webnovel

Akupuntur Zephyr

編集者: EndlessFantasy Translation

Walaupun ia tidak merupakan masalah untuknya berjalan dengan biasa dengan kakinya yang tercedera, dia mendapati amat susah untuknya menyambung latihannya. Ia berasa seperti racun meresap ke dalam tulangnya. Untuk setengah tahun lepas, tidak ada sehari pun yang dia berasa gembira.

Oleh itu, dia berada di dalam situasinya sekarang yang takut terhadap orang yang tidak dikenali dan juga tidak ingin bergaul dengan orang.

Pada asalnya, dia ingat kecederaannya akan bersama dengannya sehingga akhir hayatnya. Namun, tidak dia menjangka gurunya Zhang Xuan yang semua orang ingat merupakan sampah, akan cakap ia cuma perkara yang kecil! Dia susah ingin percaya apa yang didengarinya.

Kalau ini sebentar tadi, mungkin dia akan fikirkan Zhang Xuan tersebut cuma cuba membesarkan dirinya. Namun, daripada apa yang telah dia dedahkan berkaitan dengan kecederaan dia, jangkaannya terhadap Zhang Xuan mula meningkat.

"Sebab saya suruh kamu masuk ke bilik persendirian ini untuk mengubati kamu! Baiklah, tenangkan seluruh badan kamu!"

Zhang Xuan mengambil sesebuah kotak jed saiz sederhana daripada bilik tersebut dan membukanya dengan kuat. Di dalamnya terdapat beberapa jarum perak yang berbeza panjangnya.

Semasa sesi latihan seni tinju, ia senang untuk seseorang tercedera. Oleh hal demikian, akademi telah menyediakan kotak sebegini di setiap kelas untuk meningkatkan pengaliran darah seseorang yang tercedera dan juga memperbaiki kecederaan seseorang untuk seketika.

"Yea!" balas Wang Ying mendengar suara orang muda tersebut yakin tanpa sebarang keangkuhan. Entah bagaimana, Wang Ying percaya orang yang berada di depannya. Badannya yang tegang mula tenang.

Sou!

Duduk di tempat asalnya, dia mengambil satu jarum perak dan mengambilnya.

Bunyi yang perlahan dan jarum perak yang diasimilasi dengan zhenqinya terbang menuju Wang Ying dan menusuk masuk kakinya.

"Ini..Akupuntur Zephyr?" Mata Wang Ying membesar dan badannya yang kurus menggeletar sekali lagi.

Akupuntur Zephyr merupakan teknik yang mengunakan pengawalan seorang peninju terhadap kekuatannya untuk mengawal jarum perak untuk menusuk di tempat yang betul tanpa menyentuh badan pesakit.

Menggunakan cara ini, seorang doktor lelaki boleh melakukan akupuntur tanpa berdekatan dengan seorang pesakit perempuan. Dengan ini, kekekokan antara mereka berdua boleh dielakkan.

Teknik ini walaupun tampak senang, sebenarnya amat susah. Pertama, ia memerlukan seseorang yang mempunyai kawalan sepenuhnya terhadap kekuatannya. Kalau terdapat sedikit kesilapan, kemungkinan besar ia akan gagal! Lebih-lebih lagi, mata seseorang itu mesti tajam . Ia susah untuk mengenal pasti akupoin dibawah pakaian seseorang pesakit. Kalau seorang doktor menusuk akupoin yang salah, banyak masalah yang mungkin berlaku!

Sarjana Yuanyu pernah berkata seseorang mestilah mencapai tahap Peninju 5-Dan alam Dingli untuk mengunakan Akupuntur Zephyr!

Adakah guru yang diiktiraf sebagai sampah akademi ini sudah pun mencapai tahap itu?

Mustahil!

Mereka yang telah mencapai alam Dingi semuanya terkenal di dalam akademi seperti guru yang terkenal guru Lu Xun. Menurut guru Liu, Guru Zhang Xuan hanya Peninju 3-Dan alam Zhenqi. Ia terlalu jauh untuknya lagi sebelum dia mencapai Peninju 5-Dan alam Dingli!

Adakah seorang Peninju 3-Dan alam Zhenqi mampu melaksanakan teknik Akupuntur Zephyr?

Dia mendapatinya susah untuk dipercayai!

Sou sou sou sou!

Walaupun dia masih tidak percaya, orang yang di depannya telah memasukkan beberapa lagi jarum perak ke arahnya.

Beberapa hembusan angin boleh dirasai dan jarum perak mula menusuk kakinya di tempat yang tepat pada kedalaman yang sama, Ini menunjukkan orang tersebut telah mencapai tahap yang maju dalam kawalannya terhadap kekuatannya. Jarum perak menusuk masuk kakinya. Sebaik sahaja Wang Ying ingin bertanyakan Zhang Xuan bagaimana dia ingin mengubatinya, tangannya mengimbas melalui jarum jarum tersebut dan zhenqi yang terkandung di dalamnya diaktifkan. Zhenqinya mula diserapi badan Wang Ying.

"Ah…."

Sementara zhenqinya diasimilasikan oleh badannya, dia boleh berasa rasa sengatan di kakinya. Akupoin yang sebelumnya ditutup segera dibuka daripada lonjakan arus zhenqi.

"Ini….ini…ini zhenqi tahap terunggul?"

Apabila rasa sengatan mula merebak ke seluruh badannya, Wang Ying boleh nampak dengan jelas zhenqi yang ada di dalamnya.

Jernih seperti air, tanpa sebarang yang keruh.

Ini…ini kualiti yang hanya zhenqi tahap terunggul akan memiliki!

Zhenqi tahap terunggul?

'Ini hanya merupakan sesuatu yang hanya boleh didapati jika seseorang mempunyai teknik pertapaan tuhan ataupun wali. Dalam seluruh Empayar Tianxuan, ia tidak pernah didengari untuk seseorang mempunyai zhenqi tahap terunggul. Namun, sekarang, guru yang paling sampah mempunyainya? Adakah saya sedang mimpi….'

"Siap!"

Badannya mula bertenang walaupun dalam keadaan yang terkejut. Pada saat itu, jarum perak tersebut telah pun diambil semula oleh orang tersebut.

Sejurus kemudian, Wang Ying mula berasa selesa pada kakinya, sesuatu perasaan yang selesa yang tidak pernah dirasainya.

Selepas kecederaannya, walaupun dia dapat bergerak dengan biasa, dia berasa kakinya telah kebas, dilanda oleh perasaan kebas sepanjang masa. Pada saat ini, perasaan selesa boleh dirasai dikakinya seakan dia telah melepasi dirinya daripada belenggunya. Kakinya berasa bebas dan ringan.

"Kaki saya…"

Dia mungkin perlahan untuk memahami benda, namun ia jelas kakinya sudah sembuh dengan sepenuhnya!

"Cikgu, terima…."

Wang Ying melutut ke lantai. Matanya merah.

Dia telah menunggu untuk hari ini sejak lama lagi. Malah, dia berasa sedih terhadap situasinya. Tidak pernah dia bermimpi…kecederaan sebegini akan diubati oleh guru yang paling sampah di akademi!

"Nampaknya sebenarnya….dia seorang yang amat berkemampuan, cuma dia tidak ingin diketahui ramai…"

Sesuatu idea muncul di kepalanya.

Kalau bukan kerana dia sengaja merendahkan dirinya, tidak kira bagaimana kelasnya dilaksanakan, cuma yang penting dia boleh mengubati kakinya bermakna dia boleh dengan senang membina reputasinya di dalam akademi ini. Bagaimana ia mungkin untuknya mendapat tempat terakhir dalam Peperiksaan Kelayakan Guru?

Dengan fikiran tersebut, Wang Ying melutut di lantai dan memperakui Zhang Xuan sebagai gurunya dalam hatinya. Semua fikiran tentang menarik diri hilang begitu sahaja.

"Un, memandangkan kaki kamu telah sembuh, keluar dan berlatih dengan baik. Kalau ada sebarang masalah, datang sini dan jumpa saya kemudian!" Zhang Xuan melambaikan tangannya lalu menyambung, "Oh ya, tolong panggil Liu Yang untuk masuk!"

"Yea!" Wang Ying menjawab dengan nada yang gembira sebelum berjalan keluar bilik.

.....

"Saya berhasrat untuk menarik diri dari kelasnya nanti, adakah kamu semua dengan saya?"

Di dalam kelas tersebut, selepas Liu Yang, Zheng Yang, Zhao Ya dan Yuan Tao mengenal diri mereka kepada sesama sendiri, Liu Yang bercakap.

Secara jujurnya, dia berasa amat suram.

Mendapat tempat seratus ke atas, terdapat ramai guru yang ingin mengajarnya. Namun, akhirnya, kerana pertaruhan antara dua guru, dia diberikan kepada guru yang paling teruk di dalam seluruh akademi!

Perasaan bersalah ini membuatnya seakan ingin hilang kawalan.

Tidak kira apa pun, saya akan menarik diri dari kelas ini hari ini juga. Walaupun ia bermaksud menarik diri daripada sekolah ini….tidak ada sesiapa yang boleh menghalang keputusan saya!

"Saya…saya juga mahu menarik diri dari kelas ini. Namun kalau Guru Zhang marah, ia susah untuk tahu apa yang mungkin dibuatnya!" Si gemuk Yuan Tao tidak dapat menahan.

"Marah? Siapa kisah kalau dia marah? Apa yang dia boleh buat? Saya tak mahu hilang kawalan daripada pengajarannya!" Liu Yang membalas.

"Hilang kawalan?" Zheng Yang melihatnya dengan muka yang tidak percaya.

Dia hanya tahu guru di depannya mendapat markah yang teruk dalam Peperiksaan Kelayakan Guru. Tempat yang terakhir. Dia tak pernah dengar tentang insiden pelajar hilang kawalan daripada pengajarannya.

"Un!" Liu yang sambung, "Kalau kamu tak percaya, tunggu dan tengok. Selepas Wang Ying keluar nanti, muka dia mesti teruk! Dia mesti berasa seakan dia ditipu! Saya telah lama mendengar tentang taraf pengajaran guru Zhang Xuan. Kalau dia mampu memberi pengajaran yang bagus, dia tidak mungkin berada di dalam keadaan begini, dilihat dengan hina oleh rakan segurunya…"

Jiyaaaa!

Sejurus sahaja mereka bercakap, pintu tersebut buka dan Wang Ying keluar dengan muka yang gembira.

"Un?"

Liu Yang terkejut. Asalnya, dia ingat Wang Ying akan muram, tetapi berbeza dengan jangkaannya, dia senyum gembira.

Pelajar yang lain turut bingung.

Perasaan gembira yang datang daripada hatinya. Semestinya dia telah mendapat sesuatu ganjaran yang hebat untuknya mempunyai air muka yang sebegitu.

Adakah mungkin guru yang mempunyai reputasi yang begitu teruk boleh memberi pengajaran yang betul?

Untuk membuatkan seorang anak muridnya begitu gembira daripada satu kelas sahaja, seakan dia telah mendapat sesuatu harta karun, kemungkinan Guru Lu Xun yang terkenal pun tidak mampu berbuat demikian!

"Liu Yang, Cikgu suruh kamu masuk!" Tanpa mengetahui apa yang mereka fikir, Wang Ying memberitahunya sebelum mula berlatih di penjuru kelas.

"Saya?" Liu Yang menetap giginya. "Saya nak tengok pedoman jenis apa yang mampu kamu berikan! Kalau kamu tak dapat memberikan apa apa pedoman yang baik, saya akan menarik diri dari kelas ini!"

Sambil membebel kepada diri sendiri, dia berjalan menuju biliknya.

次の章へ