webnovel

Kenapalah Saya Asyik Cari Mati?

編集者: EndlessFantasy Translation

Ketika dia membuka matanya, Tujuh Dari Puak Su berasa seperti dia sedang bermimpi.

Dia sedang tidur di tempat Mahaguru Ubat semalam, tapi apabila dia bangun sekarang, tidak sangka dia menemui dirinya berada di dalam sebuah keranda? Bukan itu sahaja, dia juga mendapati yang dia berasa sakit kepala, seperti sedang mabuk.

Walau bagaimanapun, dia dan Mahaguru Ubat tidak minum pun semalam...

Sudah tentu, keranda ini tidak akan menghentikan Tujuh Dari Puak Su. Dia mengeluarkan tangannya dan menolak sedikit, lalu menolak penutup keranda dan lapisan tanah di atasnya.

Setelah keluar daripada keranda itu, dia mendapati terdapat batu nisan yang disusun. Kata-kata ini tertulis di atasnya: 'Kubur kawan baik saya, Tujuh Dari Puak Su – dibina oleh Pendekar Berang Melulu Tiga'.

Pada masa itu, Tujuh Ketawa. 

Suara tawa marahnya kedengaran di kawasan sekeliling, kelihatan sangat menakutkan.

ロックされた章

webnovel.com で好きな作者や翻訳者を応援してください

次の章へ