webnovel

Saya akan Tunjukan Tekad Saya!

編集者: EndlessFantasy Translation

Song Shuhang mengepalkan penumbuknya dengan kuat. Ciri-ciri unik lelaki ini sepadan dengan keterangan Lin Tao bagi orang yang membayarnya untuk mengumpulkan maklumat tentang Shuhang.

Seperti yang dijangkakan, itulah lelakinya. Dia telah berkata kepada Limpahan Kabus Ungu yang dia nekad untuk menyelesaikan masalahnya. Kini sudah tiba masanya untuk dia melihat sejauh mana dia dapat melaksanakan tekad yang dia janjikan itu. 

Tiba-tiba, lelaki berlengan panjang itu berpaling dan memandang ke arah Song Shuhang.

Kemudian, dia menundukkan kepalanya, membuka telefon Zhao Yaya dan menghubungi satu nombor.

Telefon di dalam poket Song Shuhang berbunyi, itu nombor Zhao Yaya. Dia telah ditemui.

Ini sudah dijangkakan. Lagipun dia baru sahaja belajar teknik bertapa Penubuhan Asas selama dua hari dan teknik mental selama sehari. Dia sudah jangka yang lawannya itu akan menemuinya.

Song Shuhang mengangkat telefon.

Lelaki bertangan panjang itu mendedahkan sebuah senyuman yang menyeramkan dan suara Zhao Yaya keluar dari mulutnya,

"Akhirnya aku dah jumpa kau, Song Shuhang."

Lelaki itu meletakkan telefon selepas menghabiskan ayatnya.

Sejurus selepas itu, lelaki itu mengambil Zhao Yaya yang pengsan dan menuju ke arah sebuah lorong di belakang studio gambar perkahwinan.

Song Shuhang mematikan telefonnya dan memejamkan matanya dengan kuat untuk menenangkan diri. Selepas seketika, dia meninggalkan rumah Guo Xin dan mengejar selepas lelaki yang mempunyai tangan yang panjang itu.

Di sebuah lorong dengan jalan mati.

Zhao Yaya bersandar pada dinding di lorong itu. Nampaknya dia tidak mengalami apa-apa kecederaan.

Song Shuhang berdiri sejauh lima meter dari lelaki berlengan panjang itu.

Lelaki itu memandang ke arah Song Shuhang dan tertawa pahit sambil bercakap dengan suara Zhao Yaya,

"Kau datang juga ke sini Song Shuhang. Aye yai yai, wajah kau nampak teruk." 

Wajah Song Shuhang tidak menunjukkan apa-apa reaksi.

"Menarik, sewaktu kau berada di dalam bangunan tadi, kau tidak terkejut dengan kehadiran aku sebab kau hanya rasa marah. Kau sudah kenal akukah? Aku tak sangka. Mulanya aku nak buat kejutan pada kau."

Lelaki itu terus bercakap dalam suara Zhao Yaya.

Wajah Song Shuhang masih tidak menunjukkan apa-apa reaksi.

"Adakah suara aku buat kau terganggu? Kau tak perlu marah, ia hanya teknik menukar suara yang mudah."

Lelaki itu berkata dengan nada yang menyindir. Ketika dia bercakap, suaranya kembali menjadi suara lelaki serak dengan nada rendah.

Bukan sahaja suaranya, malah tubuhnya yang berlengan panjang itu juga boleh berubah mengikut kehendaknya.

"Tetapi, aku dah cukup gembira kerana kau berada di sini. Itu tunjukkan yang kau ambil berat dengan gadis di sebelah aku ini. Dia sepupu kau, kan?"

Lelaki itu menyambung ayatnya dalam nada yang aneh,

"Memang lucu sebab kau ambil berat dengan nyawa seorang manusia biasa! Tuan~ Song~ Shu~ hang, jawab soalan aku. Adakah kau menyesuaikan diri sepenuhnya dengan dunia manusia atau kau memang seorang manusia?"

Wajah Song Shuhang tetap tidak menunjukkan apa-apa reaksi.

"Aku sudah periksa semua maklumat kau. Kau hanya seorang budak biasa. Semua maklumat yang aku dapat dari masa kau seorang kanak-kanak tunjukkan yang kau seorang manusia biasa!"

Lelaki itu mula berteriak dengan kuat secara tiba-tiba.

"Aku tak faham kenapa Mahaguru Altar perlu takut dengan manusia biasa macam kau ni, hah? Sampaikan dia fikir yang kau ini seorang pertapa lama yang sedang menyesuaikan diri dalam dunia manusia biasa dan maklumat tentang kau itu semuanya palsu. Dia juga fikir yang semua kawan-kawan dan keluarga kau itu orang yang tidak dikenali dan aku tidak boleh gunakan mereka untuk mengugut kau. Dia juga sudah keluar dari Bandar Kolej Jiangnan tahu tak?!"

Song Shuhang masih kekal dengan wajah tanpa ekspresinya itu. Tetapi dia gembira kerana berjaya mendapat beberapa maklumat yang menarik.

"Dia bukan saja tolak maklumat dari aku, tapi dia juga dah ambil 'Cecair Penguat Badan' yang sepatutnya menjadi ganjaran untuk aku. Ini semua sebab kau, Song Shuhang! Mengapa Mahaguru Altar perlu ragu-ragu dengan kau yang cuma seorang manusia biasa ni?"

Lelaki itu meneruskan percakapannya, "Sekarang beritahu aku, Song Shuhang. Beritahu aku yang kau itu hanya manusia biasa! Lepas itu, biar aku bunuh kau di penghujung lorong yang sunyi ini! Kemudian, aku akan beritahu Mahaguru Altar yang kau cuma seorang manusia biasa dan aku akan ambil semula 'Cecair Penguat Badan' yang sepatutnya jadi milik aku tu!

Kau tak akan dapat lari daripada aku. Aku seorang pertapa yang sudah melakukan Bukaan Mata dan Hidung. Kau tak akan ada peluang untuk melarikan diri! Di hujung lorong yang sunyi ini, tak ada siapa yang akan menyelamatkan kau! Aku akan bunuh kau dan cairkan kau dengan Cecair Pengurai Mayat. Kau tidak akan mempunyai peluang untuk melarikan diri!"

Lelaki berlengan panjang itu membuka cermin mata hitamnya dan mendedahkan mata yang berwarna merah.

Dia sudah kepenatan. Dia telah menyiasat Shong Shuhang dengan teliti, dan 'Cecair Penguat Badan' yang berharga itu akhirnya akan jatuh ke tangannya. Cecair itu membolehkan dia mencapai ketinggian lebih lanjut dalam pertapaan dengan bukaan ketiga buat dia iaitu Bukaan Telinga.

Tetapi ketika itu Mahaguru Altar tidak mempercayainya lagi kerana telah mendapatkan maklumat palsu. Bukan sahaja ganjaran Cecair Penguat Badan tambahan itu diambil semula, tetapi bahagian Cecair Penguat Badan untuknya pada tahun ini juga dirampas. 

Lebih penting lagi, dia telah hilang kepercayaan daripada Mahaguru Altar dan prospeknya dalam pertapaan menjadi tidak menentu.

Semua nasib malang yang dia terima itu telah memberikan kesan yang berat kepada beban mentalnya. Dia tak dapat menahannya lagi. Jadi, dia buat keputusan untuk mencari Song Shuhang sendiri dan menculik Zhao Yaya.

Dia cuba membunuh Song Shuhang untuk membuktikan dirinya kepada Mahaguru Altar.

"Baiklah, saya dah faham semuanya." Song Shuhang, yang diam sebentar tadi mula bercakap dengan suara yang dalam.

Tidak hairanlah 'Mahaguru Altar' yang sedang bersembunyi tidak mencuri roh hantu itu sendiri. Sebaliknya, dia telah menghabiskan banyak usaha untuk menyiasat Shuhang dan juga menghantar seorang pengikutnya untuk menyiasat latar belakang Song Shuhang dengan lebih lanjut. Tahap ketakutan Mahaguru Altar sampai ke tahap yang melampau!

Rupanya musuh Song Shuhang ini mempunyai pemikiran yang sama terhadap Shuhang seperti Bulu Lembut. Mereka fikir yang dia seorang pertapa lama dengan ilmu yang tinggi.

Song Shuhang membuat andaian apabila dia dan Bulu Lembut tiba di kawasan Luo Xin di Bandar J, mereka sudah dihendap oleh lelaki bernama 'Mahaguru Altar' ini. Bulu Lembut sentiasa memanggilnya 'Tuan' pada masa itu. Ditambah dengan kemahiran yang ditunjukkan oleh Bulu Lembut, pihak musuh fikir yang Shuhang seorang pertapa lama yang mempunyai ilmu tinggi tetapi sengaja mahu hidup di dunia manusia biasa ini.

Secara kebetulan, Mahaguru Altar telah merasai penangan racun maut Mahaguru Ubatan. Sebab itulah dia yakin yang Shuhang seorang pertapa lama.

Lebih penting lagi, Mahaguru Altar telah meninggalkan 'Kawasan Jiangnan'. Itu menunjukkan dia pernah berada di kawasan Bandar Kolej Jiangnan... maka orang kedua yang diracun itu mungkin Mahaguru Altar. 

Pihak musuhnya sudah bimbang dan itu merupakan berita baik baginya.

"Sekarang..." Song Shuhang menatap lelaki berlengan panjang itu. Dia mahu mengesahkan kesungguhannya dengan melawan lawannya-keputusan untuk menghadapi dunia penggembala yang kejam.

Ini penghujung lorong yang tidak akan ditemui dan dipilih dengan teliti oleh lelaki berlengan panjang itu. Lelaki itu juga ada cecair pengurai mayat yang boleh memadamkan semua jejak.

Selagi dia dapat menyembunyikannya dengan baik, tiada siapa yang akan tahu pembunuhan akan berlaku di sini tidak lama lagi.

Musuhnya seorang pertapa yang ada Bukaan Mata dan Hidung. 'Pil busuk' yang Mahaguru Ubatan berikan padanya mungkin boleh digunakan. Sebelum menggunakan pil busuk itu, dia perlukan musuhnya untuk mendedahkan bukaannya. Sekurang-kurangnya, dia perlukan musuhnya untuk jauh daripada Zhao Yaya.

"Jawab soalan aku Song Shuhang!" lelaki itu bercakap dengan nada penuh kegilaan sambil menunjuk pisau tanpa pemegangnya pada Song Shuhang.

Shuhang berkata dengan suara yang serius, "Cecair Penguat Badan."

"Apa?"

"Adakah ini yang awak mahu?" Song Shuhang mengambil sebotol kecil dengan tangan kirinya dan membuka penutup dengan ibu jarinya. Tiba-tiba, aroma khas dari Cecair Penguat Badan mula merebak.

"Cecair Penguat Badan?" Lelaki itu terhentak seketika.

"Awak mahu?" Song Shuhang bertanya dengan tenang.

"Baling pada aku!" Lelaki itu berteriak.

"Marilah ambil dari saya. Saya hanya manusia biasa yang awak tidak perlu bimbangkan. Saya boleh berikan Cecair Penguat Badan ini. Kalau anda lepaskan kakak saya, saya boleh berikan lebih banyak lagi."

Mata lelaki berlengan panjang itu terbuka luas, "Lebih banyak?"

"Ya, lebih lagi. Cukup untuk kau bertahan lebih lama!" Suara Song Shuhang menyinggah telinga lelaki itu dengan penuh godaan.

Lelaki itu kelihatan gembira tetap melihat Shuhang dengan pandangan keliru kemudian dia mendekati Shuhang dengan berhati-hati. 

Song Shuhang keluarkan botol 'Cecair Penguat Badan' dengan kedua-dua tangannya. Dia cuba bekerjasama dan kelihatan seperti tidak berbahaya.

Langkah demi langkah, lelaki itu mendekati botol Cecair Penguat Badan dengan matanya yang bersinar. Tiba-tiba, kaki kanannya terangkat dari tanah dan meluru ke arah Song Shuhang dengan laju seperti anak panah yang baru meninggalkan busur sambil tangan kanannya cuba meraih botol Cecair Penguat Badan itu.

Tidak kiralah sama ada Song Shuhang mempunyai apa-apa helah yang licik, selagi dia dapat merampas Cecair Penguat Badan dengan kelajuan hebatnya, dia tidak perlu takut.

Jika Cecair Penguat Badan ini benar dan Song Shuhang dapat berikan padanya dalam jumlah yang mencukupi, dia mungkin akan mempertimbangkan untuk biarkan Shuhang dan sepupunya hidup... untuk sementara waktu!

Cinta dan kekayaan akan membuatkan seseorang itu buta. Fikirannya dipenuhi dengan Cecair Penguat Badan. Tetapi dia telah mengabaikan sesuatu. Kenapa Song Shuhang mempunyai Cecair Penguat Badan? Kenapa dia boleh mendapatkan lebih banyak Cecair Penguat Badan?

次の章へ