webnovel

Pemadam Api yang Hebat

編集者: EndlessFantasy Translation

"Tuan Lu, bukan tu maksud saya. Kalau Tuan berniat supaya saya boleh luangkan lebih banyak masa bersama Si Cilik, saya boleh datang sini dengan lebih kerap sebagai seorang kawan," ujar Ning Xi.

"Adakah kamu sedang menolak tawaran saya sekarang?" Air muka Lu Chongshan mula berubah.

Walaupun tekanan yang dikeluarkan oleh Tuan Lu sangat kuat, mungkin kerana Lu Tingxiao ada di sebelahnya, Ning Xi berani untuk menjawab, "Ya."

"Kamu mengarut!"

Lu Chongshan sudah biasa berada di atas orang lain dan arahannya selalu dituruti. Sebab itulah dia tidak boleh menerima kenyataan seorang artis hingusan seperti Ning Xi sedang menolak tawarannya. Dia mula mengamuk.

Lu Tingxiao hanya mendiamkan diri. Tangannya diletak di belakang kerusi Ning Xi. Walaupun dia tidak berkata apa-apa, posisinya itu menunjukkan dia sedang melindungi gadis itu.

Kehadiran Lu Tingxiao terus membuatkan Ning Xi berasa tenang.

ロックされた章

webnovel.com で好きな作者や翻訳者を応援してください

次の章へ