webnovel

My Girlfriend Bodyguard

Tengku Fahmi selalu berada dalam keadaan bahaya. Kadang-kadang, dia hampir dibunuh oleh orang yang tidak puas hati akan kekayaan yang dimiliki olehnya. Disebabkan itu, dia memerlukan seorang bodyguard yang boleh menjaganya. Aisy ialah seorang gadis yang mempunyai kerjaya yang banyak dugaannya. Dia selalu dipilih untuk menjaga orang yang dijangka akan dalam keadaan berbahaya. "Aisy?" soal Tengku Fahmi terkejut dengan kehadiran gadis yang sudah lama tidak dijumpainya. "Tengku Fahmi." Aisy menyebut nama lelaki itu dengan dingin. Dia sememangnya sudah tahu identiti kliennya itu. Disebabkan itu, dia mengenalkan dirinya seolah-olah baru pertama kali berjumpa. "Saya Aisy. Saya ialah bodyguard yang diarahkan untuk menjaga Tengku buat masa ini.Tolong kerjasama nya, Tengku" sambung Aisy dengan wajah dingin. "Ha?" Bolehkah Aisy bekerjasama dengan Tengku Fahmi setelah peristiwa yang tidak mahu Aisy ingati? Adakah Tengku Fahmi menurunkan egonya demi Aisy yang pernah dibulinya satu tika dahulu? Ikuti kisah cinta Aisy dan juga Tengku Fahmi dalam novel 'My Girlfriend Bodyguard'.

LadyNura · Masa Muda
Peringkat tidak cukup
14 Chs

Bab 10

"DAMN! DAMN! DAMN!" Kasar sekali perkataan yang keluar dari mulut seorang lelaki yang sudah berusia 47 tahun. Dia terus baling sebatang pen dan mengenai tepat di muka lelaki yang sememangnya sudah lebam habis.

"Kau memang tak boleh buat kerja kau betul-betul, ke?! Hei, dia perempuan lah! Takkan dengan perempuan pun boleh kalah! Kau tak payah nak tipu aku lah bodoh!" sambung lelaki tua yang dikenali sebagai Datuk Megat dengan marah. Merah padam wajahnya akibat marah yang melampau.

"Betul, Datuk! Sumpah yang perempuan ni kuat! Saya tak tipu, Datuk!" Lelaki itu membela dirinya sendiri dengan simpati. Mukanya sudah lebam macam ni pun boleh dikatakan tipu.

Mukanya jadi begini angkara tendangan yang agak kuat dari gadis itu tanpa diberi peluang untuk bangun walaupun sedikit. Hasilnya dapat lah wajahnya merasai tendangan yang padu itu sehingga seteruk ini.

"Sudah! Aku tak nak dengar semua ni lagi. Entah apa-apa sahaja cerita kau ni! Berambus!" arah Datuk Megat.

"Tapi Datuk.. Sen.. sen.. senjata api tu.. hi.. hi.. hilang.." ujar lelaki itu takut-takut.

Mencerlung anak mata Datuk Megat menikam raut wajah lelaki yang berada dihadapannya itu. "What?! Kau keluar sekarang!!" tengking Datuk Megat. Nafasnya dihembus kasar sekali. Tiba-tiba, kedengaran phone nya berdering. Tanpa melihat nama yang tertera di skrin phone nya, dia terus mengangkat dan talian pun bersambung.

"Siapa?!" soal Datuk Megat kasar sekali.

"You ni kenapa?! Mabuk ke apa?!" soal seorang gadis dengan kasar juga. Dah orang main kasar, aku pun boleh main kasar! Geram!

Datuk Megat terdiam sejenak. Suara itu sepatutnya kedengaran manja ketika bersamanya. Tapi lain pula dia dengarnya. Salahnya juga kerana jawab tanpa usul periksa. "Sorry, baby.. You nak apa call I?" Perlahan sahaja suaranya menyoal.

"It's okay lah. Actually, I nak minta tolong dengan you." Melliana bersuara.

"You nak I tolong you apa?" soal Datuk Megat dengan teruja.

"You kat mana sekarang?" soal Melliana tanpa menjawab soalan Datuk Megat.

"Office.. why?"

"Nanti, I datang. I ada benda nak discuss dengan you," jelas Melliana.

"Okay. I waiting!" Jawab Datuk Megat dengan nada yang ceria. Talian pun terus dimatikan oleh Melliana.

"AKU SELALU TERSENYUM.. Bayangkan kita hidup berdua.. Berjalan berpegangan tangan.. Takkan kau lepaskan.. Ouhhh.. Tiba waktunya nanti.. Kan ku cerita pada dunia.. Yang kau telah pun jadi milikku.. Buat selamanya.." Merdu sahaja suara Tengku Fahmi mengalunkan lagu Kisah Cinta Kita nyanyian Hafiz Suip. Dia terus menerus meluahkan perasaannya di bilik karaoke yang disediakan oleh dirinya sendiri bagi melepaskan apa yang terbuku di dalam hati.

Setelah puas bernyanyi, dia pun merebahkan badannya di sofa yang disediakan di bilik itu. Fikirannya terus menerawang sebaik sahaja direbahkan badannya. Kenapalah susah sangat nak ajak dia berborak panjang? Setiap kali dia bertanya, sepatah yang dia jawab. Tak pun, angguk atau geleng aje.

Sudah dua bulan, Aisy melaksanakan tugasannya iaitu jadi bodyguardnya dan tinggal bersama dengannya. Sejak kejadian dua bulan lalu, suara Aisy yang sepatutnya kedengaran walaupun pendek. Langsung tak keluar. Bagaikan ada emas di dalam mulutnya.

Kadangkala, hatinya tertanya-tanya. Dia jual mahal ke? Atau dia tak faham? Kedengaran keluhan terbit di bibir miliknya. Dia terus melayan perasaannya itu dengan sedikit kecewa. Lama dia berkeadaan begitu. Sehingga iPhone miliknya berdering kuat.

Dia terus mengangkat dengan malas. Matanya dipejam rapat. "Hello..."

"Dah habis ke nyanyi?" soal Aisy selamba. Kiranya cool habis cara dia bertanya. Padahal, jantungnya sekarang ni macam dah nak terkeluar dari dalam badannya. Entahlah, sejak kebelakangan ni. Setiap kali berdepan dengan sosok tubuh badan lelaki itu, dia akan gelabah tak tentu pasal. Entah apa yang merasuk fikirannya saat itu pun tak tahu. Disebabkan itu, bila lelaki itu bertanya. Dia akan jawab sepatah ataupun, geleng. Cemas punya pasal lah ni!

Mungkin cara Tengku Fahmi melayannya sekarang berbeza dengan yang dulu. Yelah, dulu bukan main nak buli aku! Sekarang, layan aku macam nak goda aku aje. Ada ke patut, setiap kali makan sama-sama. Tengku Fahmi renung dia macam nak telan. Lirikan mata lelaki itu.. Uishh, jangan cerita.. Memang mengancam habis! Sesak nafasnya dibuat dek Tengku Fahmi.

Bila difikirkan semula, dia ni cantik sangat ke sampai lelaki itu tenungnya dengan lama sekali. Bukannya nak riak ke apa.. Tapi, memang betul pun yang dia cantik.. Kalau tak dulu, masa dia masih belajar lagi. Ramai jejaka yang terus menerus mengodanya, terutama jejaka yang perasan dirinya terlebih handsome. Yuck! Geli pulak bila mengingatinya semula.

Abang-abang aku dengan adik aku pun tak macam kau! Diorang cool! Tak macam kau, ulat bulu panjat atas badan betul!

"Helo, Aisy?" tegur Tengku Fahmi yang berada di talian.

"Ehem!" Sengaja Aisy berdehem kuat. Mahu mengurangkan rasa gemuruh? Maybe?

"Emm.. Tengku nak follow saya tak?" soal Aisy sedikit panjang. Degupan jantungnya semakin pantas saat ini. Duh! Jantung sayang.. Jangan macam ni laaa.. Cuak aku dibuatnya!

"Pergi mana??" Pantas Tengku Fahmi bertanya. Kelihatan bersinar-sinar anak matanya mendengar ajakan gadis idamannya. Ditambah gadis itu berbicara panjang dengannya walaupun sedikit. Merasakan ada sinar harapan untuk mengoda Aisy kembali.

"Jogging. Buang lemak."

"Erkk.."

Ceh! Aku fikir dia nak ajak pergi dating ke tengok wayang ke? Ni... jogging? Tak romantik langsung minah ni!

'Kalau dia nak romantik sekalipun, bukan dengan kau lah! Perasan betul!' Bidas suara hatinya dengan tiba-tiba.

Lelaki itu terus mencebik. 'Diamlah!'

"Nak ikut tak?" soal Aisy sekali lagi, geram.

"Nak ikut! Tunggu saya jap!"

"Hmm." Sepatah Aisy jawab. Dengan pantas, dia menekan butang end dan terus keluar dari biliknya. Kemudian, dia menuruni anak tangga dengan laju dan terus ke pintu utama. Sebelum tiba di pintu utama, dia ditegur.

"Aisy nak pergi mana ni?" tanya Mak Siti sambil meletakkan bakul bajunya di bawah sekejap. Matanya dilirikan ke arah wajah mulus Aisy.

"Aisy nak pergi jogging mak! Dengan Tengku Fahmi. Kenapa mak? Nak follow sekali ke? Boleh bakar lemak tau!" usik Aisy sengaja. Sejak dia melangkah masuk ke rumah bossnya itu, dia disuruh Mak Siti memanggilnya 'mak' sahaja. Katanya panggilan Mak Siti panjang sangat.

Dia pun tak kisah panggil Mak Siti dengan panggilan 'mak'. Bukannya luak pun.

"Ish, kamu ni Aisy. Suka sangat usik mak. Kenapa tak usik si Riz tu aje?" usik Mak Siti pula.

Mendengar usikan Mak Siti, Aisy merasakan wajahnya terus membahang. Haa... Itulah, lain kali nak mengusik toleh kiri kanan dulu. Bukan main terjah aje. Kan dah kena balik.

"Uish, mak ni. Kesitu pulak. Takkanlah Aisy nak usik Tengku. Dia boss Aisy, mak. Bukannya pakwe Aisy. Lainlah kalau dia pakwe Aisy. Time tu jangankan nak usik, nak goda pun boleh. Tapi, masa nak goda tu... Kena halallah.. Hehe.." Jelas Aisy panjang lebar.

"Laa, Riz tak pernah ajak Aisy kahwin lagi ke?" soal Mak Siti polos. Serius sahaja wajahnya ketika itu.

Baru sahaja Aisy ingin menjawab persoalan Mak Siti, tetapi pantas dicelah oleh suara garau milik Tengku Fahmi. "Riz pernah ajak Aisy kahwin lah mak. Tapi, Aisy yang jual mahal sangat dengan Riz. Mak pujuklah si Aisy ni.. Suruh terima Riz dalam hidup dia dan jadi suami dia."

Selamba sahaja Tengku Fahmi mengeluarkan kata-kata yang mampu membuatkan jantung Aisy terhenti seketika. Satu sahaja perkataan yang terus terdetik di hati Aisy. Gila. Itulah perkataan yang sesuai untuk seorang lelaki bernama Fahmi Rizal ini.

"Ouh, yeke?! Uish, tak sabar nak bagitau Ziah ni! Mesti dia suka!" Mak Siti terus mengangkat bakulnya yang diletakkan di sebelahnya tadi dan membuka langkah menuju ke belakang rumah.

Suasana yang berhampiran pintu utama itu sunyi seketika. Mereka berdua terus mendiamkan diri sehinggalah Aisy bersuara. "Bila masa pulak awak ajak saya kahwin dan bila masa pulak saya jual mahal?" soal Aisy hairan.

"Aik? Bukan selama ni awak jual mahal ke? Saya punyalah cakap panjang lebar. Awak punya jawab, angguk.. geleng.. Tak pun, jawab sepatah. Dalam mulut awak tu ada emas ke sampai tak boleh nak cakap dengan saya? Hmm?" soal Tengku Fahmi kembali dengan panjang sambil menjongket keningnya berulang-kali.

Aisy menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. Tidak tahu mahu menjawab apa, dia terus meninggalkan lelaki itu dan keluar. Kemudian, dia mengambil kasutnya berjenama Nike yang berada di dalam almari kasut itu dan segera disarungkan ke kakinya.

Sempat dia berpusing ke arah lelaki itu lalu berkata. "Saya tak faham awak cakap apa sebenarnya dan saya tak nak tahu pun apa yang awak nak cakap dengan saya. Okey, bye!" ujar gadis itu lalu terus keluar jogging.

Tengku Fahmi mendengus kecil. Sampai bilalah, Aisy nak berperangai macam tak tahu apa-apa. Aku yakin yang dia sebenarnya faham apa yang aku maksudkan. Cuma dia berpura-pura tak tahu. Haih, nasib.. nasib..

Lelaki itu pun terus mengikuti langkah Aisy yang sudah jauh berada dihadapan. Terus langkah gadis itu diiringi dengannya. "Tapi awak mesti tahu apa yang saya nak cakap! Walaupun awak sebenarnya dah tahu!" ujar Tengku Fahmi tidak berpuas hati. Dia terus Aisy daripada terus melangkah laju atau lebih tepatnya lari. Ni nak ajak lumba lari ke apa ni?

Serta-merta, gadis itu membrekkan langkahnya apabila Tengku Fahmi dengan tiba-tiba muncul dihadapannya. Badannya tidak dapat diimbangkan dengan betul. Apalagi? Jatuhlah jawabnya.

"Aduh!" ucap mereka berdua serentak. Pantas, mereka berpandangan antara satu sama lain.

Berderau darah Aisy dibuatnya. Dia dapat merasakan wajahnya berbahang tiba-tiba. Panas! Terkial-kial, gadis itu bangun dengan terkejut. Matanya dialihkan ke beberapa pokok ru yang agak besar berada dihadapannya saat itu. Malunya jangan dicerita. Memang malu habis! Ni kali kedua mereka berkeadaan begitu. Macam mana boleh terjadi macam tu lagi?! Mana nak letak muka ni??? Huwaaa... Nak nangis pun ada ni!

"Aisy, are you blushing, right now? Am I right?"

Oh my god!!! Aku blushing?! Biar betul? Terbuntang anak matanya dengan pertanyaan lelaki itu. Perlahan-lahan, dia melihat ke arah lelaki itu. "Huh?!" Terkejut punya pasal, dia meneruskan jogging nya yang tergendala seketika. Panggilan lelaki itu tidak diendahkannya.

Tiba-tiba, dia merasakan lengannya dipaut kemas oleh seseorang. Terbuntang anak matanya untuk kali yang kedua. Baru sahaja, dia mahu berpaling. Tetapi dihalang oleh seseorang.

Tengku Fahmi memegang bahu Aisy dari belakang. Dia memandang Aisy dari belakang dengan penuh harapan.

Aisy terhinjut sedikit kerana terkejut. Terkaku dia seketika akan perbuatan Tengku Fahmi secara tiba-tiba itu.

"Biarkan saya macam ni..." pinta Tengku Fahmi dengan nada yang sayu. Dia meletakkan dahinya pada belakang bahu gadis itu. "Sekejap pun jadilah! Please.. Biarkan saya macam ni..." sambungnya lagi.

Aisy hanya terdiam tanpa kata dengan perlakuan Tengku Fahmi yang meletakkan kepalanya pada bahunya. Seketika, dia merasakan ada satu perasaan yang pelik meresap di hatinya saat itu. Debaran dihatinya melaju ketika ini. Perasaan apa ni? Kenapa jantung aku bergetar setiap kali dia berkeadaan begini? Cemas dia dibuatnya.

"Kalau keadaan kita macam ni, awak takkan nampak wajah saya yang selama ni awak cuba elak daripada memandang... Wajah yang awak ben.. ci.." kata Tengku Fahmi perlahan-lahan. Dia menghela nafas setelah menyelesaikan kata-kata yang mahu diluahkannya selama ini. Dia memejam anak matanya. Lama sekali.

Lelaki itu menarik nafas lalu menghembusnya dengan lemah. Perlahan, dia mengangkat kepalanya daripada bahu gadis itu. Kebisuan Aisy membuatkan jiwanya sedikit terusik. Mungkin Aisy memang benci akan dirinya itu..

Kemudian, lelaki itu tersenyum. Senyuman itu hanya menutup kesedihan yang mula bertandang di hati. "Hurm... Saya balik dulu. Lupa pulak ada kerja yang belum siap." Dia tersenyum lalu terus melangkah pergi meninggalkan Aisy yang terdiam seribu bahasa.

'Sorry, Aisy...' Hanya itu yang mampu Tengku Fahmi luahkan di dalam hatinya.