webnovel

Ciuman di Khalayak Ramai

編集者: EndlessFantasy Translation

Zhuang Keer cuba memujuk dirinya supaya fokus kepada Lu Tingxiao, tetapi mata dan hatinya enggan berbuat demikian. Dia tidak dapat menahan dirinya daripada terus memerhatikan Ning Xi dan Si Qiao Kecil. 

Jantungnya berdegup kencang. Adakah lelaki itu... akan memilih Si Qiao Kecil? 

Mustahil!

Dia yang bercakap dengan lelaki itu dulu!

Zhuang Keer sudah tidak sanggup untuk terus menonton adegan ini. Api kemarahannya semakin marak. Dia tidak mahu terus duduk di situ dan menunggu seperti orang dungu...

Semua mata kini tertumpu kepada Ning Xi. 

Ning Xi langsung tidak menyangka yang Si Qiao Kecil akan meminta sesuatu seperti itu. Cabaran gadis itu sememangnya telah membuatkan situasi ketika ini semakin janggal. 

Dia tahu yang Si Syaitan pasti akan cemburu. Tetapi, kalau Si Syaitan tidak ada di sini ketika ini pun, dia masih lagi boleh berfikiran waras.

ロックされた章

webnovel.com で好きな作者や翻訳者を応援してください

次の章へ