webnovel

Rahsia Terbongkar

Editor: EndlessFantasy Translation

"Boleh saya bantu kamu?"

Wanita jijik yang berada di belakang kaunter sebelum ini telah lenyap dan digantikan oleh seorang lelaki tua yang mesra.

"Mana wanita yang menjaga kaunter sebelum ini?" tanya Leylin.

"Dakota? Sudah mati!" Muka si tua itu berubah sedih.

"Berikan saya katalog model sihir!" Memikirkan wanita cerewet dari sebelum ini, Leylin berasa gembira. Malah perasaan tidak senang daripada kewajipan menyertai pertumpahan darah itu berkurangan secara beransur-ansur.

"Nah!" Si tua itu menyerahkan sebuah buku yang diperbuat daripada helaian kertas kekulit pada Leylin.

Leylin membuka buku tersebut untuk melihatnya. Muka surat pertama mengandungi sihir pangkat 0 elemen Api. Nombor muka surat itu berkilauan dengan warna merah bagi menunjukkan elemen sihir yang disenaraikan.

Leylin terus menyelak muka surat lain. Elemen Air, elemen Pokok, malah sihir Kebangkitan Roh pangkat 0 juga berkilau dengan warna masing-masing.

Leylin tidak meneliti sihir elemen Bayang dan Gelap kerana dia sudah hampir mengumpulkan kesemuanya.

Ketika menyelak-nyelak buku itu, Leylin sedar harga model-model sihir ini telah dikurangkan lebih daripada separuh. Jadi mereka menjual dengan harga rugi.

Namun, sayang sekali kerana seorang pembantu paderi biasa memerlukan sekurang-kurangnya sebulan untuk menguasai sihir pangkat 0. Sia-sia untuk mula menguasai sihir itu sekarang untuk pertumpahan darah yang akan berlaku.

"Tenaga Bebola Api Sekunder elemen Api ini, Tanah Lembap dari elemen air, dan Manipulasi Mayat dari elemen kebangkitan roh, dan ini… Satu bagi setiap jenis."

Memandangkan harga model sihir telah turun, Leylin mampu membelanjakan kristal ajaibnya untuk membeli model-model itu.

Bagi Leylin, ini seolah-olah menyapu bersih jualan gudang.

Selepas menyerahkan kristal ajaib dalam sebuah beg besar dan meminta orang tua itu untuk menghantar orang untuk membawa buku-buku itu, Leylin bertanya, "Di sini ada jual model sihir pangkat 1?"

"Maafkan saya, kaunter kita hanya menjual sihir pangkat 0 untuk pembantu-pembantu paderi." Si tua itu mengangkat bahunya dan menunjukkani penampilan tidak berdaya. Nampaknya Leylin bukan pembantu paderi pertama yang bertanyakan hal ini.

Selepas mendapat jawapan yang dijangkakan, Leylin menganggukkan kepalanya dan berlalu pergi.

Dia hanya mencuba nasibnya, jadi dia tidak berasa kecewa.

* Ka-cha! Creak! *

Bunyi kunci gangsa masuk ke dalam lubang kunci dan diikuti dengan bunyi putaran kunci.

"Kita dah sampai, letakkan barang-barang itu!"

Leylin membuka pintu asramanya dan berkata kepada beberapa orang gaji yang membawa kotak-kotak itu.

* Boom! * Orang gaji itu meletakkan buku model sihir itu di atas tanah.

Selepas meletakkan pembelian Leylin, orang gaji itu tunduk hormat pada Leylin dan berjalan keluar dari biliknya.

"Tiada sebarang perubahan pun di sini!"

Leylin masuk ke dalam biliknya, Terdapat cahaya terang yang menyinari dari dalam. Selain daripada habuk yang lebih tebal, keadaan yang lain masih sama seperti sebelum ini.

"Amansi!"

Leylin memetik jarinya dan tiba-tiba puting beliung berwarna hijau muncul di dalam biliknya.

Cadar dan kain meja terapung di atas udara dalam lingkaran puting beliung yang berterusan. Beberapa partikel habuk kelabu disedut ke dalam puting beliung itu.

Tidak lama kemudian, puting beliung hijau mengelilingi bilik itu se

kali dan banyak partikel habuk terperangkap di dalamnya. Puting beliung itu berubah warna menjadi hijau kotor dan akhirnya masuk ke dalam tong sampah.

"Sekarang bilik ini kelihatan lebih selesa dan bersih!"

Leylin melihat bilik asramanya kelihatan seperti baru, dan menganggukkan kepalanya sebagai tanda puas hati sebelum menyimpan model sihir dan bahan-bahan yang dibelinya.

Selepas semua telah siap, Leylin melawat dewan makan untuk menikmati makan malam yang sedap. Dia kemudian kembali ke biliknya dan mengambil sebuah buku model sihir.

"Tenaga Bebola Api Sekunder ya?" Leylin melihat buku merah api itu. "Cip A. I.! Rakam!"

[Beep! Imbasan sedang dalam proses!] Suara Cip A. I. berbunyi.

Beberapa jam kemudian, Cip A. I. menjawab, [Model sihir Tenaga Bebola Api Sekunder telah habis dirakamkan, analisis sedang berjalan: 9.23%]

Selepas kemajuannya menjadi seorang pembantu paderi tahap 3, keupayaan pemprosesan Cip A. I. yang terpendam dalam sebahagian rohnya juga meningkat.

Pembantu-pembantu paderi lain memerlukan hafalan yang berterusan dan menggunakan kekuatan rohani mereka untuk membina model sihir dalam minda mere. Ini memerlukan masa yang banyak dan kalau sesuatu tidak berjalan seperti yang dirancangkan, pembaziran masa akan berlaku.

Tetapi bagi Leylin, dia hanya memerlukan Cip A. I. untuk menganalisis sihir itu dan menghantarnya ke dalam mindanya. Kemudian dia akan ingat model sihir ini selama-lamanya. Pada masa depan, dia hanya perlu mengaktifkan kekuatan rohaninya sebelum menguasai model sihir itu sepenuhnya.

Secara ringkasnya, Cip A. I. telah menggantikan proses ingatan dan mencipta sebuah rangka kerja dalam mindanya. Proses ini boleh diibaratkan begini, jika Leylin mahu menggali kolam, Cip A. I akan membantu Leylin menggalinya. Leylin hanya perlu memberikan kekuatan rohaninya untuk mengisi kolam itu dengan air. Ini membolehkan Leylin menjimatkan banyak masa dan mempercepatkan keupayaan pembelajaran model sihirnya berbanding pembantu-pembantu paderi yang biasa.

"Cip A. I.! Tubuhkan misi! Dengan semua sihir pangkat 0 sebagai asas, mulakan simulasi model untuk sihir pangkat 1!"

Daripada apa yang dilihat oleh Leylin, kekuatan sihir pangkat 1 lebih tinggi daripada sihir pangkat 0. Dia hanya boleh mewujudkan simulasi model sihir pangkat 1 yang tertentu menggunakan bahan yang mencukupi dan keupayaan pengiraan Cip A. I.. Mungkin hasilnya akan menjadi model sihir baru yang tidak pernah wujud di dalam Dunia Magus!

[Misi ditubuhkan! Maklumat sihir-sihir pangkat 1 tertinggal, simulasi bermula…]

Barisan data ditayangkan di depan mata Leylin.

[Anggaran kekuatan sihir pangkat 1: 20 darjah dan lebih! Sumber maklumat:... Model sihir Tangan Umbra, model sihir Tenaga Bebola Api Sekunder… Masa simulasi: Tidak dapat dianggarkan!]

Cip A. I. menyenaraikan banyak sumber bahan dan tidak pasti akan anggarannya buat pertama kalinya.

Tetapi Leylin tersenyum. "Seperti yang dijangkakan, walaupun masa yang diperlukan tidak dapat ditentukan, tetapi Cip A. I. boleh menghasilkan simulasi model sihir pangkat 1…"

"Seterusnya, sebaik saya mendapat jumlah Air Grine yang diperlukan, dan mencapai keperluan kekuatan rohani untuk maju, maka saya boleh cuba melakukannya…"

Bagi Leylin, dia akan cuba membuat simulasi model sihir pangkat 1 menggunakan Cip A. I. Tetapi Air Grine ialah sejenis posyen perantaraan dan formulanya dimiliki oleh pelbagai kumpulan ahli sihir yang besar. Mereka pasti tidak akan berkongsinya dengan orang luar. Kebanyakan bahan yang diperlukan untuk membancuhnya juga dimonopoli oleh pihak-pihak ini, jadi Leylin tidak mempunyai cara untuk membancuh posyen itu sendiri.

Oleh itu, matlamatnya ialah untuk mengumpulkan seberapa banyak mata sumbangan yang mungkin dalam pertumpahan darah yang akan berlaku demi menjaga lepentingan dirinya. Dengan cara ini, dia boleh menukarkan mata sumbangannya dengan Air Grine.

Kalau dia perlu membeli model sihir dengan mata sumbangannya, dia tidak yakin untuk bertempur dengan dua akademi yang bekerjasama dan mendapatkan mata sumbangan yang mencukupi.

Tambahan pula, kalau dia berbuat demikian, dia akan disasarkan oleh musuh Magi. Ini tidak akan memberikan manfaat pada perkembangannya pada masa akan datang.

Tetapi sekarang dia hanya memerlukan Air Grine, jadi kesukarannya dikurangkan sebanyak separuh. Perhatian yang dia akan dapat juga akan berkurangan.

"Saya juga perlu siapkan Loket Tahi Bintang supaya saya mempunyai peluang untuk terus hidup dalam pertumpahan darah itu!"

Leylin memusingkan tangannya dan mendedahkan salib perak itu.

Permata pada salib itu berkilauan di bawah cahaya terang.

"Sebaik sahaja saya mendapatkan artifak sihir pertahanan gred-rendah ini, peluang saya untuk terus hidup dalam aras rahsia itu akan meningkat!"

Leylin tergumam dan tiba di makmal eksperimennya. Dia mengeluarkan Sfera Simpanan Roh yang menawan Roman.

Bola kristal yang mula-mula malap, bersinar dengan terang secara beransur-ansur apabila Leylin membuka kunci jampiannya. Cahaya dipantulkan darinya seperti ambar. Kelihatan bentuk manusia bersaiz cacing di dalamnya.

"Roman! Sebenarnya, saya ingin meluangkan lebih banyak masa dengan kamu untuk mendapatkan maklumat daripada kamu. Sayang sekali saya kesuntukan masa…"

Muka Leylin kelihatan kesal.

Roman, roh berdendam, yang terperangkap dalam bola kristal itu, menggeletar. Penampilan yang kelihatan gila dan dahagakan darah terus lenyap dan digantikan dengan sepasang mata yang kelihatan bijaksana.

"Roh pembantu paderi tahap 3 yang bertukar menjadi roh pendendam, pasti boleh mencapai langkah terakhir, Kebangkitan Roh!"

Leylin meletakkan salib perak itu di sebelah Sfera Simpanan Roh dan mula melukis pelbagai rune dengan pena bulu pelepah dan alatan lain di atas meja eksperimen yang besar itu.

Rune dan huruf-huruf itu menggeliang-geliut dan berputar tanpa henti sehingga membentuk satu rune mantera yang ganjil.

Bersama dengan jampian Leylin dan bahan-bahan yang digunakan, rune mantera besar itu mengeluarkan kilauan kelabu yang malap.

Roman yang berada dalam Sfera Simpanan Roh itu, seolah-olah ternampak sesuatu yang berbahaya dan suaranya mula bergetar, "Jangan… Kamu tidak boleh berbuat demikian…"

Langkah terakhir untuk mensintesis Loket Tahi Bintang memerlukan roh terperangkap yang penuh bertenaga. Roh ini pemangkin terbaik dalam proses pengaktifan.

Roman yang mempunyai kekuatan seorang pembantu paderi tahap 3 dalam hayat sebelumnya, menjadi bahan yang sempurna untuk Leylin sekarang!

Selepas roh pendendam itu dikurung dalam Loket Tahi Bintang, roh Roman akan terperangkap dalam salib perak itu buat selama-lamanya dan mengalami kesengsaraan yang tidak akan berakhir. Dia hanya boleh menunggu sehingga hari apabila salib perak itu pecah, sebelum jiwanya melenyap.

"Kamu yang berada dalam keadaan begini, adakah kamu mempunyai tawaran lain untuk saya?"

Selepas habis melukis formasi sihir dan menghampiri roh yang berulang-kali merayu dari dalam Sfera Simpanan Roh itu, Leylin tersenyum dan kelihatan ingin tahu.

"Saya… Saya seorang ahli alkimia yang hebat dan pakar dalam banyak rahsia dan kemahiran khusus alkimia. Kalau kamu lepaskan saya, semuanya akan saya serahkan pada kamu…"

Melihat muka Leylin yang tegas, Roman mula memberitahu apa yang dia tahu, demi mendapatkan peluang yang tipis untuk hidup.

"Tidak cukup! Kebanyakan barang kamu telah dirakamkan dalam buku alkimia, dan tidak mampu mengganti kerugian Loket Tahi Bintang saya!" Muka Leylin berubah dingin.

"Saya… Saya tahu rahsia mengenai ahli-ahli sihir yang menjadi Magus rasmi! Saya akan beritahu kamu kalau kamu bersumpah untuk melepaskan saya! Rahsia ini sesuatu yang disembunyikan dengan baik oleh pihak-pihak ahli sihir berkedudukan tinggi!"