webnovel

Rebirth of Star General ( versi Bahasa Melayu )

Sejarah
Sedang berlangsung · 95.4K Dilihat
  • 37 Bab
    Konten
  • peringkat
  • NO.200+
    DUKUNG
Ringkasan

He Yan merupakan seorang general perang yang hebat namun merupakan batu loncatan untuk abang sepupunya mencapai kejayaan. Dalam sekelip mata, keluarganya mengabaikan He Yan hanya kerana dia adalah seorang pengganti. Dia telah dibunuh dengan kejam namun tuhan memberikan He Yan peluang kedua untuk membalas ketidak adilan yang diterima olehnya selama ini.

tagar
3 tagar
Chapter 1General Wanita

Da Wei, tahun ke 63 pemerintahan Qing Yuan, Kediaman keluarga Xu.

Tuan Xu merupakan guru kepada para putera keluarga diraja. Dia mempunyai dua orang anak lelaki, yang sulung bernama Xu Zhi Heng, semenjak dari zaman kanak kanak lagi Xu Zhi Heng terkenal sebagai seorang yang cerdik dan digemari oleh penduduk bandar Jing Cheng. Semasa berumur 18 tahun, dia telah berkhawin dengan anak gadis sulung dari Tuan Muda kedua keluarga He iaitu He Yan. Isterinya merupakan adik sepupu kepada He Rufei yang telah dianugerahkan gelaran General Fei Hong oleh Raja.

"Puan, awak nak apa apa tak?".

"Saya nak berjalan di taman", jawab He Yan sambil menghabiskan teh yang telah diberikan oleh pembantu terbabit.

"Tapi sekarang tengah hujan.."

"Saya boleh pakai payung".

Pembantu tersebut hanya mampu memandang He Yan sambil mengeluh kecil akan nasib Puannya itu kerana walaupun He Yan merupakan seorang wanita yang cantik tetapi malangnya ia buta.

Sebenarnya He Yan bukanlah buta sejak dari bayi tetapi hanya menjadi buta setelah tiga bulan berkhawin. Tiba tiba sahaja dia jatuh sakit dan mengalami demam selama dua hari dua malam, pada hari yang ketiga matanya telah menjadi buta. Keluarga Xu berusaha untuk mencari doktor yang terbaik namun tetap sahaja tidak dapat menyembuhkan mata He Yan. Oleh kerana itu, He Yan tidak pernah keluar dari halaman atau bergaul dengan ahli keluarga Xu yang lain selain suaminya.

He Yan sudah berkhawin selama setahun, ini bererti talah 9 bulan dia hidup sebagai seorang yang kehilangan penglihatan. Dalam waktu itu, dia sudah pun menerima kenyataan akan nasib dirinya malah pendengarannya pula yang menjadi semakin tajam, dia dapat merasakan pergerakan ikan yang berada di dalam tasik. Walau bagaimanapun, He Yan tetap merindukan kehidupannya yang lalu iaitu kehidupano sebelum berkhawin dengan Xu Zhi Heng.

Di usia perkhawinannya yang terlalu muda dia telah menjadi buta menyebabkan He Yan tidak terlalu mengingati wajah Xu Zhi Heng, apa yang diingatnya hanyalah pertemuan pertama mereka ketika dia berumur 14 tahun. Xu Zhi Heng merupakan seorang pemuda yang lembut serta berhemah, walau bagaimanapun dia merasakan seperti kekurangan sesuatu di dalam hubungan mereka namun dirinya sendiri tidak mengetahui apakah kekurangan itu.

Walaupun dia tidak dapat melihat tetapi dia dapat merasakannya, mungkin ia dipengaruhi dari pengalamanya sebagai seorang general perang yang sentiasa peka dengan keadaan. Lagi pula setelah menjadi buta, Xu Zhi Heng telah mengambil seorang gundik.

He Yan duduk di taman seorang diri sambil mengingati kehidupan sewaktu masih berada kem tentera. Tetapi tiba tiba dia merasakan dadanya sakit lantas He Yan terbatuk sambil memuntahkan darah.

"Puan, kenapa dengan awak?", ucap satu suara.

"Xiaodie...Yiniang?"

"Wah, nampaknya Puan mempunyai pendengaran yang sangat baik", ucap suara itu lagi.

Kedatangan He Wanru gundik suaminya membuatkan He Yan merasa tidak selesa membuatkan dirinya berwaspada. Namun dia tidak mengetahui apakah motif sebenar wanita itu kerana setelah menjadi buta dia bukanlah ancaman untuknya, seorang wanita buta tidak mungkin boleh menjadi wanita utama untuk keluarga Xu kelak.

He Wanru mengambil cucuk sanggul pemberian Xu Zhi Heng kepadanya untuk ditunjukkan kepada He Yan sebagai tanda provokasi namun dia tersenyum apabila menyedari wanita itu seorang yang buta.

"Puan, tahniah kerana awak telah mengandung tetapi malangnya.."

"Kenapa?"

"Malangnya kerana awak tidak boleh menyimpan bayi itu", ucap He Wanru sambil tertawa kecil.

"He Wanru, kamu mengugut saya?"

"Saya sebenarnya tidak berani mengugut Puan tapi semua itu adalah arahan dari General He. Kerana mereka tidak akan membiarkan awak hidup setelah menyimpan sebuah rahsia yang sangat besar".

He Yan tergamam mendengar penjelasan He Wanru itu. Sebelum keluarga He memilki General Fei Hong, keluarga mereka hanyalah sebuah keluarga bangsawan yang biasa sahaja, malah tiada seorang pun yang memiliki jawatan penting dalam kerajaan. Sembilan belas tahun yang lalu, isteri dari Tuan Muda pertama dan kedua keluarga He telah malahirkan bayi pada hari yang sama. Puan Muda pertama melahirkan bayi lelaki iaitu He Rufei manakala ibunya melahirkan He Yan.

Oleh kerana He Rufei dilahirkan kurang sihat dan dikatakan hanya akan hidup selama 3 tahun sahaja maka dia telah menggantikan sepupunya itu untuk menjaga status bangsawan keluarga mereka, kerana jika tidak mempunyai pewaris maka status bangsawan mereka akan ditarik semula oleh kerajaan. Manakala He Rufei telah dihantar untuk tinggal di tokong keluarga mereka yang terletak di luar bandar.

Selama ini, dia dibesarkan seperti seorang lelaki dengan belajar seni mempertahankan diri malah dia juga tinggal dihalaman ayah saudaranya. Semasa berumur 14 tahun, He Yan telah menyertai pasukan tentera Fu Yue, hasil usaha kerasnya dia berjaya meraih pencapaian lalu dianugerahkan sebagai General Fei Hong oleh Raja. Namun He Rufei yang dikatakan tidak berumur panjang itu telah kembali semasa He Yan mencapai kejayaan.

Selepas kembali, He Rufei telah mengambil semua segala pencapaian yang dibuat oleh He Yan selama ini. Bagi mengelakkan berlaku masalah yang tidak diingini, sebaik sahaja He Rufei kembali, He Yan segera dikhawinkan dengan Xu Zhi Heng. Lagi pula semasa menjadi He Rufei, He Yan sentiasa menggunakan topeng diwajahnya, oleh itu tiada siapa yang pernah melihat wajah sebenar General Fei Hong.

"Sebenarnya mata awak buta adalah disebabkan oleh racun yang dihantar oleh keluarga He. Hanya kematian yang boleh menguburkan segala rahsia ini. Lagi pula semasa awak meminum racun yang kononnya dikatakan sebagai tonik kesihatan, Zhi Heng juga mengetahuinya".

"Dengan kematian awak, segalanya akan berakhir. Jangan salahkan keluarga Xu dan juga He tapi salahkanlah diri awak sendiri!"

He Yan ketawa dengan kuat kerana tidak menyangka ini adalah pengakhiran hidupnya. Walau bagaimanapun dia sama sekali tidak akan menyalahkan dirinya sendiri sebaliknya mereka semua yang tamak dan pentingkan diri.

"Mengapa awak ketawa?", soal He Wanru kehairanan apabila melihat He Yan.

"Saya ketawa kerana melihat kebodohan awak, He Wanru. Setelah saya mati, awak adalah sasaran seterusnya kerana kamu juga mengetahui rahsia besar ini!"

He Wanru merasa sangat marah sebaik sahaja mendengar kata kata He Yan lalu mengarahkan pengawal untuk menangkapnya.

Mendengar arahan daripada He Wanru, He Yan mengambil ranting kayu yang berada disisinya dan menjadikan ranting kayu tersebut seperti pedang. Walaupun telah kehilangan penglihatan namun untuk menangkapnya bukanlah merupakan satu tugas yang mudah.

Dengan pantas He Yan dapat mengalahkan sepuluh orang pengawal yang ditugaskan untuk menangkapnya, membuatkan He Wanru menjadi panik. He Yan cuba melarikan diri dengan menggunakan teknik qigong ( terbang seperti didalam drama china ) namun langkahnya terhenti apabila dadanya tiba tiba merasa sangat sakit sehingga mencengkam ke jantung. Disebabkan itu, He Yan terjatuh semual ke tanah sambil mengeluarkan darah dari mulutnya, dia telah diracun! mungkin ia adalah minuman yang diberikan oleh Xiaodi kepadanya sebelum ini.

Setelah itu mereka memukulnya menggunakan kayu dikeseluruhan tubuhnya lalu menenggelamkan He Yan didalam tasik yang berada di taman itu. Hujan lebat hari itu menjadi saksi ketidakadilan yang dialami oleh General Fei Hong yang asli.

Kedengaran suara Xiaodi berteriak meminta bantuan orang ramai untuk menolongnya kerana telah terjatuh kedalam tasik namun perlahan lahan He Yan menutup mata lalu meninggalkan dunia ini!

Anda Mungkin Juga Menyukai

The Lens and the Veil: A Journey of Captured

Di tengah-tengah hiruk-pikuk kota Seoul, Yasmine, seorang gadis muda berhijab, menjalani kehidupannya sebagai seorang pengaruh yang menginspirasi. Terkenal dengan pandangan uniknya tentang kecantikan dan kekuatan dalam hijab, Yasmine mendapati dirinya bekerjasama dengan Jaemin, seorang fotografer mahir yang pandai menangkap kehidupan sehari-hari melalui lensa kameranya. Kedua-duanya saling terinspirasi semasa menjelajahi kota, mencari sudut pandangan baru yang belum pernah dilihat sebelum ini. Dari taman-taman yang tenang hingga lorong-lorong kota yang penuh dengan seni jalanan, Yasmine dan Jaemin mengabadikan momen-momen berharga yang menggambarkan kehidupan sehari-hari yang indah dan mendalam. Namun, di sebalik kecekapan fotografi luar biasa Jaemin, mereka juga menemui bahawa setiap gambar yang mereka ambil mempunyai cerita yang dalam dan menyentuh. Yasmine, dengan kepekaannya terhadap detail dan makna di sebalik setiap adegan, membawa pandangan peribadinya yang unik tentang kecantikan dan kekuatan wanita berhijab ke dalam karya mereka. Semasa Yasmine dan Jaemin semakin terlibat dalam projek-projek fotografi mereka, mereka tidak hanya menemui keindahan di sekeliling mereka, tetapi juga mula menemui keindahan dalam hubungan mereka yang semakin berkembang. Namun, dengan kehidupan yang sibuk dan cabaran-cabaran yang mereka hadapi, mampukah Yasmine dan Jaemin mengekalkan keseimbangan antara cinta dan karier mereka yang berkembang? "The Lens and the Veil: A Journey of Captured Stories" adalah kisah tentang kekuatan cinta, kreativiti, dan keindahan yang dapat ditemui di dalam dan di luar kamera. Ini adalah perjalanan yang menginspirasi tentang menemui makna dalam setiap detik dan mengabadikannya untuk selama-lamanya.

swordlily97 · Sejarah
Peringkat tidak cukup
15 Chs

Maisarah

Maisarah nama diberikan. Nama yang cantik begitu juga dengan maksudnya iaitu seseorang yang mempunyai ketenangan jiwa yang teguh. Namun berlainan pula dengan Maisarah yang ini, namanya langsung tidak mencerminkan gerangannya. Dia sangat lantang bersuara tanpa memikirkan perasaan orang lain. Dia juga sangat bebas dalam pergaulan tanpa dapat membezakan mana yang halal mahupun haram. Ramai yang aneh Maisarah mempunyai susuk tubuh yang tinggi lampai, alis mata yang terletak cantik, rambutnya juga ikal manakala bibirnya munggil. Melihatkan luaran Maisarah ramai yang tidak menyangka akan perangainya. Mungkinkan ia kerana kurangkan didikan agama daripada ibubapa? Atau ia pilihannya sendiri? "Sara kau tak takut dosa ke buat perkara macam ni? Ini dah di luar batasan ni Sara"- kata Aimy. "Biar la aku nak buat apa apa pun bukan dosa kau pun kalau tak ada apa apa lagi baik kau blah la Aimy. Acah acah baik pulak depan aku. Kubur lain-lainkan buat apa kau nak kecoh sangat" - jawab Maisarah meluat. Dan seperti yang dijangkakan Maisarah tidak suka dengannya. Dia bukan apa walaupun diri tidak bertudung seperti Maisarah tidak pernah sekali pun dia meneguk air yang haram itu kerana dia tahu dosanya amatlah besar dan kesannya juga besar apabila dia tidak dapat mengawal diri lagi apabila sudah mabuk. Aimy mengingatkan Maisarah kerana dia tidak mahu kawannya menjatuhkan maruah diri sendiri. Aimy tahu akan tragedi buruk menimpa Maisarah dan menyebabkan dia berubah secara mendadak. Bagaimana kesudahan kehidupan Maisarah? Adakah Maisarah akan hidup dalam keadaan yang diselubungi oleh dosa sehingga akhir hayatnya? Apakah tragedi buruk yang menimpa Maisarah segala berubah 360 darjah lakunya? Apakah yang menggerakkan hati Maisarah untuk berubah?

cikmairah · Sejarah
Peringkat tidak cukup
5 Chs

peringkat

  • Rata-rata Keseluruhan
  • Kualitas penulisan
  • Memperbarui stabilitas
  • Pengembangan Cerita
  • Desain Karakter
  • latar belakang dunia
Ulasan-ulasan
WoW! Anda akan menjadi peninjau pertama jika meninggalkan ulasan sekarang

DUKUNG