webnovel

Di dalam Kompaun Akademi

Editor: EndlessFantasy Translation

"Tik Tok! Tik Tok!"

Jarum jam gangsa di bilik itu berputar sekali lagi, bermaksud satu jam telah berlalu.

[Rune minda pertama telah dianalisa, mulakan transmisi atau tidak?] Cip A.I. mengumumkan.

"Dah habis analisa ke? Mulakan penghantaran!"

Dalam tempoh masa analisa, Leylin telah mengkaji pelan teknik meditasi, tetapi nampaknya ia tidak membantu.

Rune minda muncul sebagai satu imej 3D dan corak-coraknya agak rumit dan tiada ruang untuk sebarang kesilapan.

Untuk mempamerkan imej dalam bentuk buku, bukan sahaja pengarangnya harus mempunyai latihan seni yang cemerlang, malahan kemahiran pemahaman pembaca perlu juga diambil kira.

Leylin membuat anggaran pemahaman satu rune minda yang mudah akan mengambil masa beberapa hari oleh pembantu paderi biasa, sebelum mula menyusunnya di dalam minda. Bagaimanapun, dengan Cip A.I., ia mengambil masa beberapa jam sahaja.

"Kadar kemajuan ini setanding dengan pembantu paderi kelas keempat dan kelas kelima!" Leylin membuat anggaran.

Selepas penghantaran maklumat Cip A.I. selesai, Leylin faham tentang struktur rune minda yang pertama. Ia seperti bentuk 'A', tanpa garisan melintang di tengah-tengah, dan penuh dengan corak dan heliks, mengundang rasa pening apabila melihatnya.

"Pertama sekali aku kena tenangkan minda dan bayangkan tasik yang aman untuk berlatih meditasi..."

Leylin menutup matanya dengan perlahan.

Pemuda itu duduk bersila dan menutup matanya, seolah-seolah seperti dia sedang tidur di dalam bilik yang penuh dengan cahaya samar-samar.

Tanpa menyedari masa berlalu, terdapat beberapa titik cahaya berkelipan di sekeliling pemuda itu. Cahaya itu masuk ke dalam badannya, dan hilang dalam sekelip mata.

Kelopak mata Leylin bekelip, dan kemudian dia membuka matanya.

"Penatnya! Nampaknya teknik meditasi dan teknik pernafasan Satria adalah sama, mereka ada had masa yang tertentu! Cip A.I! Periksa status badan aku!"

[Beep! Hos sedang diimbas!]

[Sel otak Hos telah distimulasi, dan semua sel di dalam tubuh meningkat di dalam aktiviti secara keseluruhan!]

[Beep! Daya tahan Hos meningkat dengan 0.05!]

[Oh… Teknik meditasi, tidak dinafikan terdapat teknik pertapaan untuk Magi. Aku dapat merasakan sebab utama teknik pertapaan ini ialah untuk meningkatkan kekuatan kerohanian, dan peningkatan daya tahan hanyalah bonus]

"Daya rohani ini mempengaruhi statistik aku! Selepas berlatih teknik meditasi ini, daya tahan aku telah mula melangkaui had yang sebelum ini!" Ekspresi Leylin agak kompleks, dan lahir kegembiraan yang tidak terhingga di dalam hatinya.

"Berdasarkan introduksi dalam data itu, kadar tidur yang cukup selepas meditasi akan memberi efek yang paling optimum!"

Leylin menanggalkan jubahnya, baring di atas katil, dan tidur dengan lena.

[Beep Beep! Penggera berbunyi!] Suara Cip A.I. berbunyi kuat menggerakkan Leylin dari lena.

"Sudah tiba waktunya untuk bangun, masa memang berlalu dengan cepat!" Leylin menggeliat dengan penuh kemalasan dan melihat jam yang menunjuk masa 5.30.

"Aku kena gegas berkemas! Aku kena pergi jumpa mentor Kroft!" Leylin bersihkan diri dengan cepat, dan pergi ke dewan makan untuk bersarapan sekeping roti dengan gelojoh, dan bergegas ke makmal eksperimen semalam.

"Selamat pagi Tuan!" Leylin menyapa.

Dia perasan seorang pembantu paderi perempuan di sebelah Kroft yang berambut putih itu. Dia mempunyai potongan badan yang cantik dan berwajah jelita. Nampaknya ada seorang lagi perantis untuk profesor Kroft.

"Hm? Kamu dah cuba teknik meditasi?" Kroft mengerut dahinya, "Bagaimana perasaan kamu?"

"Kepala saya sakit, dan saya rasa pening-pening sikit!"

"Ini ialah kesan sampingan biasa selepas transmisi memori daripada bola kristal itu, kamu perlu berehat banyak ketika tempoh ini!" Kroft berkata.

"Mari, saya kenalkan! Ini ialah Bicky, seorang lagi perantis saya! Ini Leylin, pembantu paderi yang baru tiba semalam!"

"Hai!" Bicky tunduk, memberi ucapan selamat dengan sopan.

"Hello!" Leylin letak tangan kanan di dadanya dan mempamerkan keanggunan seorang ahli bangsawan.

"Bicky juga senior kamu, selain dia, ada seorang lagi senior yang bernama Merlin. Kebolehan di dalam bidang Posyennya sangat hebat!" Kroft memberitahu Leylin.

"Merlin terkenal sebagai seorang genius unggul pembuatan Posyen abad ini, dan pewaris mentor kita!" Bicky menambah.

"Haha! Ya! Merlin telah menonjolkan bakat yang cemerlang dalam pembuatan Posyen! Jika ada sebarang kemusykilan, kamu boleh rujuk pada dia!" Sebaik sahaja dia menyebut nama Merlin, muka Kroft tersenyum, dan dia kelihatan puas hati dengan anak muridnya itu.

"Jadi Leylin, kamu faham dengan peraturan-peraturan saya?"

"Saya telah melihat keperluan-keperluan profesor ketika sesi pemilihan mentor! Leylin mengangguk.

"Okey! Mulai dari sekarang, kamu kena datang ke sini setiap hari dan tolong mengemas, tetapi kamu kena hadir dan mendengar kelas-kelas percuma ketika waktu rehat! Manakala sabagai manfaat menjadi perantis saya, kamu boleh pilih dan tanya saya maklumat lanjut selepas mempelajari ilmu-ilmu dan teknik-teknik asas!" Kroft berkata.

"Terima kasih, Tuan!" Leylin cepat-cepat menunduk. Sekarang ini, dia tidak dapat bayangkan langsung tentang dunia Magus itu, jadi walaupun Kroft mahu dia memilih, dia tidak tahu yang mana terbaik. Bagus dia buat pilihan nanti di mana dia boleh mengaut manfaat yang banyak.

"Sekarang ini, aku akan beri kamu berdua berehat untuk setengah hari. Biar Bicky teman kamu dan tunjuk persekitaran akademi. Bicky, beritahu dan terangkan beberapa batasan dan sekatan!"

"Ya!" Leylin dan Bicky mengangguk dan keluar dari makmal itu.

"Ini adalah tempat kediaman semua profesor, pembantu paderi biasanya tidak dibenarkan masuk... Ini ialah pusat perdagangan, di mana para pembantu paderi boleh buat transaksi antara satu sama lain. Dan di sini, kita ada ruang misi. Misi-misi yang berbeza dan tahap-tahapnya akan ditulis pada dinding batu ini. Semua pembantu paderi boleh cuba selesaikan misi-misi ini dan mendapat mata sumbangan dan kristal-kristal ajaib!"

Suara Bicky sangat merdu untuk didengar, dan dia seorang yang sangat cantik. Personalitinya pula meriah dan aktif. Mood Leylin meningkat dengan banyak apabila meluangkan masa bersama dia.

Kedua-dua mereka bersiar-siar sekitar akademi. Kebanyakannya Bicky yang menunjuk sekeliling kepada Leylin, sambil beritahu tentang beberapa tempat dan beberapa batasan dan sekatan sepanjang perjalanan.

Tanpa sedar, mereka berdua berjalan menuju ke taman.

"Fayle, syabas!""Bagus, sekali lagi!"

Suara itu menarik perhatian Leylin. Di tengah-tengah taman itu, terdapat sekumpulan pembantu paderi berdiri mengelilingi seorang pemuda berbadan besar dan tegap yang bercakap secara berterusan.

Di tengah-tengah khalayak ramai itu terdapat seorang pemuda berambut perak yang cerah, bermata hijau gelap, dan dia kelihatan mempunyai karisma yang pelik.

"Itu ialah senior Fayle. Dia seorang genius; dia telah menjadi pembantu paderi tahap 2 dalam masa setengah tahun sahaja selepas menyertai akademi!" Mata Bicky terbuka luas, dan mukanya berseri-seri sambil dia mengomel.

"Riak muka ini? Nampaknya Bicky mempunyai tanggapan baik terhadap Fayle!" Leylin menggosok hidungnya.

"Bicky! Bicky!"

"Ah... Apa dia?" Selepas Leylin memanggilnya beberapa kali, baru Bicky mengalih pandangan. Ketika ini, mukanya sedikit merah padam.

"Oh! Saya nak tanya, kenapa ada banyak tumbuh-tumbuhan di bawah tanah ini!"

Leylin menghidu sekuntum bunga merah; bunga itu mempunyai aroma yang kuat.

"Ada banyak tompokan lumut cahaya matahari yang besar di atas bumbung taman ini, dan lumut-lumut ini boleh memancar cahaya yang sama seperti cahaya matahari, dengan itu tumbuh-tumbuhan boleh hidup di bawah tanah ini!"

Bicky menjelaskan.

"Oh! Leylin mengangguk dan tertanya jika dia patut datang ke sini selalu pada masa hadapan untuk berjemur, kerana pendedahan kepada cahaya matahari yang banyak bagus untuk seseorang.

Melihat Bicky keberatan untuk beredar, Leylin sengaja berpura-pura menunjuk minat yang kuat terhadap taman itu, sehingga Fayle dan yang lain beredar.

Bicky hanya mampu menjeling Fayle secara diam-diam, walaupun dia tidak berani untuk maju ke hadapan dan menegurnya setelah sekian lama. Leylin menyampah melihat reaksi Bicky , kerana sikap Bicky terhadap percintaan boleh dikatakan jarang berlaku di akademi ini.

"Kawasan akademi ini akan sentiasa menampal jadual kelas hari berikut, dan terdapat banyak kelas awam dan percuma untuk pilih. Sebagai pelajar baru, kamu tidak boleh terlepas benda-benda sebegini!"

Selepas meninggalkan taman itu, Bicky membawa Leylin ke kawasan akademik, dan menunjuk sepapan kayu besar. Di hadapannya, ramai pembantu paderi sedang mencatat nota.

"Kelas-kelas awam percuma? Ini bermaksud kita harus bayar untuk sesetengah kelas ke?" Leylin bertanya.

"Betul! Terdapat beberapa kelas yang memerlukan yuran, dan topik-topik canggih yang mengenakan bayaran 1 kristal ajaib untuk 10 kali kelas. Walaupun kelas-kelas itu lebih bagus daripada kelas-kelas awam, ilmu-ilmu yang dipelajari adalah inferior dengan ilmu pengetahuan yang diberi oleh mentor-mentor kita sendiri!"

Bicky tersenyum kelat, "Kelebihan kelas-kelas itu ialah harga yang lebih murah!"

Leylin menggangguk. Di satu sudut yang lain, seorang profesor sedang mengajar belasan pelajar, dan ada beberapa pelajar lain yang sedang menjalani kelas individu, kelebihan antara kedua-dua kelas itu pasti berbeza.

Bagaimanapun, dia mempunyai Cip A.I., jadi keupayaan pembelajarannya menonjol. Dia yakin dia akan berjaya walaupun belajar dalam kelas yang besar.

"Dengan kaedah ini, aku kena simpan beberapa kristal ajaib!" Leylin mengusap dagunya.

Dia ada dua biji kristal ajaib sahaja lagi. Awal tadi, masa dia berada di kawasan misi, dia ternampak beberapa misi yang memberi ganjaran kristal ajaib yang secara umumnya memerlukan seseorang sekurang-kurangnya tahap 1 pembantu paderi untuk menyelesaikan tugasan susah. Sekarang ini, Leylin belum mencapai keperluan atau syarat yang seperti berikut.

"Manakala untuk tugas pembersihan, ini semua akan dibuat oleh hamba-hamba sihir, dan yang lain telah diambil oleh pembantu paderi yang lain. Ternyata tiada tempat untuk aku!"

Leylin kecewa sedikit. Kristal-kristal ajaib merupakan mata wang antara golongan Magi dan cara biasa untuk dapatkan ilmu pengetahuan yang lebih bagus di akademi ini. Tanpa kristal-kristal ajaib, pembelajarannya mungkin akan terganggu.

"Hm... Seelok-eloknya aku kena hadir ke kelas-kelas awam ini dahulu dan maju ke tahap 1 pembantu paderi. Selepas itu, aku akan pertimbangkan untuk mengambil misi-misi untuk mendapatkan beberapa kristal ajaib!"

Leylin mengeluh.

"Cip A.I., bagaimana dengan proses pemetaan akademi ini?"

[Beep! 66.7% telah dipetakan]

Cip A.I. menjawab. Sebuah imej biru timbul di hadapan Leylin, ia mempamerkan setiap tingkat bangunan dan ia terbahagi kepada beberapa bahagian, dan kelihatan seperti sarang lebah.

Beberapa kawasan mempunyai nama, bersama-sama dengan penjelasan Bicky di sebelahnya.

Kawasan-kawasan yang boleh dimasuki pada bila-bila masa ditanda dengan warna hijau, manakala kawasan-kawasan berbahaya bertanda kuning. Manakala untuk kawasan-kawasan yang Bicky tidak berani masuk, Cip A.I. tandakannya dengan warna merah, bererti kawasan yang sangat berbahaya.

Bagi zon-zon berbahaya yang berwarna merah itu, Leylin telah membuat keputusan untuk berjalan mengelilinginya. Dia juga telah membuat keputusan untuk tidak bertanya tentang zon-zon itu sebelum menjadi pembantu paderi tahap 3.

"Pemetaan telah direkod!" Leylin mengangguk kepalanya dan ucapkan selamat tinggal kepada Bicky, "Bicky, terima kasih kerana menemani aku seharian, aku dah ingat beberapa kawasan penting di akademi ini sekarang!"

"Bagus!" Bicky bermain-main dengan sekuntum bunga putih yang kecil di tangannya, "Kalau ada apa-apa yang kamu tidak faham, kamu boleh tanya saya!"

"Sudah pasti!" Leylin memberi senyuman kecil.

Selepas mengucap selamat tinggal kepada Bicky, Leylin menjamu makan malam dan pulang ke biliknya. Dia mula berlatih teknik meditasi.

Meditasi seorang Magus adalah perjalanan yang berterusan, hanya dengan kesetiaan dan ketekunan harian, seseorang itu boleh memperoleh daya rohani yang cukup untuk menjadi seseorang yang boleh mengawal kuasa-kuasa misteri.

"Cip A.I. hanya berguna untuk menganalisa teknik meditasi. Untuk pembentukan semua rune minda itu, ia sepenuhnya bergantung kepada daya rohani aku sendiri, dan juga bergantung sedikit dengan pemahaman dan bakat aku. Untuk bidang ini, Cip A.I. tidak membantu sangat!"

Selepas bermeditasi, Leylin berasa daya rohaninya meningkat walaupun sedikit, dan dia terus tidur lena.