webnovel

Naga Putih Kecil di Dalam Keranda Kristal

編集者: EndlessFantasy Translation

"Kenapa awak tutup mata?" Selepas melihat Song Shuhang menutup matanya, Sembilan Tanglung tidak tahu manu ketawa atau menangis. "Saya pakai baju lain di dalamlah."

Selepas mendengar kata-kata ini, Song Shuhang mengalihkan tangannya dan tersenyum canggung.

Di bawah jubah sami berwarna putih - hijau, Sembilan Tanglung memakai jubah lain berwarna hijau -kelabu. 

Setelah membuka lapisan luar bajunya, dia menterbalikkan jubah itu. 

Ketika bahagian dalam jubah itu boleh kelihatan, Song Shuhang nampak ia dipenuhi dengan batu permata. Setelah jubah itu diterbalikkan, semua batu permata itu berhubung antara satu sama lain, mengubah jubah itu ke dalam sesuatu seperti gerudi.

"Hehehe, awak fikir lubang kecil ini cukup untuk hentikan saya? Naif!" kata Sembilang Tanglung dengan bangganya. Setelah itu, dia menghulurkan tangannya dan mengambil jubah seperti gerudi itu.

Sejurus selepas itu, jubah itu mula berputar dengan gila.

ロックされた章

webnovel.com で好きな作者や翻訳者を応援してください

次の章へ