webnovel

Amukan Si Cilik

編集者: EndlessFantasy Translation

"Abang, kamu telah balik! Si Cilik kamu ni tiba-tiba mengamuk!"

"Apa yang terjadi?" Lu Tingxiao bertanya dengan perlahan.

"Saya tak tahu. Bila dia bangun sahaja, dia mula mencari seseorang. Saya ingat dia mungkin mencari Ning Xi. Jadi, saya beritahu Mak Cik cantik itu telah pergi. Lepas itu, dia terus mengamuk. Nampaknya Si Cilik amat suka pada Ning Xi. Dia tak nak dengar cakap sesiapa pun sampai jadi macam ini!"

Ini kali pertama dalam masa yang lama, emosi Si Cilik begitu terganggu.

Selepas mendengar keseluruhan cerita, Lu Tingxiao menuju ke arah Si Cilik.

Budak kecil itu terkejut dan berundur semula selepas sedar kehadiran Lu Tingxiao. Matanya penuh waspada. Dia tidak mahu menegur bapanya diri sendiri.

Lu Tingxiao berhenti tiga langkah dari Si Cilik dan berkata dengan tenang. "Apabila bapa saudara kamu beritahu Mak Cik telah beredar, itu memang betul. Mak Cik sudah sembuh sepenuhnya dan telah pulang ke rumah. Dia tidak mati dan sudah pergi dari dunia ini. Hal ini tidak sama dengan nenek kamu yang telah meninggal dunia dan tidak akan kembali. Kamu faham?"

Lu Tingxiao berkata dengan sabar terus bercakap.

Lu Jingli terdiam. "Biar betul? Saya cuma cakap tiga perkataan 'dia sudah pergi'. Sampai begitu sekali dia bayangkan?"

Sebenarnya, tidak hairan jika fikiran Si Cilik kacau bilau, kerana dia telah trauma dan terkejut setelah melihat Ning Xi jatuh.

Selepas mendengar penjelasan Lu Tingxiao, Si Cilik berhenti menjerit, dan mendiamkan diri di tepi tingkap.

Selepas itu, Lu Tingxiao mengeluarkan satu nota. "Dia minta saya bagi ini kepada kamu. Kamu mahu tengok?"

Si Cilik berhenti untuk berfikir sejenak, dan seperti baru dihidupkan suis, dia mengangkat kepala dan menghulurkan tangan kepada Lu Tingxiao, meminta untuk diangkat.

Lu Jingli, "…"

Semua doktor dan jururawat yang hadir, "…"

Semua orang telah berusaha bersungguh-sungguh sehingga mahu pengsan. Namun, Lu Tingxiao berjaya mengawal keadaan dengan hanya sekeping nota?

Sebelum ini, apabila Lu Tingxiao meminta Ning Xi menulis nota itu, Lu Jungli berasa bahawa perbuatan abangnya itu tidak bermakna. Namun, sekarang dia berasa kagum.

Lu Tingxiao mengangkat anaknya dan duduk di atas sofa. Seterusnya, dia menghulurkan nota itu kepada anaknya.

Little Treasure mengambil nota itu dengan cepat. Dia sudah lama pandai membaca dan menulis.

"Sayang, terima kasih kerana selamatkan saya. Kamu memang menakjubkan…"

Apabila dia membaca perkataan di atas nota itu dan melihat satu lukisan hati di belakangnya, matanya berkilau dan mukanya kemerahan. Dia tidak dapat menahan dirinya daripada tersenyum, sampai pipinya menjadi kembang. Mukanya sangat comel.

Rupa Lu Jingli seperti terlihat hantu. "Alamak, adakah saya mula buta Abang? Si Cilik kita tersenyum! Saya tak ingat kali terakhir dia senyum! Apa yang Ning Xi tulis dalam nota itu?"

Lu Jingli cuba mencuri baca isi nota itu, tetapi Si Cilik menyembunyikan nota itu dengan cermat seperti harta karun.

Namun, Lu Jingli sempat membaca isi nota itu. Ia hanya mesej ringkas. Namun, ia menggembirakan Si Cilik begitu sekali? Ning Xi ini bukan orang biasa!

Lu Tingxiao tidak berkata apa-apa. Dia hanya memandang anaknya dengan pandangan lembut.

Oleh kerana Si Cilik telah bangun, Lu Tingxiao membawa dia pulang ke rumah selepas membatalkan semua urusan perniagaannya supaya dia dapat menemani anaknya.

Lewat malam, di Residensi Platinum No. 8.

Di dalam ruang tamu besar yang tidak ceria, sejuk, dua orang, satu besar dan satu kecil, duduk di meja makan sambil memandang satu sama lain. Riak wajah mereka dingin.

Lu Tingxiao berkata, "Makanlah."

Si Cilik tidak menghiraukannya.

Lu Tingxiao bercakap, "Saya ulang untuk kali terakhir."

Si Cilik masih tidak bergerak.

Lu Tingxiao bertanya, "Kamu ingat kalau kamu enggan makan, kamu akan berjaya mengancam saya?"

Si Cilik, seperti sami bermeditasi, telah tinggal sepenuhnya dalam dunia kecilnya. Dia tidak menunjukkan sebarang reaksi.

Kedua-dua bapa dan anak ini terus menghadap satu sama lain dengan senyap.

Satu jam kemudian…

Lu Tingxiao dail nombor adiknya, Lu Jingli. "Hantar alamat Ning Xi kepada saya."

Akhirnya, melaparkan diri berkesan.

Lu Jingli sangat cekap dan menghantar alamat Ning Xi ke telefon bimbit abangnya. Sambil bertanya pelbagai soalan untuk memuaskan nafsu gosipnya. Semua pertanyaan itu semestinya diabaikan oleh Lu Tingxiao.

Kali ini, tanpa bicara dari Lu Tingxiao, Si Cilik menurut belakang ayahnya apabila melihat ayahnya mengambil kot dan kunci keretanya.

Lu Tingxiao melihat anaknya berjalan di sisi. Dia tiada pilihan selain mengangkat dan mendukung Si Cilik sambil bercakap, " Cuma kali ini saja."

次の章へ