webnovel

LOVE Without Care of our Origin - Part 1

"Hei! kenapa makan snek hyung?" marah Sanha. "Alah hyung ni, adik baru ja nak makan sebab nak isi perut untuk latihan harini" jawab si adik, Soobin "Tak kira juga! tu snek kesukaan hyung, hyung baru beli semalam untuk rehat nanti kat kolej" kata Sanha lalu keluar dalam keadaan marah. "Hyung! maafkan adik! nanti adik gantikan.." rayu Soobin sambil memeluk lengan hyungnya untuk memujuk. Sanha tersenyum nipis kerana pujukan adik kembarnya yang comel.

Ayah tiri aku seorang vampire, tak semua orang tahu tentang keluarga aku ada seorang vampire, aku dengan adik aku terima dia sebagai ayah tiri kami kerana ibu kami sangat cintakan dia dan mereka tinggal di seoul kerana sibuk berkerja manakala aku dengan adik aku tinggal di asrama gangnam untuk lanjutkan pengajian kami. Tetapi di Universiti kami sering timbul cerita tentang 2 beradik kembar jelmaan vampire walaupun wajah mereka tu tak pernah sekali pun dilihat semua pelajar University kat situ, mungkin budak tu kurang waras sebab tu suka-suka je timbul masalah, sama ada aku percaya atau tidak, aku tidak peduli pun tentang itu.

DI KELAS GRED 2A

Kelas aku ni selalu terasa sunyi kerana berita tu asyik datang dari kelas ni je sebab tu tak ada sapa nak bising-bising kat sini. Tapi aku suka juga boleh lah belajar dengan fokus bukan untuk borak kosong!

"Hai! Sanha-ah!" sapa Sung jae, dia kawan baik aku sejak sekolah rendah lagi. "Hei! boleh tak jangan jerit kat telinga aku" marah Sanha sambil berpura-pura mengosok telinganya. "Berhenti berlakon sudahlah.." jawab Sung jae dengan muka meluat. Didepan aku ada seorang gadis cantik, namanya Rose, dia ada adik kembar macam adik aku juga, aku sangat suka kat dia tapi aku tak tau macamana cara mahu pikat dia kalau aku minta tolong kat member dengan adik aku nanti memalukan aku ja lebih baik buat cara sendiri.

Dia cinta pertamaku tapi dia selalu menyendirian dengan adik dia bila aku menyapa dia terus lari dari aku, mungkin dia tak suka kawan dengan lelaki. tak.. mungkin dia pemalu

DI KANTIN

"Hyung! ni snek hyung... adik beli kat kedai serbaneka tadi" ujar Soobin dengan muka pura-pura merajuk.

"Kamsahambnida... patut ganti balik" Sanha sengaja mengusiknya agar Soobin berasa dirinya akan dihukum oleh hyungnya.

Soobin melihat seseorang di sekitarannya, gadis itu terus mengibas rambutnya dengan terpesonanya sehingga jantung Soobin berdegup-degup

"Bunyi apa tu? Hei! ni bunyi jantung awak ka?!" Tanya Sanha sambil mendengar jantung adiknya

"Mana adalah!" sindir Soobin lalu meninggalkan tempat situ sambil memegang jantungnya yang masih berdegup, "kenapa dengan adik awak tu?"soal Sung Jae, mulutnya masih mengunyah makanan.

"Entahlah... aku tak pernah tengok adik aku macamtu" jawab Sanha dengan nada tak peduli.

Sanha melihat disekeliling "Eh? itu hye soo-shi, adik kembar cinta pertamaku, kenapa adiknya lebih mesra berkawan dengan orang lain?..." bisik hati Sanha.

Tangan Soobin menyentuh pagar di tepi kantin, tangan kirinya masih memegang jantungnya "Tidak..tidak.. tak mungkin aku jatuh cinta kat dia" fikir Soobin dalam hati.

DALAM PERJALANAN PULANG

Soobin masih berfikir tentang kejadian tadi "Tak... dia mungkin dah ada teman lelaki...tak mungkin lah tak ada, dia cantik" bisik Soobin dalam hati. Tiba-tiba seseorang memeluk dari belakang "Hei! Soobin-ah!". "Oh Tuhan!..terkejut adik" marah Soobin melepaskan tangan hyungnya "Eleh...marah hyung pula, selalunya adik buat terkejut macam ni kat hyung, ni tak sangka boleh jadi macamni kat hyung ehmm.." kata Sanha dengan nada merajuk lalu tinggalkan adiknya kat belakang. Soobin berasa serba salah terhadap hyungnya "Aduhhh... ni pula yang terjadi, menyusahkan betul diri aku ni nak kena pujuk hyung aku" Soobin sangat marah dirinya dengan membuat muka kesal

Sanha sudah tidur, Soobin masih memikir kejadian siang tadi, "macamana cara aku untuk memikat dia?.. eh.. jangan lakukan itu" dia memarah dirinya sendiri mengetukkan kepalanya agar melupakan dia.

Pada waktu yang sama,

Rose masih mengulang kaji untuk latihan esok tapi disebabkan keletihan seharian di kolej kerana ditugaskan untuk membersihkan kelas seorang diri "Onnie?.. apa onnie baik-baik saja?" tanya Hye soo sambil memberikan secawan air darah haiwan. Rose meminum air darah itu lalu bertanya "Onnie ok je..tapi macamana pelajaran adik?". Hye soo terdiam "Sebenarnya agak sedikit teruk tapi saya akan usaha lebih baik esok" Hye soo menjawab soalan onnienya dengan nada comel kerana dia sangat sayangkan kakak kembarnya.

"Tapi... Onnie nak tanya... macamana kalau kita punya teman hidup macam manusia tu apa kita nak jelaskan kepada mereka?" tanya Rose, dia juga seperti ingin nak hidup seperti manusia biasa,"Kita tak tahu macamana niat mereka terhadap kita kerana kita vampire bukan manusia, setengah orang mungkin akan fikir kita minum darah mereka semasa mereka tidur, jadi kita hanya perlu hidup seperti manusia di dunia manusia" Hye soo menjawab dengan nada tenang agar onnienya dengarnya dengan baik.

Rose tersenyum di hadapan adiknya lalu memeluk adiknya sambil berkata "Kamasamhambnida adik hye soo... kerana beri nasihat yang baik pada onnie".

DI SIANG HARI BERMULANYA MUSIM BUNGA

"wahh...segarnya pagi ni" teruja Sanha yang menghirup udara segar di awal pagi dekat luar balkoni rumahnya. Soobin masih senorok tidur, "ish ish.. kenapa la adik aku masih lena, aku pula yang kena pergi beli sarapan" Sanha mengeluh kerana dia teringin mengambil masa untuk berjalan-jalan di musim bunga kat taman.

"Hyung!" Soobin tiba-tiba memanggil hyungnya tetapi Sanha keluar untuk beli sarapan. "agak-agaknya dia pergi beli makanan..aduhai menyusahkan betul aku ni" Soobin berbisik diri sendiri dalam hati dengan nada betul-betul kesal kerana marah hyungnya semalam.

"macamana khabar ibubapa awak? makcik rindu omma awak tahu.." kata makcik penjual ramen pagi-pagi dia meniaga di pekan dan malam meniaga di tepi jalan.

"ibubapa saya baik-baik saja di sana..setiap bulan omma kami akan balik lah, jemput lah datanglah ke rumah kami" Sanha menjawab dengan sopan sambil tersenyum kepada makcik

ketika Sanha berjalan tiba-tiba dia terlanggar seorang perempuan sehingga jatuh. "Oh tuhan!.. eh Hye soo! apa awak baik-baik saja?" tanya Sanha dengan nada sangat cemas

"Saya tak apa-apa... saya okay tapi saya perlu cepat...maafkan saya" sindir Hye soo sambil membongkok sebagai tanda maaf. "eh!" belum sempat Sanha bertanya dia sudah pergi dari situ.

Soobin tengah menunggu hyungnya dengan membuat air teh panas, tiba-tiba Soobin masih berfikir tentang kejadian semalam kat kantin, "Dia sangat cantik, Dia seperti bidadariku dalam hati aku..Ehh tak..tak" Soobin masih tidak menyakin diri sendiri, dia mengetuk kepala sendiri agar cepat-cepat tersedar dari lamunan.

"Hyung dah balik!" jerit Sanha, Soobin terkejut beruk "Oh tuhan! hyung ni suka buat orang terkejut". "Kenapa pula? selalunya adik tak jadi macam ni pun" Sanha tiba-tiba ja hairan dengan perangai adik kembarnya ketika tengah makan keadaan tak seperti selalu, sanha sedar perubahan adiknya "Adik?" Sanha panggil Soobin sebanyak 5 kali masih tak dengar "kenapa dengan dia ni? aku terpaksa panggil dengan kasar.… ADIK!!!".

"AHHH!!.. hyung ni! kenapa buat terkejut lagi" marah Soobin, dia menyetuk sudu dipegangnya atas meja.

"Salah sendiri la..salah orang pula, hyung panggil sebanyak 100 kali masih tak dengar". "Maafkan adik, hyung... fikiran adik terganggu" dia berasa serba salah terhadap hyungnya kerana marah tanpa sebab.

"Jadi...apabila yang diganggu tu?". Tiba-tiba Soobin terdiam lalu menjawab pertanyaan hyungnya

"Sebenarnya...."

Bersambung...

Hai! Apa khabar?

Saya blueberry, gembira berjumpa dengan anda semua! Ini kali pertama saya mengarang cerita ini di tempat terbuka seperti app webnovel ini.. saya harap kalian menyukai novel saya serta jalan ceritanya dan saya juga ingin meminta maaf jika terdapat kesalahan ketika membacanya dan saya seorang OKU pendengaran.

Sekian Terima kasih...

Novel ini hanyalah cerita rekaan...

Teruskan mengundi yaa...

Blueberry_Armycreators' thoughts