webnovel

Pembantu Paderi

Editor: EndlessFantasy Translation

Di bawah pelbagai nama akademi itu, terdapat butiran seperti bidang pengkhususan dan Magi yang terkenal, untuk pembantu-pembantu paderi membuat pertimbangan.

"Semua butiran ini adalah panduan untuk kita memilih akademi berdasarkan pertalian elemen kita!"

Leylin mengangguk kepalanya, "Pertalian eleman saya paling tinggi dalam elemen Bayangan dan Kegelepan, yang kedua ialah Api dan terakhir sekali ialah elemen Tumbuhan yang patut saya abaikan melainkan saya ingin menjadi pembantu paderi seumur hidup saya!"

"Dan....." Leylin menanggal cincin Magus yang tergantung di lehernya.

"Cip A.I.! Imbas corak-corak di cincin ini dan bandingkan dengan imej-imej di semua akademi yang kita telah lalui!"

[Beep! Tugas dimulakan, mulakan imbasan. Imbasan selesai, membandingkan dengan pangkalan data...]

[Pembandingan selesai. Tahap persamaan: Akademi Abyssal Bone Forest 67.3%, Akademi Mercifura 54.4%, Pondok Sage Gotham 23.1%....]

"Jadi, tiga akademi ini yang mempunyai kebarangkalian yang paling tinggi?"

Leylin mengusap dagunya, "Daripada pelbagai pengenalan akademi yang ada, aku ingat yang Akademi Mercifura khusus dalam elemen Api dan Tumbuhan dan juga penciptaan artifak ajaib. Pondok Sage Gotham tidak terkenal dengan elemen Bayangan dan Kegelapan Magi juga."

"Nampaknya Akademi Abyssal Bone Forest adalah pilihan terbaik! Mereka terkenal dengan pengkhususan dalam elemen Kegelapan dan juga peneroka pertama dalam penyelidikan roh."

"Tetapi Akademi Abyssal Bone Forest ini! Kenapa namanya seperti kultus daripada dunia sebelum ini?!"

"Nampaknya pengguna pertalian elemen Bayangan dan Kegelapan seperti aku ini tidak boleh berdekatan dengan cahaya!" Selepas berfikir buat sementara, Leylin masih memilih untuk melihatnya tidak kira apapun. Sekurang-kurangnya, seseorang tidak boleh menyekat kemajuannya berdasarkan nama sahaja.

"Kalau aku tak silap, kawasan pendaftaran untuk pembantu-pembantu paderi Akademi Abyssal Bone Forest adalah di bahagian timur tapak perkhemahan itu!"

Leylin berjalan lebih kurang 10 minit dan akhirnya sampai di khemah yang dibina daripada tulang putih yang banyak. Ayat-ayat di atas disusun seakan, "Akademi Abyssal Bone Forest mengalu-alukan anda!" Ayat-ayat besar itu ditulis dengan darah merah yang mengalir, membuatkan pembantu-pembantu paderi sekeliling takut dan lari, dan melihatnya membuat Leylin terkedu.

"Kenapa mereka membina latar yang menakutkan? Untuk menakutkan orang? Mereka patut membinanya selepas kontrak ditandatangani; kalau tidak, semua pembantu paderi akan takut dan lari!"

Leylin menggeleng kepalanya dan masuk ke dalam khemah bertulang putih itu.

Sebaik sahaja dia memasukinya, terdapat aura sejuk yang berbau darah menyelubungi Leylin dan membuatkan rambutnya menegak.

"He he he..... Selepas lama menunggu, akhirnya ada seorang yang datang!"

"Di mana awak? Siapa yang bercakap?" Leylin terkejut.

"Maafkan saya! Awak sedang memijak tangan saya!" Suara itu kedengaran dari bawah kaki Leylin, membuatkan dia melompat ketakutan.

Barulah dia menyedari yang kasutnya memijak tapak tangan yang berkerepot. Leylin cepat-cepat lompat ke tepi, "Maaf, Tuan!"

"Tidak mengapa, tetapi boleh tak awak alihkan kaki awak? Awak memijak kaki kanan saya pula sekarang!"

Leylin kemudian menyedari bahawa tanah di dalam khemah itu tidak rata dan terdapat banyak tulang-tulang kering bertaburan dan dia ada terpijak beberapa tulang kering itu dengan tidak sengaja sebelum ini.

Sebaik sahaja Leylin bergerak ke belakang, beberapa tulang tangan dan kaki yang kering itu berkumpul menjadi bentuk rangka.

Melihat dengan lebih dekat, terdapat lapisan kulit yang jernih di atas rangka itu di mana ia menutupi tulang-tulang dan juga tengkorak di mana kedua-dua mata itu berada dan terdapat dua cahaya hijau berkelip dan sangat menakutkan.

"Maafkan saya! Tuan!" Leylin menelan air liurnya dan cepat-cepat meminta maaf.

"Tidak mengapa!" Gigi tengkorak putih itu berketak dan menghasilkan suara manusia: "Mari saya memperkenalkan diri saya, saya ialah seorang profesor elemen Bayangan dan Kegelapan. Awak boleh panggil saya Dorotte!"

"Tuan Dorotte yang terhormat, helo!" Leylin menundukkan dirinya sekali lagi.

"Awak datang ke sini, adakah ini bermaksud awak ingin masuk Akademi Abyssal Bone Forest?" Dorotte bertengkorak putih itu menyeru sebuah jubah hitam dan menyelubungi badannya dan ini menyebabkan Leylin tenang sedikit.

"Sebelum itu, saya ingin melihat peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Akademi Abyssal Bone Forest!"

"Baiklah!" Dorotte mengeluarkan lembaran kertas kulit domba yang berhabuk daripada belakangnya dan menyerahkannya kepada Leylin.

"Berdasarkan perjanjian kuno, selepas memilih Akademi Abyssal Bone Forest kami, kamu akan menerima hak untuk menyertai pengajaran asas Akademi Abyssal Bone Forest, satu set teknik meditasi elemen, 5 tahun kediaman, penginapan dan makanan percuma. Kami juga membenarkan penggunaan kristal-kristal ajaib sebagai bayaran, untuk penukaran ilmu pengetahuan daripada profesor-profesor..."

Dorotte bercakap tanpa henti manakala Leylin membaca dengan lajunya dan membandingkan dengan maklumat-maklumat yang dipaparkan oleh Cip A.I.

Dia mendapati bahawa apa yang Dorotte beritahu adalah sama seperti maklumat di atas kertas kulit domba itu. Berdasarkan hospitaliti asas, ia agak sama dengan pelbagai akademi yang lain.

Maklum balas daripada Cip A.I. juga menunjukkan bahawa walaupun ia tidak dapat mengimbas manusia di hadapannya dengan sempurna, Dorotte mengeluarkan radiasi yang berubah-ubah. Ini menunjukkan kekuatan Dorotte lebih tinggi daripada 3 individu berjubah putih parti pengembaraan itu dan ia mengejutkan Leylin.

"Saya telah memahami terma-terma asas sekarang, boleh saya tahu jenis pembayaran yang diperlukan untuk memasuki Akademi Abyssal Bone Forest?"

"Tiga belas kristal ajaib atau item yang sama nilai dengannya!" Dorotte memberitahunya.

"Saya akan menggunakan item ini seabagai penukaran!" Leylin telah membuat keputusan dan mencabut cincin Magus yang tergantung di lehernya.

"Nampaknya saya mempunyai mainan yang menarik!" Cahaya hijau di mata Dorotte berkelip.

Tangan bertulang putih itu mengambil cincin itu dan meletakkan di tapak tangannya, dan kemudian mengeluarkan item seakan-akan kanta pembesar dan memeriksanya.

"Mm..... Ini sangat menarik, saya dah lama tidak melihat corak-corak seperti ini untuk jangka masa yang lama!"

"Artifak ajaib kelas rendah! Ia nampaknya dicipta di Akademi Abyssal Bone Forest kami dan terdapat inskripsi formasi sihir kelajuan diukir di atasnya, tetapi cincin ini telah rosak. Ia sekurang-kurangnya berharga lima belas kristal ajaib!"

"Sekarang! Orang baru, kamu sanggup menggadai cincin ini untuk yuran sekolah kamu? Sebaik sahaja kamu membuat keputusan, tandatangan kontrak kuno Akademi Abyssal Bone Forest ini!" Dorotte bersuara dengan nada yang tegas.

"Saya terima!" Leylin bersuara dengan yakinnya.

"Bagus! Dengan ini saya mengisytiharkan kontrak ini terbentuk!" Dorotte berkata, "Serahkan borang kamu kepada saya!"

Selepas menerima borang Leylin, Dorotte ketawa, "Pertalian elemen Bayangan dan Kegelapan, patutlah awak memilih akademi kami. Di Pantai Mati ini, kami yang paling terkemuka!"

"Kerana awak telah memberikan amaun melebihi yuran yang diperlukan, saya mengisytiharkan awak telah diterima dan tidak memerlukan ujian kemasukan! Ambil kad ini! Pergi berehat. Esok kita akan meneruskan perjalanan kita balik ke sekolah!"

Dorotte mengeluarkan sesuatu yang menyerupai kad logam. Leylin menerimanya dan ternampak nombor 9 tertulis di atasnya.

"Sudah selesai? Bukan ke kita kena menandatangani kontrak atau sesuatu?" Leylin bertanya sambil lewa.

"Ha ha ha.... Tidak pernah sesekali seseorang cuba untuk memperdayakan seorang Magus!" Dorotte berdekih dan ini membuatkan Leylin seram sejuk.

"Kalau begitu, saya pergi dulu ye, Tuan!" Leylin membongkokkan dirinya dan berjalan keluar dari khemah tersebut. Dia menuju ke bahagian belakang khemah Akademi Abyssal Bone Forest Academy itu.

Di belakang kawasan pendaftaran semua akademi ini, terdapat banyak barisan pondok, dan di tengah-tengahnya, terdapat banyak pemuda lelaki dan perempuan berjalan keluar masuk pondok-pondok tersebut. Nampaknya ini ialah kediaman sementara pembantu-pembantu paderi.

"Hey! Senang bertemu dengan awak, awak orang baru di sini?"

Creak!

Pintu kayu bernombor 6 terbuka dan terdapat pembantu paderi berambut merah dan bermata biru keluar daripadanya dan menegur Leylin.

"Hai! Saya Leylin!" Leylin senyum.

"Ha ha! Saya Beirut. Berkenaan latar belakang keluarga saya, ia tidak penting kerana ia tidak boleh digunakan di benua lain!" Beirut kelihatan seorang yang mesra.

"Mari! Izinkan saya memperkenalkan awak!" Beirut menuju ke pondok-pondok berbentuk kipas itu, "Teman-teman! Kita ada teman baru!"

Beberapa pembantu paderi berpusu-pusu keluar daripada pintu-pintu kayu dan berkumpul bersama-sama. Leylin mengira lebih kurang tujuh atau lapan orang.

"Selamat tengah hari! Saya Kaliweir dari Empayar Lance, pembantu paderi kelas keempat!" Seorang lelaki yang mempunyai aura kepimpinan memperkenalkan dirinya.

"Lambatnya awak tiba!" Kaliweir berkata pada Leylin.

"Kami hadapi beberapa masalah dalam perjalanan, ketika melalui Great Plains of Death!" Leylin memberitahunya.

"Great Plains of Death? Ia memang sangat berbahaya!" Kawlier melihat ke arah pembantu-pembantu paderi di belakangnya, "Mari saya memperkenalkan mereka!"

"Ini ialah Beirut, yang awak jumpa tadi!"

"Ini ialah Hancock, pembantu paderi kelas ketiga!" Lelaki Kaukasia berbadan besar menggaru kepalanya keseganan, kelihatan jujur.

"Ini ialah Raynor, pembantu paderi kelas keempa!" Dia seorang lelaki kecil berbadan kurus, tetapi mempunyai sedikit keangkuhan di matanya.

"Ini ialah Guricha, pembantu paderi kelas kedua! Dan di sana ialah Nyssa and Dodolier, kedua-duanya ialah pembantu paderi kelas pertama!" Walaupun Kaliweir telah menahan dirinya, Leylin dapat merasakan sedikit cemuhan dalam percakapannya.

Pembantu paderi kelas pertama dan pembantu paderi kelas kedua, mereka mungkin akan menjadi pembantu paderi sepanjang hidup mereka. Ini tidak boleh menafikan dia menghindarkan mereka.

"Apa.... Apa khabar!" Guricha memaksa dirinya bertanya khabar. Manakala Nyssa dan Dodolier pula, mereka berdua kelihatan seperti perempuan kecil dengan pipi mereka yang seakan budak-budak. Mereka menundukkan diri mereka memberi hormat ketika ini.

"Itu siapa?" Leylin bertanya.

Berdekatan bulatan kecil mereka terdapat seorang lelaki berpakaian hitam dengan muka yang pucat. Berdiri di tepi kelihatan seperti tidak selesa dengan yang lain dan kelihatan agak sombong.

"Dia! Dia ialah Jayden! Genius kita semester ini, pembantu paderi kelas kelima! Menjadi seorang Magus hanya masa yang menentukan untuk dirinya." Riak muka Kaliweir bertukar suram dan terdapat sedikit perasaan dendam dalam percakapannya.

"Woah..... Pembantu paderi kelas kelima. Dia mempunyai 90 peratus kebarangkalian untuk menjadi seorang Magus! Patutlah dia sombong!" Leylin berfikir, menarik nafas sejuk dan tidak dapat menahan dirinya menjeling Jayden beberapa kali.

"Hmph!" Sebaik sahaja menyedari khalayak ramai melihatnya, Jayden diam-diam mendengus dan memasuki pondok kayunya. Pondok kayu itu ternyata lebih luas dan perhiasannya lebih cantik.

'Sebagai seorang pembantu paderi kelas kelima, layanannya pasti yang terbaik. Siapa tahu, mungkin terdapat beberapa profesor yang ingin mengambilnya menjadi anak didik mereka seawal yang boleh!"

Muka Kaliweir berubah lebih suram.

Leylin menyedari bahawa kumpulan pembantu paderi ini terbahagi kepada beberapa klik. Kelas ketiga dan kelas keempat pembantu-pembantu paderi adalah superior kepada kelas rendah pembantu-pembantu paderi tetapi inferior kepada Jayden, kelas kelima pembantu paderi.

Manakala untuk pembantu-pembantu paderi kelas rendah seperti Guricha, mereka bersatu bersama-sama dalam keadaan menyedihkan dan membentuk satu klik. Dan Jayden, yang mengasingkan dirinya daripada dua kumpulan itu.

"Hello, semua! Saya Leylin dan bakat saya ialah... kelas ketiga!" Leylin berkata.

"Selamat datang!" Kaliweir senyum, manakala Guricha dan dua perempuan lagi kelihatan rendah diri sebaik sahaja mereka menyambut dia dan pulang ke pondok-pondok mereka.