Dua minggu kemudian....
Terketip-ketip gigi pada hujung kuku ibu jari sejak tadi.
Kaki kanan bergoyang resah.
Darra di atas kerusi depan meja soleknya termenung tidak tenang memikirkan kenyataan yang rombongan dari Alfareeze bakal tiba bila-bila masa dari sekarang.
Peluh dingin dan merecik-recik sekitar dahi dan tapak tangan. Ketiak jangan ceritalah...dah berlecak sejak tadi!
Gemuruhnya dia rasakan saat itu.
"Cik Muda tolong duduk dengan tegak...saya perlu dandan rambut cik muda ni.."minta maid yang bertugas untuk menyiapkan Darra saat itu.
Cepat-cepat Darra duduk tegak dan turunkan tangan ke bawa. Dia pandang pantulannya di cermin depannya dengan mata membulat. Apa patut dia lakukan ni!?Patut ke dia lari saja!?
Arghhh!
Malunya!
Darra pejam mata dan gigit bawah bibirnya kegeraman.
Geram dengan diri sendiri apabila memori dua minggu lepas terimbau semula. Ya!Memori dimana dia meroyan depan Alfareeze sebab fikir yang lelaki itu ingin kahwinkan dirinya dengan Raja Coravia. Sedangkan yang sebenarnya dia akan berkahwin dengan Alfareeze. Lepas dia dapat tahu dari ayahnya sendiri selepas sihat dari demam tu, sampai ke sekarang Malunya terasa.
Mana nak letak muka nanti kalau Alfareeze ke sini!?
Dah la dia siap merayu merengek bagai depan lelaki tu?
Arghhh!!!Tak nak la jumpa Alfareeze macam ni!
"Cik muda!Kenapa gigit bibir tu..hilang nanti gincunya."tegur seorang lagi maid dari tepi Darra tidak semena.
Marah-marah Darra membuka mata dan pandang maid di depannya. "Tak nampak ke saya sedang tertekan ni?Boleh tak jangan marah saya?"renggusnya.
"Saya tahu...masalahnya sekarang tetamu bakal tiba ke sini sebentar lagi."
Dup!
Dap!
Dup!
Dap!
Berdetak laju jantung dalam tulang rusuk buatkan Darra tekap tangan ke dadanya. Perasaan gemuruh dan Malunya semakin menjadi-jadi taktala terbayangkan muka Alfareeze nanti. Lelaki itu pasti akan menyakat dia sampai tak ke sudah!
Tiba-tiba pintu bilik terbuka. Anthony muncul dengan pakaian segak bersut custom made beliau. "Cik Muda Darra.."panggilnya setelah berdiri di depan pintu itu.
Serta merta semua kepala berpusing ke arah pintu. bertentang mata dengan Anthony.
"Keluarga Duke Marcel sudahpun tiba. Duke Elijah minta cik muda turun sekarang..."
Berdiri tegak Darra sebaik mendengarnya sampaikan darah dipam laju naik ke otak secara mengejut. Buatkan dia hampir pitam kerana terkejut.
"Hah!?Dah sampai?"dada Darra naik turun tidak menentu. Dia begitu gementar yang amat sangat. macam mana ni!Dia malu hendak bertemu dengan Alfareeze!Dia kena lari sekarang!
"Ya cik muda."senyum Anthony yang senang melihat anak gadis di depannya yang indah mengenakan dress purple lilac dedahkan bahu lengan pendek labuh mengurai ke bawah depannya. Rambut panjang berkilat Darra pula kemas di sanggul meninggalkan anak rambut sekitar dahi dan tepi kepala. Sebak tidak semena hatinya saat menyedari anak kecil yang dia tatang bagai minyak yang penuh kini bakal berkahwin. Walaupun Darra bukan anak kandungnya, tapi telah pun Anthony anggap gadis itu seperti darah dagingnya sendiri.
Nafasnya jadi pendek kerana terlampau gementar. Rasa bahang menjalar dari dada naik ke leher lalu ke muka sebelum berhenti di atas kepala. Memberitahu betapa gementarnya Darra saat itu. Dia berdiri di samping Duke Elijah dengan tangan di depan perut. Sopan dan tertib.
"Pastikan kamu berkelakuan sopan sepanjang masa nanti Darra."pesan Duke Elijah memerhatikan pedati yang sedang menghampiri laluan Utama pintu masuk kediaman waktu itu.
Jangan cerita pasal amaran ke pesanan padanya. Darra waktu itu langsung tidak dapat memproses apa saja yang diberitahu kepadanya. Dia terlalu malu dan gemuruh untuk dengar semua itu.
Selepas menunggu, pedati berwarna hitam kebiruan yang dilihat tadi akhirnya berhenti parkir di depan laluan dimana Darra serta Duke Elijah sedang berdiri.
Waktu itu Darra pandang penuh debar ke pintu pedati. Menanti akan jejaka yang buatkan dia terfikir siang dan malam kerana teruja. Dia tak nak pandang tapi hatinya menyuruh dia pandang juga.
Pintu pedati terbuka. Keluar terlebih dahulu Duke Marcel lalu diikuti Puan Rona. Pasangan itu berdiri di situ lalu diikuti Alfareeze di belakang tidak lama kemudian.
Pada masa Alfareeze turun dari pedati, Darra di sebelah Duke Elijah waktu itu ternganga tanpa sedar kerana terkejut melihat wajah yang awalnya dihias dengan misai bersih dan kemas. Terserlah jelas wajah kacak itu lagi apabila rambut lelaki itu desisir kemas menampakkan dahi yang luas.
Pandang punya pandang, Darra tidak sengaja bertentang mata dengan Alfareeze. lelaki itu dengan selamba memberi senyuman boyish kepadanya.
Memang tak bernafas terus Darra masa tu sebab ditahan tanpa sedar. Dia cepat-cepat alihkan mata ke tempat lain. Malu yang amat sangat untuk bertentang mata dengan lama.
"Selamat datang saya ucapkan.."sambut Duke Elijah apabila tiga beranak itu berdiri dihadapan mereka. "Saya harap perjalanan kalian ke sini lancar dan baik-baik saja."dia hulur tangannya ke Duke Marcel.
Waktu itulah Duke Marcel maju ke hadapan lantas menarik Duke Elijah ke dalam pelukan. Lelaki itu menangis sambil memohon maaf berulang-ulang kali sehinggakan Puan Rona yang lihat ikut menangis kerana tersentuh melihat dua sahabat baik yang pernah terputus hubungan akhirnya bertemu semula.
Bersama senyuman lebar, Duke Elijah balas pelukan Duke Marcel dan merehatkan dagu ke bahu Duke Marcel sambil menepuk belakang badan itu.
"Setiap orang lakukan kesilapan...dan aku dah maafkan kau Marcel...sejak awal lagi aku sedar berdendam tidak akan bawa aku ke mana-mana kecuali sakit."ucapnya.
Teresak-esak Duke Marcel kerana begitu terharu dan lega pada masa yang sama apabila mendengar ucapan Duke Elijah. "aku betul-betul menyesal. Aku bersalah pada kau...maafkan aku...maafkan aku.."
Dan ketika dua orang itu menghadapi momen mereka, Alfareeze waktu itu dalam diam mencuri lihat akan Darra kerana terpegun dengan keanggunan penampilan Darra. Lain dari kali pertama dia bersua muka dengan Darra, hari itu Darra begitu cantik di matanya. Membuatkan perasaan suka dan mahu memiliki Darra dengan segera membuak-buak liar dalam dada.
Perasan akan dirinya diperhatikan, Darra sedaya upaya mengawal reaksi di wajah agak tidak kelihatan sangat yang dirinya sedang gemuruh. Kalau gemuruh itu ada suara, rasanya dah berkumandang berulang kali sejak tadi. Dia elak dari memandang Alfareeze sepanjang masa itu kerana terlalu malu dan segan dengan lelaki tu. Ditambah pulak dengan rupa paras lelaki itu, semakin memulas aneh la perut dia!
Kenapa lain macam betul handsome Alfareeze hari ni?Ke mata dia yang ada masalah gara-gara terlalu gementar?Fikir Darra semasa dia sapa Puan Rona dan memeluk Wanita itu hendak menyambut kedatangan ke situ. "Hai Puan Rona...apa khabar. Senang dapat bertemu dengan puan."
Puan Rona ketawa riang.
"Alahai...cantiknya kamu..nak menangis ibu tengok.."Puan Rona sambut Darra sambil menekup kedua belah pipi Darra untuk dibelek seketika sebelum dia kucup dahi Darra dengan kasih. "Ibu gembira dapat bertemu dengan kamu akhirnya.."
Sewaktu Darra dipeluk semula, Alfareeze dekat belakang Puan Rona, betul-betul menghadap muka Darra. Jadi dia jentik hujung hidung Darra dengan perlahan hendak menarik perhatian gadis itu sebelum berdiri tegak semula seakan tiada apa-apa berlaku.
Tersentak Darra waktu itu. Dia pandang Alfareeze dengan muka blushing teruk akibat malu.
"Hai Darra..."sengih Alfareeze dengan renungan dalam penuh maksudnya kepada Darra. Heh!Sekarang....lepas ni nak lari ke mana lagi?
Memang tidak la dia akan biarkan Alfareeze dekati dia!Darra menelan air liur dengan gemuruh kerana faham apakah maksud renungan itu. Dia betul-betul dalam masalah besar! Sekali lagi imej dia merayu dan menangis depan Alfareeze kerana salah faham bermain dalam fikiran. Buatkan dia semakin malu hendak berdepan dengan Alfareeze lebih lama.
Sesiapa tolong la galikan lubang untuk dia supaya dapat sembunyikan diri dari Alfareeze ni!