Kali ini, ada sepasang suami isteri yang baru berkahwin tidak lama selepas mereka berjumpa untuk janji temu. Gadis itu sudah mengadu sejak berada di kaki gunung itu lagi. "Ya Tuhan! Tingginya! Kita memang berjalan sampai atas ke? Saya boleh bayang saya akan mati dekat separuh jalan!"
"Tak apa, saya akan dukung kamu kalau kamu penat!"
"Kamu memang yang terbaik!"
…
Lu Tingxiao memandang gadis di sebelahnya apabila terdengar perbualan pasangan yang baru berkahwin itu, "Mengantuk lagi ke?"
Ning Xi memuncungkan bibirnya, "Semua ni salah kamu!"
Lu Tingxiao buat Si Ban Kecil tidak gembira semalam, jadi Ning Xi perlu pujuk Si Ban Kecil dan hanya sempat tidur beberapa jam sahaja.
Lu Tingxiao faham apa yang Ning Xi maksudkan. Tapi, ia perkara yang betul-betul berbeza daripada apa yang orang lain bayangkan...
Jadi, mereka memang dah berbaiklah! Mereka buat tu sepanjang malam ke?
webnovel.com で好きな作者や翻訳者を応援してください