webnovel

Diperangkap?

編集者: EndlessFantasy Translation

"Jadi dialah orangnya." Komander berkata, "Bila dia keluar dari Dunia Mecha?"

"Dia belum keluar," balas orang tersebut.

Semua orang mula faham. Lin Five berasa teruja. Adakah orang yang mengalahkan mereka itu ialah Dewa Langit, Qi Yaoyang? Dia ialah pengendali mecha terhebat selepas 13 mahaguru mecha kelas dewa. Lin Five tidak malu jika kalah dengan Qi Yaoyang. Qi Yaoyang terkenal sebagai orang yang tidak pernah kalah di medan tempur.

Komander itu mempertimbangkannya. Dia berpendapat, cuma Qi Yaoyang yang mampu mengalahkan orang baru dalam pasukannya. Biarpun Qi Yaoyang mengkhusus dalam serangan tempur jarak dekat dan bukan jarak jauh, namun semua itu tidak begitu penting bagi seseorang di tahapnya. Mungkin Qi Yaoyang mahir dalam kedua-duanya. Cumanya satu kemahiran itu lebih tinggi daripada yang satu lagi.

ロックされた章

webnovel.com で好きな作者や翻訳者を応援してください

次の章へ