webnovel

Rekod Baru yang Tidak Dijangka

編集者: EndlessFantasy Translation

Sudah tentulah Ling Lan juga boleh memilih untuk bertempur hanya dengan bertindak balas terhadap pergerakan lawannya. Walau apa sekalipun cara bertempur yang dipilih oleh lawannya, begitulah juga caranya dia akan mematahkan serangan. Malangnya, Wu Jiong enggan mengikut rancangan Ling Lan. Dengan kata lain, Wu Jiong bertekad untuk tidak mengambil inisiatif untuk menyerang, sebaliknya mahu Ling Lan yang memulakan serangan.

Oleh sebab itu, pada saat ini, Ling Lan sedang pening kepala. Ini juga sebabnya mengapa perlawanan Qi Long sudah saling berbalas serangan lebih seratus pergerakan, tetapi dalam perlawanan Ling Lan pula, hanya lebih kurang sepuluh gerakan yang teragak-agak telah dilakukan. Maksudnya, sebahagian besar masa dibazirkan dengan kedua-dua pelajar ini hanya mengelilingi satu sama lain.

ロックされた章

webnovel.com で好きな作者や翻訳者を応援してください

次の章へ