webnovel

The Tyrant Duke Altham[Malay]

Fantasi
Sedang berlangsung · 18K Dilihat
  • 12 Bab
    Konten
  • peringkat
  • N/A
    DUKUNG
Ringkasan

[V MELAYU] Cerita ini mengisahkan tentang seorang gadis yang ingin membebaskan sahabatnya yang telah difitnah, namun mati akibat runtuhan rumahnya yang menimpa dirinya. Tiba-tiba beberapa kenangan yang terasa biasa baginya muncul di fikirannya. Kemudian, figura yang kelihatan biasa dan muda seawal usia lapan tahun, berdiri di hadapannya. Kanak-kanak itu melihat gadis itu. Dia membuka mulutnya dan bertanya soalan yang tidak dijangka. "Awak dah bersedia ke belum?" Dia keliru "Awak dah bersedia ke belum?" tanya kanak-kanak itu sekali lagi. Dia tidak faham dengan soalan itu dan berkerut dahi. "Bersedia untuk apa sebenarnya?" Kanak-kanak itu menunjukkan kekecewaan di wajahnya. "Awak tidak ingat ke? Adakah awak tidak menerima kenangan kami? Kenangan akan kehidupan masa lalu awak?" "Kehidupan masa lalu? Saya?" Kanak-kanak itu mengangguk. "Ya, sebagai Esther Altham. Anak perempuan Crusoe Altham"

Chapter 1PROLOG

"Apa maksud abang tentang penangkapan Lian?"

Eloise Quest, seorang gadis biasa yang mempunyai seorang sahabat yang berbeza jantina, ibubapa yang penyayang, abang dan tiga orang adik yang menjengkelkan tapi menyenangkan dan kursus perubatan yang dia minat.

Hanya tinggal dua hari sahaja untuk Eloise lulus dari kursus dan bekerja di hospital berdekatan, apabila satu berita yang mengejutkan sampai di telinganya.

"Abang dapat dengar dari kawan abang yang bekerja sebagai polis, Cillian Camborne ditangkap kerana terlibat terlibat dengan penjualan barang haram dan pembunuhan artis wanita yang bernama Ainsley pada hari rabu yang lalu"

'Apa?'

'Jual? Bunuh? Barang Haram? Cillian? Lian?!'

'Mustahil! Lian tidak akan pernah melakukannya!'

'Lian bukannya berani untuk melakukan perkara sekeji itu. Mahu menipu pun dia kurang pandai. Nak mencuri, dia tidak berani. Apatah lagi untuk melawan balik pembuli dan saudara-mara dia yang luar batas dan pendek akal!'

Eloise sangat kenal sahabatnya itu dan dia akan bebaskan sahabat baiknya dengan cara apa pun.

'Saya sebenarnya lebih suka untuk menggunakan cara kasar. Namun, difikirkan semula, lebih elok guna cara halus'

"Sean, saya mahu awak-"

+

+

+

"Segala persiapan telah tersedia, Cik Eloise"

'Hanya sekejap sahaja lagi'

'Hanya sekejap sahaja lagi Lian akan dibebaskan!'

"Haaa..."

Pesanan mesej timbul dan memaparkan nama 'RUI13'.

{Eloise Quest. Sila berhenti apa yang anda hendak lakukan. Sekeliling rumah anda telah kami pasangkan bom dan akan meletak dalam kiraan lima belas saat]

15..

"Haa..."

13..

"Ha.. Ha.."

11..

"Cik Eloise?"

9..

"Sean, saya serahkan tugas ini kepada awak"

7..

"Cik Eloise?!"

5..

"Tolong sampaikan maaf kepada keluarga saya dan Lian"

"Cik E-"

Tak lama kemudian, bunyi ledakan terdengar dan rumah dua tingkat ini bergegar dengan hebatnya dan mula runtuh.

"Aduh, rumah baru lagi" ucap Eloise sebelum runtuhan siling menimpa dirinya.

+

+

+

"Engkau memang kejam, Esther"

Anda Mungkin Juga Menyukai

Reinkarnasi Raja Iblis Sang Pengubah Wujud

Kyoto Seinaru berjalan-jalan bersama teman wanitanya,Tomori-San di sebuah kota metropolitan. Mereka menikmati masa-masa mereka bersama sehingga- dia mengetahui bahawa Tomori langsung tidak mencintainya bahkan mengejeknya kerana mudah untuk diperdaya. Dia tersedar bahawa dirinya telah ditipu oleh satu-satunya orang yang dia paling percayai di dunia ini. Dia akhirnya menatap tanah tempatnya berdiri sambil tertanya-tanya, Kenapa air mata aku langsung tak mengalir keluar? Dia akhirnya sedar ini bukan kali pertama dirinya di tempatkan dalam situasi yang menyakitkan ini. Dalam amarah yang membuak-buak, perempuan di depannya menghilang tanpa meninggalkan sebarang tanda. Dalam hatinya yang terdalam dia tertanya, Jika benar ada kehidupan yang tidak terhingga yang akan aku tempuhi, Akankah aku berjumpa dengan perempuan yang jujur di kehidupan berikutnya, Atau adakah hati yang kosong ini akan kekal kosong selamanya. Dia tersedar dan mendapati bahawa dirinya telah hidup semula namun tidak untuk mendapatkan perempuan yang dicarinya selama ini, malah menjadi perempuan itu sendiri. Dia juga sedar akan kenyataan bahawa dia kini bukan sahaja bukan seorang lelaki lagi malah bukan juga seorang manusia. Dia ialah succubus yang bermata merah menyala dan berambut putih yang panjang mengurai sambil tersambung ekor yang runcing di pinggulnya. Bagi manusia, bangsa Iblis merupakan bangsa yang jahat menyebabkan mereka bersatu padu menentangnya. Dia sedar kini semakin susah untuk dirinya meraih cinta yang dikejar Selamat ini sehinggalah- seseorang lelaki yang datang dari mana menyambut hangat dirinya dan melayaninya dengan baik. Adakah dia akan meraih cinta yang dikejarnya selama ini, walaupun tidak seperti yang diharapkannya... P/s : Ini adalah versi Bahasa Malaysia Reborned of the Shapeshift Demon King karya Seinaruz Ini hanyalah draf kepada cerita yang telah diterbitkan namun turut diterbitkan sebagai bahan bacaan tambahan. Enjoy!

Seinaruz · Fantasi
Peringkat tidak cukup
8 Chs

peringkat

  • Rata-rata Keseluruhan
  • Kualitas penulisan
  • Memperbarui stabilitas
  • Pengembangan Cerita
  • Desain Karakter
  • latar belakang dunia
Ulasan-ulasan
WoW! Anda akan menjadi peninjau pertama jika meninggalkan ulasan sekarang

DUKUNG