webnovel

Celaka Kamu, Yang Xuan!

編集者: EndlessFantasy Translation

Orang selalunya hanya akan menggunakan sarung guni dan batang kayu bila nak pergi menangkap khinzir. Namun, selepas mendengar dia memerlukan barangan tersebut untuk menolong dia mencapai kemajuan, Zhuang Xian berasa darah terkumpul di dadanya dan kulit di mukanya mula menggeletar tanpa kawalan.

Jika bukan kerana kesabaran luar biasanya selaku seorang guru sarjana, sudah pasti dia telah mengamuk lama sebelum ini.

Hanya beberapa kaedah seseorang guru sarjana akan menggunakan untuk memberi panduan terhadap pertapaan seseorang, memperbetulkan teknik mereka, mengenal pasti kesalahan dalam pertapaan, makan pelbagai jenis pil… namun, orang ini menggunakan sarung guni dan batang kayu…

Haram jadah!

Bagaimana sarung guni boleh digunakan untuk memajukan pertapaan seseorang?

Jika orang lain makan pil untuk memajukan pertapaan mereka, saya perlu memakan sarung guni untuk berbuat demikian?

ロックされた章

webnovel.com で好きな作者や翻訳者を応援してください

次の章へ