webnovel

Catatan Malim Gunung

Aku dah tak ingat berapa lama naik gunung. Aku harap aku sempat mencatitkan segala memori indah aku ketika aku masih hidup. Ada banyak perkara yang dipelajari ingin dikongsi bersama. Supaya pembelajaran melalui pengalaman ini dapat dihayati oleh yang lainnya yang bergelar pendaki. Semoga ilmu ini tidak hilang ditenggelam dek zaman. Insyallah.

nkamri · Realistis
Peringkat tidak cukup
20 Chs

Pandemik Covid-19

Seluruh dunia sedang di ancam wabak yang bernama Covid-19. Huru-hara bermula pada tahun 2019 dan sehingga kini dunia masih terjejas dengan ancaman tersebut. Pelbagai halangan dan rintangan dilakukan semata-mata untuk mengekang penyebaran virus tersebut.

Sebelum bermulanya wabak tersebut, kerjaya Malim Gunung sedang meningkat naik dan aktiviti mendaki gunung pula semakin giat aktif. Dengan kata lain, populariti kerjaya ini sedang hangat 'meletup'. Masyarakat mula membuka mata dan menerima sebuah kerjaya baru yang mampu menjana pendapatan tambahan kepada mereka.

Satu persatu persatuan malim ditubuhkan sama ada di peringkat negeri mahupun daerah. Peningkatan bilangan persatuan merupakan gambaran hebat bahawa kerjaya ini telah diterima secara meluas. Wujudnya Persatuan Malim Gunung Pahang, Raub, Cameron Highland, Lojing dan Negeri Sembilan merupakan satu langkah berani yang pastinya memberikan impak positif dalam pembangunan kerjaya ini pada masa depan.

Selain itu, satu persatu kawasan pendakian gunung dan bukit telah di rekodkan dalam sistem Jabatan Hutan setiap negeri. Penguatkuasaan terhadap permit memasuki kawasan Hutan Simpan Kekal juga giat dijalankan. Secara tidak langsung fenomena ini telah menunjukkan bahawa aktiviti pendakian gunung dalam negara telah diiktiraf oleh pihak berkuasa tempatan.

Platform media sosial seperti Facebook juga digunakan dengan sepenuhnya sebagai medium pemberitahuan kepada umum dalam menyampaikan maklumat terkini berkenaan arahan peraturan baru oleh pihak berwajib. Jika nak diikutkan hati dan perasaan, sememangnya rakyat marah dengan notis-notis peraturan serta penutupan kawasan yang kerap dikeluarkan. Namun, kesabaran dalam menangani isu penyakit ini merupakan satu keperluan yang memerlukan kerjasama di setiap lapisan masyarakat.

Tanggal 1 April 2022, kerajaan telah buat pengumuman bahawa negara telah berada dalam fasa peralihan Endemik. Semoga dengan berita gembira ini dapat mengembalikan keadaan menjadi lebih baik. Peluang-peluang pekerjaan kepada individu seperti Malim Gunung juga dapat wujud kembali dengan dibantu oleh pengurus-pengurus aktiviti pendakian gunung ini (nama lain yang dikenali; Gogo). Semoga kita kekal istiqomah dengan segala ujian yang diterima ini.