webnovel

Mestilah Boleh

編集者: EndlessFantasy Translation

Ning Xi berkerut. "Anak kami memang tak ada beritahu kami pun tentang ni."

Cikgu itu mengeluh, "Kalau macam tu, mungkin sebab dia tak nak menyusahkan dan dia sengaja tak beritahu puan… Saya nak telefon dan tanya semalam tapi Si Cilik ni matang sangat budaknya. Dia sendiri beritahu saya jangan telefon, dia takut mengganggu puan dengan suami…"

"Haih, walaupun puan dengan tuan sibuk, salah seorang boleh je luangkan masa tengah hari ni, kan? Tadi saya teragak-agak tapi saya telefon juga. Saya harap puan dan suami boleh fikirkan. Lagipun, ni aktiviti bersama ibu bapa yang pertama untuk Lu Qingyu sejak dia masuk sekolah kami ni!"

Mata Ning Xi bergenang apabila mendengar kata-kata cikgu itu. 

Tapi perasaan Lu Tingxiao betul-betul berbeza selepas mendengar apa yang cikgu itu katakan.

Memanglah Ning Xi sangat sibuk kebelakangan ini, tapi Lu Tingxiao tahu yang dia sendiri tak sibuk pun beberapa hari lepas.

Kenapa Si Cilik tak beritahu dia?

ロックされた章

webnovel.com で好きな作者や翻訳者を応援してください

次の章へ