webnovel

ajsks

[Teen Fiction+Mystery+Action+Romance] Hidup bergantung pena. Hidupnya seakan-akan tiada tujuan. Dia cuma menjaga, dan akhirnya perlu melepaskan dirinya. Tapi, tidak semudah itu. Bait-bait bagi setiap ucapan mereka, telah mengubah persepsi mereka antara satu sama lain. Senekad mana pun mereka, tapi siapalah mereka untuk menghalang diri dari terjerumus ke alam cinta. -"Dia tidak akan berhenti sehingga kau aku mati" Status:On Going

hmyzh_ · Seni bela diri
Peringkat tidak cukup
26 Chs

21

Megat membiarkan motorbikenya berada jauh dari bangunan 3 tingkat berwarna putih itu. Dia melimpasi perhutanan yang dipenuhi dengan rumput dan lalang yang panjang.

Bangunan itu berada di tengah hutan, agaknya sebab itu polis tak dapat jejak keberadaan Aulia.

Dari jauh, Megat melihat dua lelaki yang berada di hadapan pintu yang berdiri tegak itu. Di tangan mereka ada senjata AKM 74. Megat sudah menyusun segala rencananya untuk masuk ke dalam bangunan itu.

Batu kecil di ambil, lalu di baling ke atas kepala botak pengawal itu.

"Aduh!" desisnya, sebelum mata lelaki itu beralih ke arah Megat. Lelaki itu melangkah setapak demi setapak ke arah Megat.

Senjatanya dihala ke kawasan persembunyian Megat. Megat kini sedang bersembunyi di sebalik pokok besar. Bila pengawal itu melimpasinya, dia terus menarik dan memukul tengkuk lelaki itu. Lelaki itu pengsan.

Bila kelibat lelaki itu tidak dilihat oleh rakan sekerja lelaki itu, dia terus melangkah menuju ke tempat lelaki yang pengsan itu.

"Frud..bangun!" panggil lelaki itu sambil kakinya menendang perlahan lengan rakannya itu. Senjatanya dihala ke sekeliling sebelum Megat memukul tengkuk lelaki itu lagi.

Senjata yang terlepas dari tangan lelaki itu diambil. Jaket hitam mereka dipakainya. Topi milik lelaki itu, diambil dan dipakai. Zip jaket di tarik ke atas.

Kaki diangkat meninggalkan tempat itu, dan menuju ke muka pintu bangunan yang berwarna putih itu. Pintu ditolak perlahan. Fuh, nasib tak berkunci. Kalau tak, memang penatlah author nak taip gerak geri aku ni.

Bila dia telah masuk ke dalam bangunan itu, dia terpaku seketika melihat dalam bangunan itu yang cukup menyeramkan. Walau seluruh bangunan itu dipenuhi oleh warna putih, tapi kesunyian bangunan itu menyebabkan Megat berasa seram sejuk.

Kakinya melangkah pantas, dan dia berhenti apabila mendengar bunyi tapak kasut dari arah bertentangan dengannya. Dia terus bersembunyi di sebalik dinding itu.

"We should follow the rule. She will get mad to us. That is the most important thing she will do, when we work." ujar lelaki itu dengan 2 rakan sekerjanya berkot putih. Nampak macam saintis.

Bila mereka terus berjalan dan menjauhi tempat persembunyian Megat, Megat terus bergerak keluar, lalu berjalan ke hadapan dan tiba tiba...

Megat jatuh ke lantai, dan buat seketika dia berada dalam keadaan tidak sedar.

***

"Syam!" panggil Anah riang kepada Syam yang sedang berenang di kolam renangnya.

"Syam!" panggilnya lagi, bila Syam tidak mengendahkannya

"Apa dia?!" jawab Syam kuat, sehingga bergema satu ruang itu

Anah menjeling Syam sambil mencebik bibirnya sebelum dia berkata kepada Syam "Awak nak tak kalau kita berkelah hari ni kat tepi pantai? Oh, ye. Camping sekali. Tapi lain-lain ok! Bosanlah asyik duk kat rumah and hadap muka awak je!"

"Kau ingat aku ni nak sangat ke hadap muka kau je?" tanya Syam sambil memandang Anah

Eh, asal dia hensem sangat ni? Anah terus berbisik di dalam hati apabila dia menyedari jantungnya berdegup kencang, sebelum kepala di geleng perlahan

"Ehem! Tu bukan jawapan yang saya nak!" ujar Anah menyembunyikan bisikan yang bergema di seluruh ruang hatinya

"Buat apa nak picnic. Baik aku tidur je." balas Syam sambil memanjat tangga dari kolam renang itu, tuala di capai.

Anah terus menutup matanya menggunakan tapak tangannya. Syam yang melihat tingkah Anah, terus tersenyum. Kakinya bergerak mendekati Anah.

"Kenapa tutup mata? Malu tengok badan aku yang six packs ni?" ujar Syam sambil berjalan mendekati Anah, senyumannya masih terukir. Hotak kau six packs!

"No! No! Jangan datang! Kalau awak datang, saya tumbuk muka awak yang buruk tu!" halang Anah sambil mengundur perlahan. Matanya masih ditutup dengan tapak tangan

"Hmm. Kalau kau buka mata, aku bawa kau pergi berkelah. Mungkin juga lebih dari itu. Nak tak nak?" ujar Syam bila jaraknya dengan Anah hanya beberapa inci

"Nak!" ujar Anah riang, sehingga terlupa yang dia sepatutnya menutup mata. Bila dia membuka mata, dia terlihat Syam yang sudah berdiri di hadapannya sambil tersenyum itu.

"Mak!" jerit Anah sambil berlari meninggalkan Syam, tapi dia tak sedar ada pintu di hadapannya menyebabkan dia terlanggar pintu slide itu.

Kepala digosok, lalu dia menoleh sedikit ke wajah Syam sebelum kaki diangkat dan dia berlari menuju ke lif, secepat mungkin.

Bila dia sudah masuk ke dalam lif itu, keluhan perlahan dilepaskan

"Malunya aku! Ish mamat ni! Tak habis-habis kenakan aku!" Anah bermonolog sendirian sambil menutup mukanya yang sudah membahang itu. Perasaannya kini bercampur baur.

Bila tiba di tingkat 3, pintu lif terbuka, dan Syam sudah berdiri tegak di hadapan pintu lif itu. Pandangan Syam terus menerus memukau mata Anah. Tahlah. Dah masuk kali ke berapa mata dia ni nampak wajah Syam. Haih...

Nasib mamat tu dah pakai baju kalau tak... Hm... tapi yang peliknya, cepat juga dia pakai baju. Rumah dia ni bukan dua tingkat je. Kalau nak cakap dia lari, kenapa tak nampak macam penat pula?

"Cepat siap." ujar Syam sebelum dia menuruni tangga itu kembali. Anah yang terpaku memandang Syam tadi, tersentak apabila pintu lif tertutup semula.

Anah sudah bersedia untuk berkelah. Makanan-makanan sudah tersedia di dalam satu bakul. Tinggal beredar dan pergi ke pantai.

Bam !

Bunyi hentakan pintu utama menyentak perbuatan Anah. Anah terus berlari ke muka pintu. Dia melihat Syam terus membonceng motobikenya dan bergerak melintasi perkarangan hutan.

Anah tak faham. Dalam masa yang sama terkilan dengan sikap Syam yang berubah-ubah.

***

Tiba di perkarangan rumah Syam, motor dibiarkan hidup, Syam terus berlari masuk ke pintu utama rumahnya.

"Tuan muda!" ujar lelaki yang berusia dalam 43-an itu

"Macam mana ayah aku boleh jadi macam ni..." tanya Syam dengan nada risau sambil kakinya melangkah pantas menuju ke bilik ayahnya

"Datin kata, Tan Sri Isyraf pengsan secara tiba-tiba. Bila doktor Wahid periksa keadaan Tan Sri, dia kata..." ayat pengurus rumah yang bernama Daud , atau digelar sebagai Uncle Daw oleh Syam tergantung begitu sahaja menyebabkan timbul banyak persoalan dalam benak Syam

Belum sempat Syam bertanya, mereka sudah tiba di hadapan bilik ayahnya dan pintu terbuka

"Finally you come home, Mr. Azlisyam Rafael." kata doktor Wahid itu, sambil membuka kedua-dua muka pintu bilik itu.

"You've come Ael." ujar maknya yang sedang menangis teresak-esak

"Kenapa dengan ayah ma?" tanya Syam dalam keadaan tenang tapi sebenarnya sedang menyembunyikan kerisauannya yang menggunung itu.

"Dia ada kanser." ujar maknya

"Again?" setahunya , rawatan yang diberikan kepada ayahnya itu adalah yang terbaik.

"Mama rasa, ini berpunca dari penyakit keturunannya... Ael, mama tak nak benda yang sama berlaku pada Ael... Tolong Ael. Mama merayu pada Ael...jangan berkeras sangat nak jaga penyakit Ael tu. Benda tu bukan benda yang boleh buat main

Ael! Benda tu boleh menyebabkan nyawa Ael dalam bahaya!" tegas Datin Riana sambil air matanya mengalir deras di pipi

"Ma... Ael tak nak. Ael..." Syam kehilangan kata buat seketika

"Bagitahu mama sekarang! Kenapa Ael tak nak buang je penyakit Ael tu?! Kenapa Ael?!" tanya Datin Riana berulang-ulang kali.

"Mama... benda macam ni bukan selalu berlaku pada orang biasa. Ael suka benda yang lain daripada yang lain. Ael tak suka jadi manusia biasa. Ael rasa...tak lengkap tanpa penyakit ni." terang Syam

"Ael..." ujar Datin Riana sebelum menangis tertunduk di atas katil ayahnya itu

Syam terus mendekati mamanya. Keluhan dilepaskan perlahan

"Baiklah. Ael akan cuba. Tapi, sebelum tu... there is a lot of thing i have to do first." ujar Syam membuatkan mata maknya beralih memandangnya

"Betul ni?" tanya Datin Riana sambil memegang kedua-dua bahu anak terunanya itu. Syam membalas dengan anggukan. Datin Riana terus mengukirkan senyuman

"Ael akan cuba cari jalan penyelesaian untuk penyakit ayah ni. Bila dah selesai, Ael akan beritahu kat mama. Okay?" ujar Syam, lalu maknya membalas dengan anggukan lagi berserta senyuman

"Ael tidur kat rumah mama dan ayah ye." ucap Datin Riana setelah mengesat air matanya

Aduh! Lupa pula aku dah janji dengan Maira! Hm. Macam mana sekarang ni...

"Tapi..."

"Mama dah masak tadi... cuma ayah kamu tiba-tiba pengsan tadi...mama..." beritahu Datin Riana sebelum air matanya mengalir kembali. Esakan maknya kedengaran.

"Shh..okay... Ael tidur kat sini malam ni. Dah, mama jangan nangis-nangis. Mesti mama penat. Mama rehatlah dulu. Nanti Ael bawa makanan ke bilik mama ni, ok?" ujar Syam sambil membantu Datin Riana baring ke atas katil mak dan ayahnya kembali

Sebelum dia keluar dari bilik, dia sempat menoleh kembali. Dia nampak lingkaran hitam di kelopak mata maknya itu. Mesti dia penat, asyik berjaga dan menangis. Kesian...

Pintu di tutup rapat sebelum kaki melangkah melimpasi ruang tamu untuk ke dapur mewah rumah agam ayahnya itu.

Mama...ayah... Jangan risau. Tak lama lagi, Ael akan bawa kegembiraan ke dalam keluarga ini. Kerana...

Selepas hujan, tentu adanya pelangi.

***

Keesokan hari pada petangnya.

Anah berjalan di setiap ruang biliknya sambil menghentak kaki. Nak runtuh juga rumah agam milik Syam tu olehnya. Nasib je, beratnya cuma 45 kg. Yelah, semalam sementara dia menunggu Syam, dia menerawang ke seluruh rumah Syam.

Sampailah terjumpa bilik gym. Ceh. Dia gym sorang sorang je. Tak ajak aku pun. Hm, apa apa je lah. Sekarang ni aku masih marah dengan dia tu! Dahlah tak bawa aku pergi picnic, tak balik-balik pula tu!

Pintu biliknya diketuk

Bila dibukanya, dia melihat Syam sedang tertunduk memandang lantai, lalu kepalanya diangkat memandang Anah

"Nak apa?" tanya Anah kasar

"I'm sorry." ujar Syam dengan nada lembut

"Tak nak!" Anah terus menutup pintu, tapi sempat di tahan oleh Syam

"Maira, aku boleh terangkan semuanya kepada kau. Listen to me." Ini yang aku lemah ni! Bila orang memandang aku dengan berharap, aku rasa kesian. Ergh!

"Okay. Explainlah." ujar Anah

"Its about my family problem." jawab Syam ringkas

"Oh, kenapa awak tak bagitahu saya apa-apa waktu keluar?" tanya Anah kepada Syam

"Lupa."

Jawapan Syam membuatkan Anah berkerut dan wujudnya rasa geram

"Okay, aku janji kita akan pergi berkelah ke sana lusa ni. Please maafkan aku untuk kali ni. Ok?" Syam memujuk Anah yang sudah memuncungkan bibirnya itu, sambil berpeluk tubuh

"Hm! Saya tak kan percaya awak lagi! Dahlah bagi harapan palsu je!"

"No! Aku janji, aku akan bawa kau pergi berkelah."

"Saya nak sekarang juga!"

"I've really tired, Maira."

"Dah tu. Janganlah ganggu saya!" ujar Anah lalu menutup pintu biliknya kembali

"Ok, ok. We will."

"Sekarang ke?" senyuman Anah terus terukir di bibir. Bestnya!

"Ye. Jom." Anah terus melonjak gembira.

Syam terus mengambil barang-barang di stor. Anah pula bersiap-siap untuk jalan. Dia tak pakai cantik mana pun. Pakai topi macam pelancong, dan dress warna perang je. Oh, cermin mata besar sekali!

Pukul 8:30 malam

Nak nangislah macam ni! Topi ditanggalkan, cermin mata dibuang jauh ke atas permukaan tanah yang berumput hijau itu. Syam pula elok sahaja baring di dalam khemah buatannya itu.

Oh, ye. Lain-lain khemah, like Maira ask me to do.

"Syam!" jerit Anah sambil merengek macam budak kecil

"Apa dia."

"Ni bukan picnic!"

"Ni picniclah" ujar Syam sambil meletakkan lengannya di dahi

"Ei, awak dah janji nak ke pantai kan..." Anah merengek.

"Eh, kau ni menggedik pula!" ujar Syam setelah keluar dari khemahnya, dan terus berdiri memandang Anah

"Bukan gedik! Tapi, awak dah janji kan!" balas Anah

"Ey, kau tahu tak sekarang ni jam berapa?" tanya Syam. Anah terus berkerut sambil membiarkan mulutnya muncung ke hadapan.

Aku bukan apa. Syam dah janji dekat aku nak pergi pantai kalau aku buka mata. Dan aku dah buat. Tapi...ergh! Dia buat aku menyampah gila!

"Kat sini pun boleh. Dont worry." ujar Syam, sambil duduk di tepi Anah

Anah sudah berpeluk tubuh. Malas layan! Suasana di antara mereka terus senyap, sehinggalah Syam memecahkan kesunyian itu

"Kau buat apa sepanjang hari ni?" tanya Syam sambil mendongak ke langit, yang bertaburan dengan bintang

"Tunggu awak je lah!" balas Anah tenang tapi bernada merajuk

Syam terus mengalihkan pandangannya ke wajah Anah. Timbul satu perasaan yang begitu asing dalam dirinya. Apa itu, pun dia tak tahu.

Anah terus memandang Syam, kening sebelah di angkat

"Kenapa?" soal Anah pelik. Syam terus menghadiahkan senyuman kepada Anah sebelum dia mengalihkan kembali pandangannya ke langit

"Kau tahu tak, kenapa bulan selalu menerangi langit di kala malam?" tanya Syam pada Anah

"Tak. Kenapa?" jawapan Anah membuatkan Syam mengukir senyuman

"Bulan menerangi malam, kerana bulan tahu. Kalau dia tak hadir di dalam hidup malam, maka gelaplah dunia malam. Sunyilah malam. Walau ada bintang, tapi ianya takkan boleh menggantikan bulan...kerana.." ayat Syam tergantung sebelum dia melihat Anah.

"Bulan dan bintang berbeza. Tiada yang lain. Tiada yang mampu menggantikan bulan. Bulan satu. Hanya satu. Hanya dia." kata-kata Syam berserta pandangan redup itu, membuatkan senyuman Anah terukir.

Tenang. Masing-masing berpandangan antara satu sama lain. Bila Anah menyedari yang mereka saling bertukar senyuman, dia terus berdehem.

"Ehem. Jadi, kenapa tak guna matahari je untuk menggantikan bulan?" soalan Anah membuatkan Syam tergelak.

"Kenapa gelak?" tanyanya hairan, sambil mengukir sedikit senyuman

"Kalau ada matahari, tu kena panggil pagi!" ujar Syam sambil gelaknya masih tersisa

"Oh..." Anah terus mengangguk perlahan

"Kenapa awak balik tadi? Maksud saya... apa masalah berkaitan dengan family awak?" tanya Anah tidak berlindung lagi untuk melemparkan soalan yang asyik bermain di mindanya dari petang tadi

Senyuman Syam perlahan-lahan lenyap, sebelum dia mengeluh perlahan

"Tapi, kalau awak tak nak cerita tak apalah. Saya okay je." Anah terus berhenti menunggu jawapan dari Syam, apabila dia melihat Syam mengeluh

"Ayah aku. Dia sakit."

Serta-merta itu, Anah memandang ke arah Syam, yang asyik mendongak ke langit

"Ayah awak sakit apa?" tanya Anah berbaur risau

"Kanser."

"Oh... awak mesti sedih pasal ni kan... Maaflah...tiba-tiba je tanya soalan macam ni.." Anah mula rasa bersalah

"Its okay. Sekurang-kurangnya, beban yang aku tanggung sekarang ringan sedikit lepas luah dekat kau." ujar Syam sambil tersenyum melihat Anah. Anah terus berfikir untuk menukar topik

"Selain daripada tak suka bising, apa lagi sebab awak nak duk kat tengah hutan dan jauh daripada bandar?" tanya Anah sambil memandang Syam

"Aku cuma suka, suasana dia." balas Syam sambil memandang sekeliling

"Suasana tu macam mana?"

"Tenang... Kau nak tahu tak satu benda. Hutan ni nampak seram kan?" Anah mengangguk

"Seram-seram hutan ni pun, dialah yang paling banyak berbakti kepada bumi." ujar Syam

"Berbakti yang macam mana tu?" tanya Anah ingin mengetahui lanjut

"Tanpa hutan, bumi ni akan panas. Hidupan liar pun takkan ada tempat tinggal." ujar Syam lagi

"Macam awak cakap tadi, bumi ni akan panas, dan hidupan pun akan mati, dah tu, kenapa awak buat rumah kat tengah hutan pula?" tanya Anah membuatkan Syam mengerutkan keningnya

"Kawasan tempat tinggal aku ni, tak ada hidupan liar, tempat aku ni pun betul-betul di hujung hutan. Kawasan yang orang jarang pergi. Sebab tu, aku memilih untuk tinggal sini. Selamat dan aman." jawapan Syam membuatkan Anah betul-betul tak mampu berkata apa lagi.

Walau dia dingin... tapi sebenarnya hati dia tulus.

"Kau nak tengok satu tempat ni tak?" soalan Syam membuatkan Anah tertanya-tanya

"Tempat apa?" tanya Anah, sebelum dia melihat Syam berdiri dari tempat duduknya

"Jom. Aku tunjukkan kau." tangan Anah dicapai dan digenggam.

Anah terus mengikuti Syam melimpasi hutan. Terimbas satu memori di mindanya. Dia seakan-akan pernah memasuki sebuah hutan. Dan dia teringat tentang dua lelaki berbincang di hadapannya sambil gelak.

"Aa!" Anah terus merentap tangannya dari pegangan Syam. Syam terkejut dengan tindakan Anah yang tiba tiba sahaja.

"Kenapa?" soal Syam sambil memandang Anah

"Awak nak bawa saya ke mana? Awak nak buat sesuatu yang buruk pada saya kan?" tanya Anah sambil mengundur perlahan setapak demi setapak

"Maira. Jangan main teka sembarang je. Kalau betul tak apa juga. Jom." ujar Syam lalu memegang kembali tangan Anah

Anah terus mengikuti langkah Syam. Syam berhenti melangkah apabila tiba di tempat yang ditujui. Anah terus ternganga. Air terjun yang mengalir lembut ke atas sungai berwarna biru muda cukup menarik perhatian Anah untuk mendekati.

Bintang yang bertaburan di langit, betul-betul membuatkan Anah merasakan suatu perasaan yang tidak pernah dirasainya. Pandangan dihala kepada Syam. Syam meletak kedua-dua tangannya, pada poket hoodienya.

Mereka kini saling bertukar senyuman. Anah terus mendekati sungai yang seakan-akan kolam renang itu. Sungai tu begitu terang. Air terjun yang mengalir perlahan pun sama terang.

"Awak buat semua ni ke?" soal Anah pada Syam. Senyuman masih terukir.

"Taklah. Ni memang ada kat sini." ujar Syam. Perbuatan mereka terhenti apabila seekor rusa datang mendekati sungai itu, dan meminumnya.

"Rusa?!" soal Anah perlahan dalam keadaan pelik.

"Ye. Rusa. Dia selalu datang kat sini." balas Syam sambil memandang rusa yang terus meminum air sungai jernih itu

Anah tersenyum seketika melihat rusa itu, sebelum pandangan di hala ke wajah Syam. Syam turut memandang Anah. Masing-masing berdiam diri. Nak diungkapkan tapi bagaimana? Biar hati sahaja yang berbicara akan rasa yang memenuhi setiap ruang yang ada.

'Aku... tiba-tiba takut kehilangan dia. Apakah punca dari perasaan ni? Aku buntu.' desis hati kecil Anah

Syam melontarkan senyuman pada Anah. Entah kali ke berapa aku rasa ingin menjadi cair. Dia terlalu! Terlalu romantik!

———

Her smile is my weakness.

next chapter?

To be continue...