webnovel

Ti potrebbe anche piacere

Dragon Watch Chronicles

Dragon Watch Chronicles Ribuan tahun yang lalu, dunia ini bukan milik manusia. Ia milik naga. Enam Ancient Dragon memerintah langit, bumi, dan lautan sejak zaman yang tidak dapat diingati. Namun kedamaian itu tidak kekal apabila salah seorang daripada mereka — Reingon, Ancient Dragon Cahaya — mula memakan Core Elemen naga-naga lain demi mengumpul kuasa yang tidak sepatutnya dimiliki sesiapa. Satu persatu naga purba jatuh. Sehingga tinggal seorang yang masih berani berdiri. Drakgon, Ancient Dragon Kegelapan, tahu dia tidak mampu mengalahkan Reingon yang telah menjadi terlalu kuat. Namun di ambang kematiannya, dia membuat satu pilihan yang mengubah sejarah dunia — mengorbankan nyawanya sendiri untuk mengaktifkan kutukan purba yang memakan Reingon dari dalam. Seminggu kemudian, Reingon menemui ajalnya. Peperangan berakhir. Namun dunia yang ditinggalkan tidak lagi sama. Dari kegelapan peristiwa itu, satu artifak misteri muncul tanpa diketahui asalnya — Dragon Watch. Sebuah ikatan suci antara manusia dan naga. Sebuah harapan bahawa tragedi yang sama tidak akan berulang. Untuk satu ketika, kedamaian kembali. Namun manusia adalah manusia. Keserakahan mula menular. Kuasa mula disalahgunakan. Dan keseimbangan yang dijaga Dragon Watch mula tergugat sekali lagi. Maka pada hari yang tidak diduga, lima remaja dari dunia lain tersesat masuk ke dunia naga secara tidak sengaja. Haruki dan rakan-rakannya bukan pahlawan. Bukan pejuang. Bukan siapa-siapa. Namun Dragon Watch memilih mereka. Dan apabila mereka mula memahami dunia yang sedang mereka jejaki — dunia yang penuh dengan rahsia purba, naga yang lama tidur, dan manusia yang semakin serakah — mereka menyedari satu kebenaran yang tidak dapat dielakkan. Hanya mereka yang boleh menghentikan kehancuran ini. Sekali lagi. Bermulalah kisah Dragon Watch Chronicles.

LufiasIrma · Fantasy
40 Chs

Blood Chest (Malay)

Sinopsis "Blood Chest" Zenith Zel, seorang remaja biasa dari dunia yang penuh dengan ketenangan, mendapati dirinya terperangkap dalam dunia yang penuh dengan kuasa dan bahaya yang dikenali sebagai Powerland. Dunia ini dipenuhi dengan sistem kuasa yang kompleks — Immopower, Impower, dan Findower, yang memberikan kekuatan luar biasa kepada penghuninya. Setelah menjumpai sebuah peti misterius yang dikenali sebagai "Blood Chest", Zenith menerima kuasa Purple Immopower yang luar biasa, tetapi juga terkandas di dalam dunia ini. Dengan bantuan Dibo Khazen, seorang mentor yang penuh rahsia, Zenith memulakan perjalanan untuk memahami kuasa yang baru diperolehnya dan mencari jalan untuk pulang ke dunia asalnya, Mainland. Sepanjang perjalanan, Zenith bertemu dengan rakan-rakan baru seperti Mai Machiko, Mikhayla Chinatsu, Rafael Ray, dan Kenshin Revan — setiap seorang dengan cerita dan tujuan masing-masing. Namun, dunia Powerland tidak semudah yang dilihat. Pelbagai organisasi dengan agenda mereka sendiri, seperti GameOver Hunters, Justice Heroes, dan Miralla Witch, memainkan peranan dalam konflik yang lebih besar yang melibatkan kehidupan dan kematian. Zenith dan kawan-kawannya perlu belajar untuk bertahan, melawan ancaman yang semakin besar, dan menyelesaikan misteri yang berkaitan dengan kekuatan mereka. Tetapi, adakah Zenith benar-benar bersedia untuk menghadapi ujian besar yang menanti, dan adakah dia akan menemui cara untuk kembali ke dunia yang asal, atau adakah nasibnya sudah ditentukan di Powerland?

ZuuraLegends · Fantasy
4 Chs