"Sayang, kamu takut ke?" Ning Xi memandang Si Cilik dengan perasaan bimbang.
Si Cilik menggelengkan kepalanya dan memeluk Ning Xi. Dia langsung tidak kelihatan takut, malahan kelihatan agak muram.
Kenapa dia hanya berumur lima tahun?
Dia betul-betul ingin membesar menjadi seorang dewasa secepat mungkin.
Dengan cara itu, dia akan mampu untuk melindungi gadis itu dan bukan hanya melihat dari jauh.
Lu Tingxiao seperti dapat membaca fikiran anaknya. 'Ini tugas ayah kamu, jadi berhenti cuba untuk melakukannya.'
"Hanya beberapa orang saja tahu alamat rumah saya. Siapa yang hantar bungkusan-bungkusan ini..." Ning Xi merengus sambil mencapai salah satu kotak bungkusan itu. Dia melihat nama pengirim, tetapi tulisan tangan itu terlalu kabur, jadi dia tidak mampu untuk membacanya.
Lu Tingxiao baru sahaja ingin bertanya kalau gadis itu perlukan sebilah pisau, tetapi Ning Xi sudah pun mengoyakkan bungkusan itu dengan tangannya.
webnovel.com で好きな作者や翻訳者を応援してください