webnovel

Cinta Pada Cara Kau Menipu

Zara Delisha. 21 tahun pelajar universiti berprestij. Zara dipaksa belajar. Oleh kerana pengaruh ayah dia. Zara sesuka hati menimbulkan masalah. Bertujuan supaya dia ditendang keluar dari universiti tersebut. Tapi sayang usahanya sikit pun tidak berhasil. Disitu dia tinggal bersama dengan rakan sejak kecilnya Sarah. Seorang gadis yang suka bergaya. cantik dan paling popular. Dibandingkan mereka berdua, Zara dan Sarah sangat berbeza. Zara tak suka bergaya, sementara Sarah bergaya mengalahkan model sendiri. Berteman baik dengan seorang senior lelaki yang extend tahun kerana tangguh pengajian Zara menjadi sahabat dan pelindung Daniel. seorang lelaki pemalu serta nerd yang selalu dibuli dan di perlekehkan oleh pelajar lain. Ditinggalkan Disakiti Dikecewakan Dilukai Dikhianati Tetapi tetap memaafkan. Tetap mencuba menerima semuanya dengan senyuman dibibir. Tetap menerima semua sakit dan duka yang menimpa tanpa mengeluh. Bagaimanakah perjalanan Si Nerd Dan Loser untuk mengecapi keinginan dan kehendak mereka? Siapa yang suka emo atau cerita sedih sampai alirkan air mata. Try lah baca. Sedikit cliche. Kalau tak suka atau pendapat tgglkan komen. Beritahu cerita ni best atau tak. ?

TintaHitamTanpaAra · Masa Muda
Peringkat tidak cukup
78 Chs

Bab 66 :Nerd...Loser

Akhirnya tiba juga musim sejuk yang dinantikan. Selimut salji sudahpun menutupi halaman yang dulunya berwarna hijau dan berwarni. Membuatkan seluruh kawasan termasuk bumbung rumah itu seakan di perbuat daripada gula-gula kapas.

Rumah banglo tiga tingkat berhalaman luas itu kelihatan hangat dari pandangan luar. Seseorang melintasi jendela rumah sambil memegang sesuatu di tangan.

"Check mate."sebut Daniel setelah meletakkan bidaknya pada kedudukan kalah mati.

Zara merenggus tidak puas hati. Dah masuk tiga kali dia ulang main chess dengan lelaki itu. tetap kalah juga.

"Awak main tipu..."cebik Zara sambil memandang tidak puas hati.

Muncul seorang maid dengan dulang berisi biskut coklat dan kacang di sebelah tempat dimana Zara dan Daniel sedang baring di atas permaidani depan perapian bermain chess.

Dulang itu di letakkan ke tepi papan chess sebelum maid itu beredar dari situ.

"Saya bukan main tipu Zara. Tak boleh dinafikan bahawa saya seorang lelaki yang bijak..."ujar Daniel sambil membuat jari di bawah dagu sambil menganggguk bangga setuju dengan pujian diri sendiri lalu menolak cermin matanya naik ke batang hidung semula.

Zara memandang menyampah dengan perangai Daniel. Dia mecebik bibir sewaktu berdecit tidak suka.

"Bukan bijak...jangan nak perasan sangat. Nerd!"balas Zara bernada menyampah.

Daniel yang dengar ketawa. Lama dah dia tak dengar perkataan itu.

"Hahaha...cakap saja lah awak tak boleh terima kekalahan ni..Loser...balas Daniel pula dengan senyuman sinis di bibir.

Mulut Zara melopong sebaik mendengarnya. Dia perlahan-lahan mengecilkan mata saat memandang tidak puas ke arah Daniel.

PAP!

Bantal kecil hinggap ke muka Daniel sebelum jatuh di atas riba Daniel. Cermin mata senget turun dari hidung lelaki itu akibat balingan itu.

Daniel perlahan-lahan membuka mata sebelum bertentang mata dengan Zara sambil mengetap gigi.

"You just not did that..."ketap Daniel menahan sabar.

Zara berdengus kecil.

"Well I just did it...Nerd."ejeknya yang sakit hati kerana dipanggil Loser.

Tanpa amaran Daniel terus menolak papan chess ke tepi dengan kasar lalu menerkam Zara sehingga mereka berdua terbaring di atas permaidani yang dipenuhi dengan bantal empuk dan selimut berbulu gebu.

"Arghh!! Berat! Daniel...hahahaha...."ketawa Zara sewaktu Daniel berada di atasnya dan mula menggeletek kanan dan kiri rusuknya. "

"Apa masalah awak ni! Jauhkan diri awak dari saya! Nenek!""ketawa Zara terkekek-kekek di atas permaidani itu sambil cuba mencapai

Belinda yang duduk melunjur di atas sofa belakangnya.

Belinda yang sedang mengait mafela benang merah itu hanya memandang lagat dua orang itu dengan senyuman lebar di bibir.

Daniel ikut ketawa sewaktu Zara sudah tergeliang geliut kegelian di bawahnya.

"Tarik balik kata-kata awak Zara. Saya bukan nerd. Tapi bijak."

"No!"tegas Zara di balik ketawanya.

Waktu itu Taylor muncul dengan bekas ubat dan gelas berisi air kosong di tangan untuk Belinda. Tidak menghiraukan dua orang yang sedang ketawa dan bertekak pada masa yang sama.

"Puan masa untuk makan ubat.."ujar Taylor.

Belinda mencapai ubat itu lalu ditelan sekali suap. Segelas air yang disua Taylor di capai laku disisip sedikit.

"Kamu ada kamera?"soal Belinda saat menyerahkan gelas pada Taylor.

"Kamera phone adalah.."jawab taylor.

"Rakam lagat dua orang ni..biar nanti dah tua mereka dapat lihat betapa keanak-anaknnya mereka.."kata Belinda semasa memandang Zara sudah terkekek-kekek gelak sambil menarik rambut Daniel.

"Baik puan.."akur Taylor memberi tunduk kecil sebelum beredar dari situ untuk mendapatkan kamera.