webnovel

Bab 36

Kami pulang ke rumah. Keesokan harinya kami berehat di rumah. Aku menyiapkan assignment. Haus... Aku turun ke bawah dan menuju ke dapur. Kelihatan Sarah dan Qistina turut di dapur.

"Uii... Buat apa tu?" tanya aku. Aku membuka peti sejuk. Aku mengambil susu kotak itu lalu menuangkan ke dalam gelas. Aku meneguk susu itu.

"Buat churros." jawab Sarah.

"Kejap lagi nak buat donut pulak." kata Qistina.

"Uyyoo... Nak buat jugak..." kata aku.

"Buat lah." kata Sarah.

"Tadi awak cakap nak siapkan assignment. Dah siap ke belum?" tanya Qistina.

"Umm... Kejap lagi lah siapkan." jawabku, tersengih.

Kami membuat churros mengikut resepi. Kami juga tengok youtube. Hehehe... First time buat...

"Wah... Jadi!" kata Qistina, teruja. Aku menepuk tangan macam budak kecik dapat coklat.

"Kita rasa dulu eh?" Sarah merasa churros yang baru sahaja digoreng itu dan dicelupkan dengan chocolate.

"Sedap!" kata Sarah. Aku dan Qistina turut mencuba. Kami buat donut pula. Makan-makan... Kami layan Netflix pula. Dalam syok layan Netflix, aku teringat sesuatu.

"Ya Allah! Assignment aku!" aku terjerit kecil. Sarah dan Qistina menggelengkan kepala sambil memandangku. Aku berlari masuk ke dalam bilikku. Aku menyambung siapkan kerja. Dah la kena hantar esok! Aku menyiapkan kerja dengan secepat mungkin.

_____________________________

Seusai kelas, aku, Sarah dan Qistina ke library. Eiman turut di situ.

"Em... Korang. Kitorang nak pergi toilet kejap." kata Sarah. Aku dan Eiman hanya mengangguk. Sarah dan Qistina berlalu pergi. Aku bangun untuk mencari buku untuk di baca. Haih... Tinggi lah buku tu... Aku terjengket-jengket. Ha! Sesuatu terlintas di kepalaku.

"Eiman..." panggil aku, lembut. Eiman yang turut mencari buku berdekatan dengan aku, memandangku.

"Yes?" tanya Eiman.

"Tolong ambik buku tu... Tak sampai lah..." kata aku.

"Oh... Haha... Okay." akur Eiman. Eiman merapatkan diri dengan aku.

"Buku mana?" tanya Eiman.

"Tu..." aku menunjuk ke arah buku yang berada di rak itu. Dia teragak-agak untuk mengambil buku itu. Aku hanya menanti. Eiman memandangku. Eh. Kenapa dia tak ambil buku tu lagi? Takkan dia tak sampai kot...

"Err... Nayli." panggil Eiman. Aku memandang Eiman.

"Tepi sikit. Macam mana aku nak ambik buku tu. Ke kau nak aku peluk kau?" tanya Eiman, tersenyum nakal. Erk. Aku menjauhkan diri. Eiman tersenyum.

"Tahu takut..." kata Eiman. Dia mengambil buku itu. Aku hanya tersengih.

"Yang ni kan?" tanya Eiman.

"Haah..." jawabku. Dia memberi buku itu kepadaku.

"Thank you." ucapku.

"No problem." balas Eiman. Dia mencari buku. Dia mengambil satu buku di rak dibelakangku. Aku memusing badan dan merapatkan diri kepada Eiman. Dia memandangku.

"Dekat-dekat ni nak kena peluk ke?" tanya Eiman, tersengih. Dia perli aku ke?

"Eiii... Jangan lah macam ni..." kata aku. Eiman ketawa kecil.

"Gurau je..." kata Eiman.

"Buku apa tu?" tanya aku. Dia memandangku.

"Buku pasal ada seorang perempuan cute ni. Nak suruh seorang lelaki ni peluk dia. Tapi dia jual mahal pulak..." kata Eiman. Aku mengerutkan dahi. Tengok cover macam buku science... Lepas tu asal tiba-tiba ada pasal perempuan dengan lelaki tu pulak... Oh!

Aku memukul Eiman. Haishhh... Tak habis lagi kenakan aku... Eiman ketawa. Dah lah dalam library.

"Eii... Eiman ni jahat lah... Benci!" kata aku.

"Alah... Aku gurau je lah... Jangan lah benci aku... Nanti aku alone kalau kau tak nak kawan aku..." kata Eiman. Dia memuncungkan bibir. Aik. Tadi aku yang merajuk sekarang dia pulak yang sedih.

"Kau tahu tak? Sebelum aku jumpa kau, aku all alone. Takde kawan. Bila aku jumpa kau, happy lah sikit hidup aku." kata Eiman. Huh... Kesian...

"Happy sikit je?" tanya aku. Aku mencebikkan bibir.

"Aku ni boring ke?" tanya aku.

"Eh tak! That's not what I mean..." kata Eiman.

"Then?" tanya aku.

"Aku happy je dengan kau. Tapi kalau kau layan aku lebih sikit aku lagi happy." kata Eiman.

"Nak layan macam mana lagi?" tanya aku.

"Macam ni." Eiman mendekatkan dirinya dengan aku. Aku ke belakang. Uuuiiii... Dah langgar rak ni! Ish... Dia nak buat apa ni? Eiman meletakkan sebelah tangannya di sebelahku. Aku teragak-agak memandangnya. Dia merenungku. Aaaaaarrrrrggghhhhh!!! Hati ini... Hampir meletop sudah...

Aku ingin keluar dari situ. Aku memusingkan badan. Baru sahaja ingin melangkah, Eiman meletakkan sebelah lagi tangannya. Huhuhu... Kasihan lah kepada ku...

"Nak pergi mana?" tanya Eiman. Oohh... Main kasar ye... Sat na...

Aku memberanikan diri memandangnya. Aku mendekatkan muka aku. Eiman yang terkejut itu ke belakang. Aku merapatkan diri aku kepadanya. Eiman gelabah. Muka aku dan Eiman berjarak satu inci sahaja. Aku merenung Eiman. Muka Eiman macam takut-takut. Hahahaha... Padan muka! Kacau orang lagi! Aku ketawa lalu berjalan menuju ke meja dan meninggal Eiman di situ yang masih terkedu. Eiman yang tersedar dari lamunannya itu mengikuti aku. Rupanya ada seseorang yang memerhati kami dari tadi tanpa kami sedar.

"Oh... Nayli! Pandai eh?" kata Eiman.

"Baru tahu ke?" tanya aku. Eiman tergelak. Student lain yang sedang membaca di kawasan itu memandang ke arah kami. Haih... Tak sedar ke yang korang duduk dalam library? Suka hati je buat bising dekat library. Kalau dekat karaoke suka hati korang lah nak melalak ke apa. Kami memohon maaf dan mula membaca buku.

"Mia!" panggil seseorang. Suaranya agak kuat. Sekali lagi students pandang ke arah kami. Haizeq! Dia memohon maaf.

Haizeq mencampak beg Sarah ke tepi dan duduk di situ. Aku hanya menggeleng kepala. Haizeq hanya tersenyum memandangku. Alah alah cute!

"Dah lama ke kau dekat sini?" tanya Haizeq.

"Takde lah lama sangat. Johan mana?" tanya aku.

"Entah." jawab Haizeq.

"Mia, Mia..." panggil Haizeq. Aku memandangnya.

"Why?" tanya aku.

"You look extra beautiful today." kata Haizeq. Aku tergelak kecil. Kenapa dengan Haizeq ni?

"Apa yang cantik? Aku pakai macam biasa je." kata aku.

"I don't know. It's just you who look so beautiful." kata Haizeq.

"Oh... Thank you!" ucapku. Jom kita layan Haizeq bersweet- sweet.

"Welcome!" balas Haizeq tersenyum.

Eiman dari tadi terdiam. Aku sambung membaca buku. Tapi kan... Kenapa aku rasa macam ada orang renung aku? Aku memandang ke arah Haizeq. Ye! Dia yang pandang aku dari tadi! Aku menutup muka aku dengan buku itu. Haizeq menarik buku itu ke bawah.

"Jangan lah cover muka tu..." suruh Haizeq.

"Kau baca je lah buku tu tapi jangan cover muka kau. Aku nak tengok pun susah." kata Haizeq.

"Kenapa kau nak tengok aku?" tanya aku.

"Saja..." balas Haizeq.

"Tak elok tau tenung anak dara orang!" kata aku pula. Haizeq tergelak kecil dan tersengih. Aku sambung membaca. Haizeq memandang aku lagi. Mukanya bertongkatkan sikunya memandang aku. Eii... Aku rasa tak selesa lah... rungutku dalam hati.

"Err... Haizeq." panggil aku. Aku memandangnya. Dia mengangkat keningnya.

"Aku malu lah kau pandang aku macam tu..." ujarku. Haizeq tergelak kecil.

"Mia, Mia..." panggil Haizeq lagi.

"Ye, nak apa?" tanya aku. Dia memandang aku seketika.

"Ye? Nak apa, Haizeq?" tanya aku, lembut.

"Takde apa-apa lah." kata Haizeq. Dari tadi tersenyum-senyum. Sarah, Qistina dan Johan tiba di library itu.

"Lamanya pergi toilet." kata aku kepada Sarah dan Qistina.

"Kitorang pergi beli air untuk korang kejap. Lepas tu jumpa Johan." kata Sarah. Aku hanya mengangguk.

Aku memandang Eiman. Dia sedang khusyuk membaca buku yang dia ambil tadi. Aku tersengih memandangnya. Aku teringat lagi masa sekolah dulu. Masa dia buat kerja, aku selalu curi-curi pandang dia dekat sebelah aku. Haih... Betapa gediknya aku dulu... Patut lah Eiman tak suka.

"Ehem ehem." Eiman berdehem. Hahaha... Kantoi aku tenung dia! Aku tersengih.

"Best ke buku tu?" tanya aku sebagai topik perbualan.

"Best. Nak baca?" tanya Eiman.

"Tak nak. Kau baca lah. Aku malas nak baca buku science." kata aku. Baru sahaja Eiman mahu bersuara, Haizeq memotong.

"Meh aku cerita something dekat kau." kata Haizeq.

"Wah! Nak dengar! Cerita, cerita!" ujarku, gembira.

"Eh. Eiman. Kau nak cakap apa tadi?" tanya aku. Aku memandang Eiman. Haizeq memuncungkan bibir.

"Takde apa-apa lah." kata Eiman.

"Alah... Cakap je lah." desakku.

"Takpe-takpe. Kau cakap lah dengan Haizeq dulu." kata Eiman.

"Hm. Okay lah." akurku. Aku memandang Haizeq. Haizeq yang tadi memuncungkan bibir itu kini sudah kembali tersenyum memandangku.

"Okay. Cerita lah." kata aku.

"Eh. Cerita apa ni? Nak dengar jugak..." sampuk Sarah.

"Tak boleh. Mia je boleh." kata Haizeq. Sarah mencebikkan bibir. Aku tergelak kecil.

"Okay cerita ni pasal seorang perempuan ni. Dia ada seorang kawan lelaki. Lelaki tu suka dia, tapi perempuan tu tak suka lelaki tu. Habis." cerita Haizeq, tersengih. Aku mengerutkan dahi. Tak sempat aku nak hadam apa yang Haizeq cerita tadi. Apa yang dia cerita ni? Aku tak paham lah... And, asal pendek sangat cerita tu?

"Best kan cerita aku?" tanya Haizeq, tersengih.

"Eeeeiii... Cerita apa ni? Dah lah separuh jalan je! Satu pun aku tak paham." kata aku, geram. Haizeq ketawa.

"Hahaha... Saja gurau dengan Mia sayang I ni..." kata Haizeq. Humph! Sarah yang memandang ke arah kami mencebikkan bibir kepada Haizeq. Haizeq hanya buat tak tahu.

"Nayli awak takde class kan kejap lagi?" tanya Qistina. Aku hanya menggeleng.

"Awak nak balik terus ke kejap lagi?" tanya Sarah.

"Entah. Kita tak tahu lagi." jawabku.

"Kalau macam tu kitorang pergi dulu lah. Jom korang!" ajak Qistina. Sarah, Qistina, Haizeq dan Johan bangun dari tempat mereka. Sarah mencari sesuatu.

"Awak cari apa, Sarah?" tanya Qistina.

"Beg kita." kata Sarah. Dia masih mencari beg nya itu.

"Oh. Aku campak kat sana tadi." kata Haizeq, selamba. Dia menunjuk beg Sarah yang sudah berada di atas lantai itu.

"Bye, Mia!" ucap Haizeq.

"Bye..." balasku. Haizeq keluar dari situ tanpa menghiraukan semua orang di situ.

"Haish mamat ni! Memang nak kena dengan aku! Dah la campak beg orang sesuka hati. Tolong ambikkan pun tak! Dasar syaiton! Siap kau." kata Sarah, geram. Aku, Qistina dan Johan tergelak kecil.

Hi korang! Lama tak update. Sorry... Lately ni busy sikit. Raya kan... Oh ya! Selamat Hari Raya Aidiladha korang my dear readers! Jaga diri tau! Thank you sebab sudi baca cerita saya! A real thanks! Next chapter coming soon. Stay tuned, stay safe. Bye! ❤️❤️❤️

missmiaacreators' thoughts
Bab berikutnya