Kring! Kring! Kring!
Loceng sekolah berbunyi.
Semua pelajar mengemas barang-barang mereka dan berpusu-pusu keluar dari kelas mereka.
Ashley juga tergesa-gesa mau keluar dari kelas. Hari ini dia lambat sikit masuk ke dewan latihan sebab guru subjek terakhir mereka tidak mau melepaskan mereka tepat pada masanya.
Ashley takut pula kalau dia lambat datang ke tempat latihan. Takut Coach Dhin marah!
Ketika Ashley menurun tangga menuju ke lorong tingkat bawa, tiba-tiba datang pelajar entah dari mana, terus menendang kaki Ashley.
Akibatnya, Ashley terus tersadung ke depan. Seorang pelajar perempuan yang ada di depan Ashley menjadi sasaran Ashley.
Ashley terus terlanggar pelajar perempuan itu dan mereka berdua terus terjatuh ke lantai.
Bergema lorong itu dengan suara teriakkan mereka berdua.
"Oopss, sorry. I tak sengaja," kata suara pelajar yang mengakibatkan Ashley terjatuh tadi.
Ashley menoleh ke arah pelajar itu. Terkejut dia melihat Mia dan Kristy sedang memandang dia dengan wajah sinis.
Kristy kelihatan terus mengibaskan kipas dia ke wajahnya dengan senyuman sinis di bibirnya.
"Sakit kah luka you tu?" tanya Mia sinis lagi.
Ashley tidak peduli dengan sakit di lututnya dan dia terus berdiri. Tajam saja matanya memandang Mia dan Kristy. Dia tidak lupa juga menolong pelajar perempuan tadi untuk berdiri.
Beberapa orang pelajar yang ada di sekitar mereka, yang melihat sejak awal itu hanya berbisik antara sesama mereka tapi tiada yang mau buat sesuatu.
Jahanam betul manusia ulat bulu ni!? Tak ada kerja lain mau buat kah selain nak kacau saya saja....
"I dengar Bryend ada bagi you sesuatu tadi. You mesti rasa happy kan, dapat makanan dari dorang tu..."
Ashley mendengus kecil. Of course saya happy , tapi saya akan lebih happy kalau Senior yang bagi saya minuman tu...
"Tapi you jangan nak gembira sangat. Walaupun dia cuma bagi you minuman, itu tidak lebih dari sekadar layanan sebagai pemain dengan assistant. Jadi you jangan nak perasan yang dia akan suka you. Dasar perempuan tidak sedar diri," kata Mia lagi.
"Walaupun dorang tak suka saya, at least dorang masih hormat saya sebagai assistant dorang. Lagipun saya bukannya nak sangat dorang suka saya. Daripada korang ni terhegeh-hegeh nak kejar dorang, korang ingat dorang suka dengan apa yang korang berdua buat tu? Hey, boleh blah lah!" balas Ashley pula.
Mendengar itu, Mia dan Kristy terus berjalan mendekati Ashley.
"You cakap apa tadi?" tanya Mia, geram.
"Mulut you ni memang tiada insurans, kan?? Suka hati nak cakap we all begitu!" Kristy pula mencelah.
Ashley tidak gentar membalas kembali pandangan tajam mereka. Malah dia masih berdiri dengan yakin di sana sambil memandang Mia dan Kristy.
"Jangan nak perasan sangat lah!!! You are just none to them but a slut--A whore!!! Better you find another man for yourself... Get away from my men!!" bentak Mia lalu dia terus menarik rambut Ashley.
Ashley mengerang kesakitan sambil dia memegang tangan Mia yang memegang rambutnya. Kristy menghentikan tangan Ashley itu dengan menariknya ke belakang.
"Argh, hei... Lepaslah!!"
Ashley tidak tahan dengan sakit yang ditanggung sebelum dia menginjak kaki Kristy.
Kristy menjerit kerana kesakitan. Dia terus melepaskan tangan Ashley dan bergerak menjauh untuk memeriksa kakinya.
Ashley memandang ke arah Mia pula. "Kau lepaskan atau tidak!??"
Mia tidak mendengar malah dia terus menarik rambut Ashley. Ashley mencuba untuk terus melepaskan tangan Mia.
Tiba-tiba, ada tangan yang muncul dan menolak Mia agar menjauhi Ashley. Malah dia juga melindungi rambut Ashley agar tidak terus ditarik.
Mia mengerang kesakitan bila tangan yang menggenggam rambut Ashley, dipegang kuat oleh lelaki itu. Dia terus memegang tangan dia dan memandang orang itu.
Bila Mia melihat siapakah orang itu, Mia terus terlopong kerana terkejut. Kristy juga ikut terkejut.
Eden menolak Ashley ke belakang dia dan memandang ke arah Mia dan Kristy. Dia terlihat sangat marah ketika itu.
Ashley yang sudah terlepas dari serangan dua orang pelajar itu, cuba mengatur nafasnya perlahan-lahan.
"Bukankah sekolah melarang pelajar untuk membuli pelajar lain? Korang sudah melanggar peraturan sekolah dengan membuli dia? Kesalahan membuli adalah sangat berat. Boleh digantung sekolah. Kau mau digantung sekolah?"
"E--Eden?" Mia mula serba-salah.
Ashley menjeling Mia. Tadi bukan main berani kau tempelak saya, serang saya... Sekarang bila Eden cakap begitu.. Boleh pula kau jadi macam orang cacat sana, bercakap pun tergagap-gagap.
Eden memandang Ashley yang ada di belakang dia. "Kau okey?" tanya dia dengan suara yang perlahan. Meskipun wajah dia nampak selamba saja, semua orang boleh nampak yang dia prihatin dengan keadaan Ashley.
Ashley mengangguk. "Saya tidak apa-apa."
Mia mencebik tidak puas hati. "Semua orang nak bela dia!! Dia bukannya ada apa-apa!! Takkan korang suka pula dengan dia??"
Eden terus memandang Mia lagi. Kecut perut Mia melihat renungan tajam itu. Boleh mati dia di sana hanya dengan renungan itu sebab renungan itu sangat tajam macam pedang.
"Dia adalah assistant kami. Betullah apa dia cakap tadi. Kami memang tidak suka dia, tapi kami masih hormat dia, sebab dia assistant kami. Dia yang jaga kami dan tolong kami, takkan kami nak biarkan dia begitu saja? Orang macam korang lah yang patut kami hindari. Bukan begitu, assistant? Kau pun tau latihan kami sangat ketat dan tidak boleh ada pelajar yang kacau kami," balas Eden pula.
Mia dan Kristy terkaku.
Ashley pula terpegun. Tak sangka Eden dengar apa yang dia cakap tadi..
"Y--Ya, memandangkan tournament semakin dekat. Latihan semakin ketat. Pelajar lain dilarang sama sekali menganggu pemain basketball sepanjang masa latihan," kata Ashley menjawab kata-kata Eden.
Mia dan Kristy menggetap bibir mereka dengan geram. Kecil, besar, kecil saja dua orang perempuan ini tengok ke arah Ashley sekarang.
"Ini kali terakhir saya mau tengok korang buat assistant kami begini. Kalau saya nampak atau saya dengar, saya tidak akan teragak-agak untuk laporkan kepada guru disiplin," kata Eden.
Mia dan Kristy terkejut lagi bila mereka tau Eden akan melaporkan mereka ke bilik disiplin jika mereka membuli Ashley lagi.
Eden memungut beg Ashley yang jatuh di lantai dan dia berlalu dari sana.
"Ash, mari. Coach Dhin sudah tunggu tu."
"Ohh~~ oh, okey!"
Ashley pun terpinga-pinga mengikuti Eden dari belakang.
Mia terus menghentakkan kakinya ke lantai kerana geram. Kristy yang di sebelah juga sudah mengutuk Ashley dengan suara yang hampir tidak terdengar.
Dari tingkat atas, di hujung atas tangga, Jeremy sedang memandang mereka sejak dari awal lagi. Dia mendengar bagaimana Ashley bercakap dengan dua orang pelajar itu dan itu membuat Jeremy agak terkesan.
Jeremy memang berniat mau menolong Ashley tadi tapi bila Eden datang, Jeremy menghentikan niat dia dan hanya memandang dari sana.
Jeremy terkejut juga bila melihat Ashley hanya diam saja di belakang Eden dan tidak bercakap apa-apa.
Selama ini, semua perempuan yang sudah dia tolong, yang sama dengan keadaan Ashley, akan merengek dan menangis minta tolong dan mempersalahkan orang yang menyerang mereka.
Tapi Ashley pula tidak.
Ashley hanya diam saja dan memandang Mia dan Kristy.
Tidak sampai sesaat pun, bibir Jeremy menguntum senyuman lebar.
"Interesting...."