webnovel

Mulai Hari Ini, Sayalah Pengetua!

編集者: EndlessFantasy Translation

Hong long!

Tidak lama selepas berkata perkara tersebut, tompok cahaya dari tengah-tengah Jaring Kayangan Sembilan Revolusi telah mula pudar dan Mohor Pengetua yang berkilau seperti berlian muncul di depan mata semua orang.

Mohor Pengetua itu kelihatan seperti lut sinar, seperti berlian cantik, melonjak hati setiap orang yang melihatnya.

Pengetua Sekolah Mo dan Pengetua Sekolah Jiang mula menggeletar tanpa kawalan sambil mereka bercakap dengan nada kasar dan penuh dengan perasaan tidak percaya, "Tak… itu bukan Mohor Pengetua Mutlak, sebaliknya ia… Mohor Pengetua Agung!"

"Bukan ke Mohor Pengetua Agung itu cerita dongeng sahaja? Bagaimana mungkin ia muncul sekarang pula?"

Mohor Pengetua yang terhasil di depan mata semua orang bukanlah Mohor Pengetua Mutlak yang memerlukan sekurang-kurangnya pengiktirafan daripada 80% orang, tetapi mohor yang bertahap lebih tinggi, Mohor Pengetua Agung!

ロックされた章

webnovel.com で好きな作者や翻訳者を応援してください

次の章へ