Lu Jingli kalut memikirkan bagaimana kalau Xiao Xi Xi sampai nanti dan nampak perkara yang tidak sepatutnya. Dia berasa begitu serabut sehingga dia tidak ada perasaan untuk mengurat gadis-gadis di sekelilingnya. Perlahan-lahan dia mendekati abangnya dan berkata, "Bro, kamu rasa patut tak kita cipta alasan dan beritahu Kak Ipar supaya jangan datang ke sini?"
Jari-jemari Lu Tingxiao yang runcing mengetuk lengan kerusi sebelum dia berkata, "Rasanya dia dah dalam perjalanan datang ke sini. Nanti saya hantar mesej suruh dia datang ke rumah saya."
Lu Tingxiao tidak mahu ambil apa-apa risiko. Dia bangun dan bersedia untuk meninggalkan tempat itu.
webnovel.com で好きな作者や翻訳者を応援してください