webnovel

Prinsip Yang Tidak Akan Dipengaruhi Wang

編集者: EndlessFantasy Translation

Zhao Ruge adalah seorang pemuda yang tampan dengan rambut hitam panjang yang dikepit dengan penyepit rambut berwarna hijau. Dia memakai jubah putih, sepasang kasut bercorak kulit naga dan tali pinggang bertatahkan jed. Dia kelihatan mulia dan anggun.

"Zhao Ruge?!"

Sun Qixiang berdiri cepat dengan tangannya menutup bahagian sulitnya dan melihat kepada lelaki tampan yang berada di hadapannya.

"Saya tidak tahu bahawa tuan muda Sun mempunyai hobi begino, hari ini telah menjadi pembuka mata untuk saya." Zhao Ruge ketawa sambil melihat tubuh Sun Qiaxiang dengan ekspresi aneh di wajahnya.

Wajah Sun Qixiang bertukar merah padam dan memandang ke arah anak buahnya yang berdiri di belakang Zhao Ruge, yang dihantar olehnya untuk mencari Zhao Ruge,

Selepas mencabut dan memakai baju anak buahnya sendiri, mood Sun Qixiang bertukar lebih baik. Dia tidak memberi perhatian kepada Zhao Ruge tetapi berpaling ke dalam restoran itu dan berteriak, "Jika aku tidak hancurkan restoran kau esok, nama keluarga aku bukanlah Sun, kau tunggulah!"

Selepas Sun Qixiang selesai berteriak, dia melirik ke arah Zhao Ruge dan berkata, "Tuan muda Zhao, dewi impian kamu berada di dalam restoran kecil ini sekarang, ini satu peringatan, ada sesuatu yang pelik dengan restoran ini. Xiao Yanyu yang cantik itu nampaknya sudah terkena sihir. "

Tanpa mengambil kira reaksi Zhao Ruge, Sun Qixiang meninggalkan restoran dengan kecewa.

"Sudah terkena sihir?" sudut mulut Zhao Ruge membentuk satu senyuman penuh makna di wajah tampannya. Dia memandang restoran kecil dan sederhana yang dibuka di dalam lorong kecil ini.

Bagi sebuah restoran kecil yang boleh berniaga di tempat terpencil sebegini dan mempunyai pelanggan berstatus tinggi seperti anak-anak kepada Jeneral Besar Xiao Meng, Zhao Ruge tidak akan percaya jika tiada sebarang perkara yang aneh.

Maka, Zhao Ruge pun mula berjalan ke restoran itu dengan berhati-hati, dia ingin tahu apakah begitu ajaib dengan restoran itu.

Walau bagaimanapun, sebelum dia sampai ke pintu masuk, dia melihat adik-beradik Xiao melangkah keluar dengan ekspresi aneh.

Xiao Yanyu kelihatan gelisah pada ketika. Bukan disebabkan oleh aksi Bu Fang membaling Sun Qixiang keluar dari restoran, tetapi Nasi Goreng Telur yang dia telah makan tadi. Dia mendapati daya tulen di dalam badannya semakin merangsang dan telah banyak meningkat selepas dia makan Nasi Goreng Telur itu. Walaupun ia belum mencapai tahap penemuan baru, tetapi tahap peningkatan ini sudah cukup menakjubkan.

Dia berasa kagum bahawa semangkuk Nasi Goreng Telur Tahap Tinggi sesungguhya boleh meningkatkan tahap bertapa seseorang dan kesannya bersamaan dengan eliksir kelas keempat. Lagipun, rasa Nasi Goreng Telur itu memang luar biasa dibandingkan dengan eliksir.

Tidak hairanlah ia perlu seseorang itu sekurang-kurangnya Pertempuran Maniak Kelas Ketiga untuk menikmati Nasi Goreng Telur Tahap Tinggi. Peningkatan tahap tenaga teras adalah lebih daripada jumlah tenaga teras yang dimiliki oleh Mahaguru Pertempuran Kelas Kedua. Sekiranya Mahaguru Pertempuran Kelas kedua memakannya, bukan sahaja mereka tidak boleh maju, badan mereka akan meletup disebabkan oleh peningkatan tenaga teras yang mendadak.

"Yanyu, kenapa?" Apabila Zhao Ruge melihat Xiao Yanyu, satu kelembutan muncul pada matanya. Dia melangkah ke hadapan dan bertanya dengan suara yang lembut.

Xiao Yanyu masih gembira dengan peningkatan tahap bertapanya dan tidak mengendahkan Zhao Ruge, manakala Xiao Xiaolong pula melihat Zhao Ruge dengan penuh berwaspada. Dia tidak dapat memahami mengapa Zhao Ruge tiba-tiba muncul di tempat itu ... dia pula berfikir "Adakah anak buah Sun Qixiang yang memberitahunya?"

Ketika adik-beradik Xiao berjalan pergi tanpa memberi perhatian kepada Zhao Ruge, dia menjadi lebih aneh. Dia berfikir, 'Apakah menyebabkan Yanyu mempunyai ekspresi semacam itu, apa sebenarnya yang berlaku di sini?'

"Terima kasih, sila datang lagi." Selepas menghantar adik-beradik Xiao yang masih bingung, Bu Fang menguap dan mula menutup restoran untuk hari itu.

Robot Si Putih pula kembali ke dapur untuk meneruskan pengawasan tempat itu.

Bu Fang mula mengangkat papan pintu dan sebelum dia dapat menutup pintu masuk, seorang lelaki muda yang tampan muncul di hadapannya.

"Tuan Restoran, jangan tutup terlalu cepat, saya juga ingin mencuba masakan kamu."

Zhao Ruge yang tampan dan segak berdiri di pintu masuk dengan senyuman pada wajahnya sambil melihat Bu Fang. Jubahnya berkibar apabila angin meniup di sekeliling dia.

Bu Fang tanpa ekspresi memandang Zhao Ruge, sementara dia memandangnya kembali dengan senyuman.

"Oh, sudah tiba masanya untuk tutup, sila datang esok."

Bu Fang hanya menjawab dingin dan terus menutup pintu.

Zhao Ruge tergamam. "Adakah tuan restoran sedang menolak pelanggan? Bagaimana restoran kecil seperti ini berani menolak pelanggan?"

"Waktu pembukaan ditentukan oleh manusia... Mereka boleh diubah, saya bersedia membayar lebih." Zhao Ruge berfikir sejenak dan berkata sekali lagi.

"Tidak boleh," kata Bu Fang tanpa ekspresi.

Zhao Ruge mengerut keningnya dan bertanya sekali lagi, "Bagaimana jika dua kali ganda harga asal?"

Bu Fang berfikir seketika tetapi masih menolak. "Tidak boleh."

Zhao Ruge sangat terkejut. Dia tidak percaya bahawa restoran kecil seperti ini akan menolak pelanggan. Namun, dia tidak akan putus asa!

"Saya akan bayar tiga kali ganda harga asal!"

"Tidak boleh."

"Bagaimana pula dengan empat kali ganda harga asal?!"

"Tidak... Tidak boleh."

"Lima kali ganda!" Zhao Ruge cuba menahan untuk menendang muka Bu Fang yang tanpa emosi itu dan berkata dengan dingin.

"Lima kali?!" Bu Fang berasa hatinya sedang berdarah. Sekiranya lima kali ganda pada harga asal, satu mangkuk Nasi Goreng Telur Tahap Tinggi akan menjadi lima puluh kristal dan satu mangkuk Nasi Goreng Telur yang biasa akan menjadi lima kristal... Dia merasakan seperti banyak wang sedang terapung di hadapan matanya.

"Sebagai seseorang yang bertujuan untuk menjadi Tuhan Masakan, kamu mesti memiliki prinsip sendiri, kamu perlu mengekalkan prinsip ini dan tidak terpengaruh dengan wang! Jangan terpedaya untuk mendapatkan wang!"

Apabila Bu Fang sedang menentang diri sendiri di dalam hati dan hampir bersetuju dengan tawaran Zhao Ruge, sistem campur tangan dalam masa yang tepat pada dan menyedarkan Bu Fang dengan serta-merta.

Zhao Ruge berasa sangat gembira. Dia dapat melihat wajah keraguan Bu Fang, ini bermakna bahawa Bu Fang akan bersetuju tidak lama lagi.

Dia berfikir, "Bagaimana seorang tuan restoran kecil berani bercakap tentang prinsip dengan saya, tidak ada prinsip yang tidak boleh dipecahkan di bawah timbunan wang! Jika ia tidak berhasil, saya akan tawarkan dua timbunan besar!"

Bu Fang menyedut nafas dalam-dalam, ekspresi wajahnya menjadi lebih muram dan hodoh. Dia melihat ke arah Zhao Ruge yang kelihatan seperti seorang pemenang dan ...

"Bang!"

Dengan bunyi yang kuat, papan pintu itu menutup pintu masuk, mengejutkan Zhao Ruge.

"Apa yang berlaku? Tuan kedai, adakah kamu akan membenarkan saya masuk? Adakah kamu masih beroperasi?" Apa yang berlaku dengan kegoyahan hatinya, apa yang berlaku dengan mukanya yang hampir bersetuju? Kenapa dia tiba-tiba mengubah fikiran!

Walaupun kawalan diri Zhao Ruge sangat baik, dia masih berasa marah. Malah restoran nombor satu, Restoran Immortal Phoenix, tidak mempunyai banyak peraturan seperti restoran kecil ini. Dia tidak percaya sebuah restoran kecil di lokasi terpencil akan bercakap tentang prinsip dengan dia!

"Waktu operasi sudah tamat untuk hari ini, jika kamu mahu makan, sila datang esok."

Suara malas Bu Fang kedengaran dari belakang pintu masuk, diikuti bunyi menguap. Kemudian, sunyi.

Selepas itu, tidak kira berapa kali Zhao Ruge ketuk, masih tidak ada tindak balas.

Anjing hitam besar yang malas berbaring di hadapan pintu masuk melirik pada Zhao Ruge, kemudian meneruskan tidurnya. Itu adalah satu-satunya perkara yang dilakukan oleh anjing ini selain makan, iaitu tidur. Seekor anjing tapi hidup seperti seekor khinzir.

Zhao Ruge akhirnya sedar dia ditolak. Dia tidak boleh percaya bahawa sebuah restoran kecil di tempat seperti itu akan menolak seseorang yang tampan seperti dia.

Dia merasakan seolah-olah sebatang anak panah yang tidak kelihatan telah menusuk ke dalam hatinya.

Di dalam tangannya, sebagai seorang Pertempuran Maniak Kelas Ketiga, Zhao Ruge telah mengumpulkan satu daya tulen. Dia terasa mahu hancurkan restoran itu.

Namun, selepas berfikir sejenak, dia berhenti.

"Baiklah, saya akan kembali esok dan melihat restoran apa yang berani menolak saya!"

Zhao Ruge adalah anak kepada Menteri Kiri. Sebagai seseorang yang mempunyai status sedemikian, semua orang di bandar diraja terpaksa menunjukkan rasa hormat kepadanya. Namun, dia tidak menyangka akan dihina di sebuah restoran kecil seperti ini, seperti mendapat tamparan di muka.

Zhao Ruge melepaskan daya tulen yang dikumpulkan di tangannya, berpaling dan beredar.

Anjing hitam besar terus berbaring di sana tanpa bergerak, melirik ke arah Zhao Ruge dengan rasa menyampah ketika dia beredar...

Sementara itu, Bu Fang telah kembali ke biliknya dan sudah pun melupakan Zhao Ruge.

Dia menguap seketika dan berasa mengantuk selepas kerja sepanjang hari.

Sambil berbaring di atas katil, dia memanggil monitor sistem.

Hos: Bu Fang

Jantina : Lelaki

Umur: 20

Tahap Kekuasaan Daya Tulen: Kelas Pertama (Sebagai Tuhan Memasak di dunia fantasi, kamu pasti memerlukan daya tulen ketika memasak. Bekerja keras, anak muda.)

Bakat Memasak: Tidak diketahui

Kemahiran: Tiada

Alat: Tiada

Keseluruhan Pernilaian Peringkat Tuhan Memasak: Rekrut (Seorang pemula yang akhirnya belajar bagaimana memanipulasi daya tulennya dan memasak Nasi Goreng Telur.)

Tahap Sistem: Satu Bintang

Ekspresi yang terkejut tiba-tiba muncul pada muka Bu Fang.

"Tahap Kekuasaan Daya Tulen saya sebenarnya adalah gred pertama? Eh ... Adakah sistem juga mempunyai tahap ?"

次の章へ