webnovel

Episode 120 : Salam Sayang Dan Rindu

Lima tahun kemudian....

Peperangan tercetus selang selepas beberapa minggu Darra dan Alfareeze menjalani kehidupan sebagai suami isteri. Akibat peperangan yang berlaku, Alfareeze terpaksa keluar ke medan perang. Mereka berdua terpaksa berpisah untuk beberapa bulan selepas itu. Seperti yang di ketahui Alfareeze memenangi peperangan tersebut. Walaupun ramai menjadi korban dalam peperangan antara dua kuasa terbesar, kemenangan yang diperoleh sedikit sebanyak dapat menenangkan hati para ahli keluarga parajurit yang terkorban dalam peperangan tersebut.

Selepas itu Darra duduk bersama dengan Alfareeze di salah sebuah negeri yang menjadi jajahan Coravia. Alfareeze menjadi Duke daerah yang dijaga bawah pemerintahannya. Berpisah dari Duke Elijah, Darra belajar untuk hidup berdikari. Dan pasangan ini hidup bahagia di rumah kediaman sederhana mereka. Tidak mempunyai maid Namun mempunyai pengawal keselamatan. Di atas permintaan Darra sendiri, walaupun Alfareeze dan Darra sendiri anak orang bangsawan, mereka memilih untuk hidup penuh rendah diri. Memberi contoh pada penduduk sekitar. Yang mana amat disenangi oleh seluruh penduduk di situ beberapa minggu selepas Alfareeze dilantik secara rasmi menjadi duke daerah tersebut.

Duke Elijah kini meneruskan tugasnya sebagai penasihat Raja Arryan dan Permaisuri Luana. Selain menjadi penasihat buat pasangan suami isteri diraja itu, Duke Elijah juga menjadi mentor buat Putera Mahkota Malik. Beliau mendidik Putera Malik sebagai persediaan untuk menjadi raja seterusnya. Selain itu, jika ada waktu sengang Duke Elijah akan merantau ke negeri sebelah untuk bertemu dengan rakan-rakan baiknya di Cameron. Sama ada meluangkan masa di situ dengan berbual atau bermalam sebentar, keluar berburu sama ataupun berkuda sekitar bersama dan juga meluangkan masa untuk berbincang hal ehwal semasa di waktu minum petang. Setelah semua yang berlaku, hubungan Duke Elijah bersama dengan Duke Brett, Duke Marcel, Duke Wendell dan Duke Lorenzo semakin akrab dan mereka menjadi sekawan yang utuh.

Kisah mengenai kejayaan Marvin menjadi pahlawan dan tentera diraja telah membuatkan Marvin menyandang jawatana sebagai ketua komando peperangan di negeri jajahan Cameron. Kini menjadi salah seorang daripada pegawai yang sangat disegani oleh para pahlawan tentera yang lebih tua daripadanya. Disebabkan Marvin fokus pada kerjaya dan jawatannya sehingga kini Marvin tidak mempunyai kekasih atau berkenalan dengan mana-mana gadis seusai dengannya. Walaupun telah banyak kali didesak oleh Duke Lorenzo, Marvin nekad dengan keputusannya untuk majukan diri terlebih dahulu sebelum berfikir mengenai hal lain.

Sementara itu Pearl Chang dan Putera Eillian telahpun selamat mendirikan rumah tangga mereka setahun yang lalu. Selepas Pearl tamat belajar dan membina kerjayanya sendiri sebagai seorang pereka fesyen.Dengan sokongan putera Ellian kini Pearl memiliki tiga buah butik pakaian di beberapa buah negeri dan semakin terkenal. Banyak juga la dugaan Putera Eillian hendak mengahwini Pearl. Tiga kali putus hubungan selepas itu get back semula gara-gara perselisihan faham. Putera Eillian yang jenis memang pantang mengundur memang tidak pernah putus asa untuk memujuk Pearl. Sampaikan Putera Eillian sanggup berjalan jauh semata hendak menjejak Pearl yang membawa hati yang lara ke negeri jiran. Menangis, melutut, merayu, menghantar hadiah dan surat tanpa henti. Semuanya telah dilakukan demi mendapatkan cinta Pearl. Dan akhirnya mereka berkahwin juga. Kini pasangan tersebut bahagia mendirikan rumah tangga mereka di kediaman Putera Mahkota Eillian di sebuah daerah berdekatan dengan perlabuhan terkenal di Cameron.

Selain itu, Ricardo pula sibuk menjalankan tugasnya sebagai Duke menjawat jawatan Ketua Panglima Perang. Disebabkan kesibukkan yang dialaminya Ricardo kerap ulang alik ke merata tempat untuk berurusan dengan batilion diraja. Namun, dalam kesibukkan itu Ricardo telahpun jatuh cinta terhadap seorang gadis yang merupakan pahlawan diraja. Mereka berkenalan sewaktu Ricardo dalam tempoh latihan untuk menjadi pegawai tinggi. Kebetulan gadis itu adalah anak kepada salah seorang pegawai tentera yang menjadi tenaga pengajar Ricardo saat itu. Selama lapan bulan mereka berkenalan. Sebelum menjadi rasmi menjadi pasangan kekasih selama tiga tahun kemudiannya. Dan sehingga sekarang mereka masih pasangan kekasih. Hubungan Ricardo bersama Puan Agnes membaik dari masa ke masa. Adakalanya Ricardo bawa Puan Agnes untuk bertemu dengan Darra di kediaman Alfareeze. Hubungan dua keluarga yang dulu jarak kini telah mesra seperti keluarga bahagia.

Akhir sekali Puteri Eilliana yang kini sudahpun menjadi pengasas pusat sukarelawan menyelamat dan memilih haiwan. Yang dibina atas usahanya sendiri tanpa mengharapkan bantuan ayahandanya. Selama tiga tahun pembukaan pusat pemilihan haiwan, Putera Eilliana telah banyak menyelamatkan haiwan-haiwan yang teraniaya mahupun yang terancam. Sama ada dari pusat circus, dari menjadi mangsa penyeludupan haiwan. Dalam usia yang muda Putera Eilliana telah mendapat banyak anugerah dan gelaran terkenal diatas usaha baiknya itu. Dan sambil dia sambung belajar dalam bidang doktor haiwan, Puteri Eilliana turut bekerja sementara waktu di sebuah klinik haiwan. Cita-cita sejak kecilnya dari dulu.

Sambil memandang ke arah kanak-kanak berusia tiga tahun berjalan di hadapan laluan pohon renek, Darra senyum senang sambil mengusap perutnya yang sarat. Kandungan berusia 7 bulan itu semakin berat. Jadi langkahnya juga perlahan.

         "Ibu!"panggil Kirana saat tunding jari ke seekor rama-rama yang sedang hinggap di sekuntum bunga. "Rama-rama.."

          "Cantik tak?"

Anak kecil itu pun mengangguk dengan laju sebelum bercangkung depan rimbunan renek di situ.

Darra berhenti di samping Kirana sebelum mengusap lembut kepala berambut licin berkilat paras leher itu.

Sedang dua orang itu termenung memandang rama-rama yang hinggap pada bunga di situ, satu kelibat muncul dari belakang Darra.

           "Jom kita masuk. Dah nak senja ni...puas dah ibu bawa kamu berjalan."ujar Darra saat mahu tunduk mencapai tangan keci Kirana.

Kerana tidak puas lagi, Kirana menarik tangan untuk jauh dari dicapai Darra. Dan terus bercangkung di situ.

            "Jangan begitu Kirana..ayuh kita masuk."ajak Darra sekali lagi.

           "Di sini rupanya kamu berdua.."suara dalam menegur tidak semena.

Darra pun berpaling pantas ke kanannya dalam keadaan mencangkung waktu itu. Sekali bila dia angkat kepala, senyuman lebar pun terukir di bibir.

Semakin berseri wajah Darra kerana kemunculan itu.

             "Bila awak sampai?"

              Alfareeze yang baru pulang dari lawatan tiga hari ke Coravia itu tersenyum senang saat menyambut tangan isterinya. Memimpin Darra untuk berdiri semula. "Baru aje sampai."

             "Ayah!"laung Kirana terus melompat dari bercangkungnya dan menerkam kaki ayahnya.

              "Hai semua..."Alfareeze dukung Kirana sebelum memeluk badan Darra dengan sebelah tangan lagi. Dahi Darra dikucup perlahan Namun lama sebelum mengucup pipi mulus anak perempuan sulungnya. "Rindunya ayah pada kamu..."

Kirana memeluk leher Alfareeze lantas merehatkan kepala pada bahu itu.

             "Saya tak tahu pula awak nak balik...kalau saya tahu saya sediakan makanan untuk awak.."beritahu Darra melingkarkan tangan ke belakang pinggang Alfareeze.

              Senyuman lebar terukir di bibir Alfareeze. "Sengaja. Nak buat kejutan."

Darra merehatkan kepalanya ke dada Alfareeze saat mereka mula berjalan menyusuri laluan kecil untuk ke pintu rumah.

             "Ayah...rama-rama!"tunjuk Kirana tidak semena ke atas kanan mereka waktu itu.

Dan mereka serentak dongak ke atas. memandang seekor rama-rama terbang melayah tinggi di Udara.

~TAMAT~