Setelah Tilly keluar meninggalkan kamar bacaannya, Roland melepaskan satu keluhan panjang.
Mengatakan sesuatu yang tidak masuk akal dengan sangat serius di hadapan seseorang yang bijak pandai sangat memenatkan. Tambahan pula apabila dia perlu mengekalkan reaksi muka yang tenang dan ikhlas sepanjang masa. Roland bernasib baik kerana Nightingale melaporkan kepadanya yang ahli sihir dari Pulau Beradu sudah pulang ke istana dan Roland menggunakan itu sebagai alasan untuk mengakhiri perbualan mereka tadi.
"Bagaimana rasanya bersembang dengan adinda Tuanku yang merupakan seorang ahli sihir? Ada apa-apa perasaan yang istimewa?" Nightingale berpusing dan duduk di meja seraya memandang ke Roland.
Roland menjawab dengan pandangan yang menjengkelkan. "Adakah perasaan terbeban boleh dikatakan perasaan yang istimewa?"
"Patik fikirkan ia akan jadi perjumpaan semula yang penuh emosi." Nightingale memuncungkan bibirnya.
webnovel.com で好きな作者や翻訳者を応援してください