Wanita sosialit itu membelek-belek kukunya yang terjaga rapi sambil memandang wajah cantik Ning Xi. Dia berkata dengan dingin, "Sekarang, kamu patut melutut dan minta maaf pada saya. Janji yang kamu tak akan kacau teman lelaki orang lain lagi. Merangkak keluar dari bar ini dan saya akan lupakan apa yang berlaku! Kalau tak, jangan mimpi kamu dapat pergi dari sini!"
"Kamu nak pergi selepas menyinggung perasaan Cik Li kami? Tak semudah itu!"
Sekumpulan samseng milik wanita sosialit itu perlahan-lahan mendekati Ning Xi. Dia menjeling mereka dan mematahkan jari-jemarinya dengan tenang...
"Hehe, Kak Lan. Apa yang gadis ni dah buat pada kamu sampai kamu marah macam ni sekali?"
Encik Li yang tadi sedang menikmati minumannya di tempat duduk VIP, tiba-tiba mendekati mereka dan memandang wanita sosialit itu dengan senyuman manis.
webnovel.com で好きな作者や翻訳者を応援してください