Reaksi pertama Zhang Qiang ialah merayu meminta belas kasihan daripada Ning Xi. "Saya tak nak, saya tak nak! Nenek saudara, tolong lepaskan saya! Saya telah dirasuk sebelum ni, sebab itu saya bercakap bukan-bukan! Tak mungkin saya berani terima duit kamu!"
"Siapa cakap saya akan bagi kamu duit?" Ning Xi menyepak Zhang Qiang.
Zhang Qiang terus melutut semula di hadapan Ning Xi. Wajahnya kelihatan tidak bersalah. "Tapi, bukan tadi kamu cakap..."
Perempuan panas baran di hadapannya ini betul-betul membuatkan Zhang Qiang berasa seperti mahu gila.
Ning Xi memandang dengan dingin. "Kamu duduk saja di rumah dan tunggu berita dari saya. Selagi kamu jaga perangai kamu, banyak duit yang akan menanti kamu. Kalau tidak..."
Ah? Perempuan ini mahu menghubunginya lagi? Bukan dia sudah serahkan segala maklumat? Bukan sepatutnya mereka berdua tidak akan berhubung lagi? Kenapa dia masih lagi diganggu? Dia tidak mahukan duit! Dia lebih sayangkan nyawanya!
webnovel.com で好きな作者や翻訳者を応援してください