398 Terlalu Senyap

Penerjemah: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Sementara semua orang sedang bergembira kerana berjaya memecahkan rekod, bos di balik tabir pula tidak puas hati dengan nama persatuan. Ini merupakan sesuatu yang pemain berpengalaman seperti Ye Xiu pun tidak pernah alami. Suara Chen Guo telah sampai ke telinga semua orang melalui mikrofon Ye Xiu. Seluruh pasukan terkesima.

Selepas terdiam seketika, Ye Xiu memecah kesunyian. "Biarkan sahaja namanya buat masa ini! Kita boleh ubah bila dah sampai ke Heavenly Domain. Lagipun itu akan menjadi server utama kita nanti."

"Itu boleh diterima." Chen Guo mengangguk dan menyambung, "Kalau macam itu adakah kita patut mewujudkan persatuan di server lain juga?"

"Masih awal sangat…" kata Ye Xiu.

"Okey…" jawab Chen Guo. Dia akhirnya berhenti bercakap. Kata-katanya tadi telah menghapuskan rasa teruja semua orang. Akhirnya, Ye Xiu bercakap kepada seluruh pasukannya seperti seorang jeneral, "Mari kita terus menyelesaikan dungeon lagi…"

Bab Terkunci

Dukung penulis dan penerjemah favorit Anda di webnovel.com

avataravatar
Bab berikutnya