1 Chapter 2: Handphone

Saya tak berani nak bergerak dan buat sebarang bunyi. Ada lelaki yang berada di belakang saya letak pisau di leher saya. Saya fikir nak patahkan tangan lelaki tu tapi saya takut dua orang di depan saya ada senjata macam pistol, takut kalau mereka tembak, saya tak sempat nak elak, usaha saya lepaskan diri nanti jadi sia-sia kalau saya mati.

Lelaki yang berdiri dibelakang sambil letak pisau di leher saya bertanya "Mana dompet kau?

Selepas beberapa saat diam saya jawab. "Dompet saya ada dekat dalam kereta." Dua orang lelaki yang berdiri di depan saya tadi periksa semua poket seluar saya dan keluarkan semua benda yang ada dalam poket saya. Mereka jumpa kunci kereta waja saya. Masa tu saya teringat yang saya letak handphone dalam kereta, dompet saya pun ada dekat dengan handphone tu.

2 orang lelaki yang sedang geledah kereta saya tu tak bercakap sangat. Seorang lelaki pakai mask biru dan berbaju biru manakala seorang lagi pakai baju warna hijau dan berjanggut. Mereka berdua lebih tinggi dari saya. Lelaki yang letak pisau di leher saya tu pakai baju warna hitam dan seluar jeans biru. Rambut dia coklat dan tinggi dia hampir sama dengan saya. Hanya dia seorang je yang bercakap dan beri amaran untuk jangan buat apa-apa benda bodoh. Dia pakai topeng penutup mulut warna hitam dan topi hitam dengan logo Batman. Dua orang lagi yang berada di depan saya nampak lebih tinggi dan lebih kuat dari lelaki yang letak pisau di leher saya.

Saya cuba tengok sekeliling untuk tengok kalau ada orang lalu untuk minta tolong. Saya tak nampak ada orang pun dekat tempat saya parking kereta ni dan saya sedar yang saya parking kereta dekat dengan kawasan perumahan orang yang terletak di sebelah pasar. Saya parking agak jauh dari pasar sebab parking dekat pasar dah penuh dan saya nak cepat pagi tadi.

Saya hanya berdiri dan duduk diam sambil melihat dua orang lelaki sedang geledah kereta saya, mereka buka semua pintu dan periksa setiap tempat duduk untuk cari sesuatu. Mereka jumpa handphone Asus yang saya letak dekat dalam armrest box kereta waja saya.

Saya tegur lepas lama berdiam "Hei! Jangan ambil phone tu. Dalam phone tu ada banyak gambar penting. Kau boleh ambil duit aku tapi tolong jangan...."

Saya tak sempat habis bercakap, salah seorang dari mereka tendang kemaluan saya. Saya jatuh sambil menahan sakit, lelaki yang pegang pisau di belakang saya tarik tangan kanan saya dan paksa saya berdiri. Untuk seorang lelaki yang nampak kurus dia agak kuat sebab dia boleh angkat saya yang berat 84kg.

Saya berpura-pura seperti menahan sakit kena tendang tadi. Kemudian saya buat benda bodoh, saya tumbuk muka lelaki yang berdiri di belakang saya. Lelaki tu jatuh terhentak kepala ke tanah dan masih pegang pisau di tangan kanannya. Saya tarik tangan kanan dia dengan laju sambil pijak bahu kanannya, lelaki tu meraung kesakitan dan bunyi tulang dislocated dan macam ligamen putus. Saya cuba nak rampas pisau tu dari tangan dia tapi tiba-tiba kepala saya ditumbuk dari belakang oleh lelaki yang pakai baju hijau, saya silap kerana saya toleh kebelakang dan muka saya di siku oleh seorang lelaki yang pakai baju biru.

Saya mula rasa pening, dua orang lelaki tu terus tarik rambut saya dan hentak dekat pintu kereta sebanyak 9 kali seingat saya. Selepas hentakkan kelima saya dah mula melutut. Saya cuba bangun tapi mereka terus hentak kepala saya sampai saya pengsan.

Saya bangun dari pengsan, saya tengok muka saya pada cermin kereta dan saya nampak muka saya banyak lebam dan kesan luka kecil. Saya cuba check poket seluar dan saya perasan kunci kereta tak ada. Saya cuba tengok sekeliling untuk cari kunci kereta, selepas pusing hampir satu pusingan, saya jumpa kunci kereta saya yang ada tak jauh dari kereta waja saya. Saya masuk dalam kereta dan cuba nak ingat apa jadi tadi.

Kemudian saya teringat yang mereka ada ambil dompet dan handphone Asus saya. Dompet saya selamat dengan semua kad pemgenalan dan lesen memandu tapi semua duit yang saya keluar pagi tadi dah hilang, mungkin kena curi. Saya check setiap sudut kereta untuk cari phone saya nak call polis dan buat report tapi saya tak dapat jumpa. Saya mula risau kalau mereka nampak gambar keluarga saya dan cuba untuk sabotaj account ig dan facebook saya dan paling saya takut kalau handphone saya rosak dan semua memory, gambar dan video dalam phone tu hilang dan tak boleh nak recover.

Saya balik rumah dan dalam keadaan sakit saya basuh tangan dekat singki depan rumah saya. Sejak mula PKP, saya memang amalkan untuk basuh tangan dan semua barang yang saya beli sebelum bawa masuk ke dalam rumah. Semasa saya tengah basuh barang-barang yang saya beli dekat pasar tadi saya mula teringat Mana Aina? Saya terlupa yang saya hantar dia dekat rumah jiran. Saya terus lari ke rumah jiran untuk cari adik saya. Saya berharap sangat adik saya tak kena kacau dengan 3 orang lelaki tu. Saya baru sedar yang cuaca dah petang dan saya makin risau adik saya mungkin cari saya sebab saya lambat balik. Semasa berlari saya berdoa "Ya Allah, tolonglah selamatkan adik saya daripada orang yang berniat jahat" Saya tak tahu apa nak bagitahu mak ayah saya kalau apa-apa jadi dekat adik saya. Saya sampai di depan rumah nenek, jiran yang jaga adik saya, saya nampak pintu rumah terbuka luas. Saya makin takut dan terus lari masuk ke dalam rumah. Saya ternampak ada seorang lelaki sedang duduk di depan tv sambil makan Chipsmore. Saya tanya lelaki tu dengan suara yang kuat "Mana Aina? Siapa kau?"

Lelaki tu pun tanya balik "Eh kau siapa tiba-tiba masuk rumah orang?"

"Aku Ifrit abang Aina, mana adik aku?"

Aina dekat taman dengan nenek. Aina kata dia nak main buaiyan, kau lambat balik kenapa? Woi apahal dengan muka kau?

Saya terus keluar dari rumah tu dan pergi ke taman. Saya nampak Aina turun dari gelongsor yang ada di taman permainan itu dan nenek tengah duduk di salah satu bangku sambil melihat Aina. Saya terus rasa lega dan duduk di salah satu bangku di taman itu untuk bertenang. Alhamdulilah Aina selamat.

Nenek terangkan pada saya yang lelaki yang saya jumpa kat rumah dia tadi adalah salah satu anak dia "Din"yang bekerja sebagai cikgu dan sekarang tinggal dengan nenek sejak dia dipindahkan ke sekolah yang ada kat daerah ni. Sejak PKP bermula, Din yang selalu beli barang dekat pasar untuk nenek.

Saya minta maaf pada Din dan nenek sebab dah salah faham dan menjerit tadi. Mereka maafkan saya dan mereka tak ambil hati pun malah mereka faham yang saya risau tentang Aina.

On the way balik ke rumah Aina tanya saya "Kenapa balik lambat Ifrit?" Macam mana muka Ifrit boleh luka sampai macam tu?

Saya pun jawab "Ifrit tadi dekat pasar ramai sangat orang beratur panjang nak masuk dan bayar. Dan banyak barang tak ada kat pasar jadi Ifrit cuba cari dekat kedai lain. Tu yang lama tu. Tadi Ifrit terjatuh masa angkat banyak barang mungkin sebab penat sangat dan handphone pun rosak masa jatuh tu sebab tu tak dapat nak call nenek."

Saya nampak muka Aina risau dengan keadaan saya. Dia bagi suggestion "Ifrit, nak tak setiap pagi kita jogging sekeliling taman ni. Satu pusingan taman ni dalam 1.5 km, kita buatlah 5 round sehari, ifrit boleh kuruskan badan. Taman kita ni kan dikelilingi dengan dinding dan polis jarang masuk sini jadi tak ada masalah lagipun dah ramai orang jogging sejak beberapa hari ni Aina tengok."

Aina tak takut ke kena tahan dengan polis, nanti kena denda tau, rm1000.

"Tapi bosanlah duduk rumah, dah 3 bulan duduk rumah, bolehlah Ifrit."Aina pujuk Ifrit.

Ifrit dengan muka tersenyum melihat adik dia yang comel berkata "Ifrit dulu sebelum PKP memang selalu jogging tak adalah jogging sangat berjalan je pusing taman ni macam Aina suggest tapi sejak Ifrit kerja kat Bangi Sentral tak sempat nak lari pagi. Aina, Ifrit nak Aina dengar apa yang Ifrit nak cakap ni baik-baik. Tolong jangan bagitahu sesiapa pun, jangan bagitahu ibu, jangan bagitahu ayah, tolong simpan rahsia ni. Ifrit dengan muka serius dan rasa agak risau bagitahu Aina sebab ifrit rasa lebih baik Aina tahu benda ni dari Ifrit sendiri daripada orang lain."

"Aina, Ifrit kena buang kerja."

3 hari kemudian.

Ifrit dah semakin sembuh dan lebam pada muka dia dah mula surut. Ifrit dah berjanji dengan Aina yang dia akan teman Aina jogging setiap pagi. Hari tu hari Selasa, waktu pagi lepas Ifrit solat subuh berjemaah dengan Aina, Ifrit dan Aina terus pakai kasut berlari dan mereka panaskan badan sebelum jogging. Hari ni hari pertama mereka jogging sebab beberapa hari lepas Ifrit sakit dan perlukan rehat sebab jatuh haritu. Itu apa yang Aina percaya.

Semasa Ifrit dan Aina jogging, Aina banyak bercerita tentang semua benda yang dia tengok di Youtube. Dia banyak tengok cerita hantu, video kelakar, youtubers dan lagu kpop. Ifrit nampak yang Aina sebenarnya sangat rindukan kawan-kawan sekolahnya. Ifrit rasa bersalah sebab selalu kerja dan hanya tinggal Aina dengan nenek, ifrit rasa bersyukur yang ada orang macam nenek yang sanggup jaga Aina sementara ifrit pergi kerja.

Ifrit nampak yang taman ni ada 5 orang cleaner yang setiap pagi akan sapu daun yang gugur di taman ini. Taman Tropika 2 ada lebih kurang 140 buah rumah dan taman ini dikelilingi dengan dinding dan pagar yang penuh dengan cctv. Satu-satunya pintu masuk ke taman ini ialah melalui bodyguard yang kerja di pondok guard dekat dengan pintu masuk taman ni. Orang luar agak mustahil nak masuk kerana security yang sangat ketat dan mesti ada sebab yang betul-betul kukuh untuk masuk ke taman ni.

Ifrit tak dengar sangat semua cerita yang Aina cerita sebab kebanyakkan ceritanya Ifrit dah tahu dan dah dengar banyak kali. Kemudian Aina ada satu permintaan "Ifrit, boleh tak Ifrit belikan Aina Nutella dengan roti gardenia. Aina teringinlah nak makan nutella, dah lama tak makan."

Ifrit pun menjawab "Eh, bukan ada lagi ke kat rumah, Ifrit ada belikan haritu."

"Dah habis dah, Ifrit mana ada beli nutella lagi bulan ni. Please Ifrit, Aina teringin sangat nak makan Nutella."

Ifrit sebenarnya bukan tak nak beli Nutella tu cuma Ifrit malas nak keluar dan dia masih lagi sakit kepala. Ifrit teringat yang Aina pernah minta dia beli Nutella sebelum ni dan dia memang rancang nak beli nutella on the way balik dari pasar. Tiba- tiba terlintas dalam fikiran ifrit memory hitan dia hari tu dirompak oleh 3 orang lelaki yang pakai topemg muka. He remember that he almost break one of the 3 guys hand to get the knive. Ifrit bagitahu Aina "ok nanti ifrit keluar petang ni ifrit belikan nutella tu ye."

"Yeah" Aina jogging dengan gembira dan dia semakin laju ke depan. Ifrit cuba nak kejar tapi tak dapat, Aina laju sangat.

Petang tu, ifrit pergi ke Kipmall yang dulu pernah di panggil Warta, di sana ada pasar raya Giant yang berada di tingkat paling bawah bangunan tu. Pasar raya tu agak besar dan ifrit cuba cari mana nutella tu. Ifrit agak tergesa-gesa sebab dia tahu yang ada had masa untuk membeli di sini. Dia risau yang nutella dah habis sebab banyak barang dah tak ada sekarang. Lepas lama mencari akhirnya Ifrit jumpa nutella dekat dengan bahagian roti. Ifrit juga beli roti gardenia. Sekarang dia dah dapat apa dia nak, dia nak kena beratur untuk bayar. Barisan orang beratur untuk bayar agak panjang, ifrit masukkan tangan ke dalam poket kanannya untuk capai handphone nak main game tapi dia lupa yang handphone dah dicuri haritu. Semasa beratur tu, Ifrit teringat beberapa hari lepas bila dia balik ke rumah,dia mula jadi tak betul. Lepas dia bawa balik Aina dari rumah nenek, Ifrit pergi mandi. Dia capai tuala dan masuk bilik air. Semasa gosok gigi, dia termenung di depan cermin dan tak tahu kenapa dia mula senyum dan mula mempersoalkan semua benda. Semua benda yang berlaku dekat dia dan apa hikmahnya. Dia mula berjalan sekeliling bilik air,melompat dan menumbuk angin. Kemudian dia tengok muka dia di cermin dan buat banyak muka pelik, dia rasa sangat lemah, bodoh dan marah atas apa yang dia cuba nak buat haritu. Dia tahu yang membunuh tu haram tapi sejujurnya  ifrit nak balas dendam.

Dia tersedar dari merenung masa lepas bila orang di belakangnya tepuk bahunya dari belakang suruh gerak kedepan yang ada ruang kosong tu. Barisan yang ifrit beratur untuk bayar semakin pendek, ada lagi dua orang depan dia.

Ifrit toleh ke belakang untuk minta maaf sebab rak gerak tadi tetapi dia terkejut sebab bila dia pusing, 3 orang lelaki yang rompak dia kat pasar haritu berdiri dan beratur di belakangnya. Ifrit tahu yang itu mereka sebab kebetulan mereka pakai mask yang sama baju yang sama dan lelaki di tengah pakai topi hitam dengan logo batman yang sama.

Sidenote:

Ifrit ialah seorang lelaki yang stress yang nak cari cara untuk lepaskan geram dia dekat orang yang dia benci tapi dia tahu yang membunuh itu haram.

Ifrit ialah seorang lelaki melayu yang tinggal di Kajang, Selangor. Berat dia 84 kg dan semakin bertambah, badan dia tak gemuk tapi berisi, tangan dia panjang dan berlemak. Tinggi dia average tinggi lelaki di Malaysia. Rambut dia hitam dan beruban. Ramai orang akan fikir dia perlahan sebab dia nampak besar tapi dia sebenarnya sangat laju dan terlalu kuat. Dia pun tak sedar dia sekuat tu. Dia sangat ganas dan selalunya akan cuba untuk bunuh orang jahat secepat yang boleh.

avataravatar
Bab berikutnya