Azimat-azimat jed Pemerintah Santo Jed Purba langsung tidak dapat mengemikkan pintu pagar restoran. Bu Fang sudah menjangkakan perkara ini akan berlaku.
Lagipun, restoran ini sudah menjadi barang kepunyaan sistem memandangkan sistem yang menghias dan mengubah suai restoran ini. Walaupun Pemerintah Santo Jed Purba lebih kuat daripada sistem, tetapi kuasanya masih tidak cukup untuk mengalahkan sistem.
Oleh itu, apabila azimat-azimat jed Pemerintah Santo menghampiri restoran itu, kuasa letupannya yang menakutkan terus dihapuskan oleh fungsi sistem.
Raja Alam Kubur Er Ha yang hebat itu juga tidak mampu melawan sistem, apatah lagi Pemerintah Santo.
Bu Fang merasakan Raja Alam Kubur Er Ha jauh lebih kuat berbanding Pemerintah Santo Jed Purba.
Dia tidak mempunyai bukti kukuh, cuma gerak hatinya mengatakan Raja Alam Kubur Er Ha lebih kuat daripada Pemerintah Santo. Kadangkala, dia lebih percayakan gerak hatinya.
webnovel.com で好きな作者や翻訳者を応援してください