webnovel

BAB 7

Setelah masuk ke dalam kedai , Simon berdiri di hadapan mereka dan menilai mereka satu-persatu .

" Saya nak kamu semua perkenalkan diri terlebih dahulu " kata Simon kepada mereka semua . Selepas itu mereka memperkenalkan diri masing-masing .

Mereka semua berjumlah 17 orang . Simon akan membahagikan mereka kepada dua kumpulan kerana mereka akan bekerja di tempat yang berbeza.Simon telah mempunyai keputusannya sendiri .

" Saya telah membuat keputusan . Saya nak kamu yang di sana datang ke depan " tunjuk jari Simon ke arah lelaki itu . Lelaki itu bernama Jeston Gald . Jeston Gald terus pergi ke hadapan dan berdiri di sebelah kiri Simon .

" Kamu juga datang ke hadapan " perintah Simon dengan jarinya menunjukkan ke arah perempuan itu . Perempuan itu bernama Sillia Ferera . Dia juga datang je hadapan dan berdiri di sebelah kanan Simon .

Selepas itu , Simon membahagikan mereka kepada dua kumpulan . Di sebelah kanan Simon terdapat sembilan orang sementara di sebelah kiri terdapat lapan orang . Mereka akan bekerja di tempat yang berbeza.

"Jeston , saya akan lantik kamu sebagai manager kedai ini . Saya akan memberikan gaji kepada kamu sebanyak $10,000 " kata Simon .

Mendengar bahawa Simon melantik dia menjadi manager kedai dan memberi gaji sebanyak $10,000 , semua orang di dalam kedai itu merasa terkejut sekali . Mereka tidak membayangkan jumlah wang itu . Sebelum ini , mereka pernah bekerja di tempat lain dan hanya bergaji sekitar $1,100 sebulan .

" Terima kasih bos " kata Jeston .

" Yang berada di barisan Jeston akan digaji sebanyak $5,000 sebulan . Sekarang saya akan memberikan gaji pertama korang " kata Simon .

Sekali lagi mereka dikejutkan dengan kata Simon. Menjadi pekerja biasa saja sudah mendapat gaji sebanyak itu . Dengan wang sebanyak itu , mereka tidak risau akan kewangan mereka . Mereka juga akan menerima gaji pertama . Hal ini membuatkan mereka merasa gembira sekali .

Tanpa membuang masa , Simon menguruskan pekerjaan mereka satu persatu dan memberikan mereka . Simon ingin memberikan gaji yang besar kepada mereka kerana dia tidak ingin mereka terbeban dengan kewangan masing-masing . Dia memberikan gaji awal kerana dia tidak mahu mereka akan menukar pekerjaan mereka sebelum menerima gaji pertama mereka .

Setelah selesai , Jeston dan lain terus memulakan pekerjaan mereka . Simon terus berdiri di tempat dia semula sebentar tadi .

" Yang lain , ikut aku " kata Simon yang melangkahkan kakinya keluar dari kedai itu . Semua yang berada di barisan Sillia ikut keluar dengan Simon .

Simon terus menanyakan lokasi kedai teh dan kopi kepada sistem . Sistem yang menguruskan lokasi kedai teh dan kopi .

Layar muncul di hadapan Simon . Layar itu menunjukkan lokasi yang telah dipilih oleh sistem . Setelah mengingat arah lokasi tersebut , Simon terus memesan teksi . Mereka semua tiba di hadapan lokasi itu .

" Seperti tadi , saya akan melantik Sillia sebagai manager dan semua akan lakukan tugas masing-masing . Kamu semua juga akan menerima gaji yang sama " kata Simon .

" Terima kasih bos " kata mereka semua .

" Tapi bos, kita perlu lakukan apa?" tanya Sillia . Mereka tidak diberitahu tentang pekerjaan mereka ketika mereka di kedai tadi .

" Saya nak kamu semua buat teh dan kopi . Kamu semua akan buat ikut resepi yang saya telah sediakan " kata Simon lagi . Simon telah menciptakan banyak resepi teh dan kopi ketika diajar oleh sistem .

" Saya akan ajar korang cara membuatnya sampai rasa yang korang buat teh dan kopi itu sama macam yang saya buat " tambah Simon lagi .

" Baik bos, kami akan lakukan yang terbaik " kata mereka semua . Mereka semua merasa gembira sekali apabila mereka dapat bekerja dan mempunyai gaji yang besar sekali .