webnovel

Episode 82 : Tiada gunanya.

"Tick..tock!"Alfareeze menghitung kerana tiada jawapan kedengaran dari mana-mana lelaki dewasa di hadapannya. "Adakah tuanku akan kekal mendiamkan diri?Patut ke saya panggil Puteri Eiliana ke sini untuk menyaksikan apa yang bakal saya lakukan sebentar lagi?"

          "Jangan kamu berani Alfa!"bentak Duke Marcel.

           "Kenapa kamu lakukan semua ni Alfareeze!?"soal Raja Alan tidak habis fikir kenapa Alfareeze boleh hilang kawalan seperti ini. "Hanya kerana Duke Elijah berpindah kamu hilang akal!?"

           "Bukan kerana Duke Elijah, saya tidak peduli tentang lelaki tua tu...tapi kerana anak beliau.."beritahu Alfareeze. "Saya lakukan semua ini kerana hendak beritahu, jangan sesekali mencabar saya hanya kerana tuanku adalah raja, dan ayah adalah ayah saya....dalam sekelip mata saja saya boleh gulingkan kerajaan ini begitu saja...tuanku lupa?Cap Mohor Ketenteraan Diraja ada ditangan saya. Hanya satu arahan, saya boleh tunggang terbalikkan seluruh istana ini rebah menyembah bumi.."

            "Anak Duke Elijah?Budak lelaki bernama Darrius tu?"Duke Marcel begitu tidak percaya.

Meledak ketawa Alfareeze selepas itu. Hingga suara ketawanya bergema dalam bilik sidang tersebut.

Remus yang ada di situ sejak tadi merinding ketakutkan. Dia terus berundur ke tepi taktala Alfareeze semakin hampir dengannya.

Raja Alan dan Duke Marcel juga berasa perasaan yang sama.

           "Lelaki?Ayah salah...anak Duke Elijah adalah seorang perempuan...yang menyamar menjadi lelaki...dan nak tahu apa yang paling menyeronokkan mengenai hal itu? Ayah adalah punca kenapa Duke Elijah memaksa anak perempuannya menyamar sebagai lelaki..."

Membutang mata Duke Marcel sebaik dengar.

Raja Alan begitu tergamam sampaikan lelaki itu menahan nafas tidak terkata.

           "Hahaha...kelakar kan!?Hanya kerana ayah telah merosakkan hidup Duke Elijah, Duke Elijah membalas dendamnya terhadap anak perempuannya sendiri.."beritahu Alfareeze sambil ketawa. "Dan saya mencintai dia ayah...!"jatuh serta merta senyuman dari bibir Alfareeze sejurus dia bertentang mata dengan Duke Marcel. Pedang dalam kelonsong di pinggang dia tarik.

            "Alfa...bawa bertenang.."pesan Duke Marcel kerana terarah pada pedang Alfareeze waktu itu. "Ianya bukan idea ayah untuk merampas kedudukan Duke Elijah. Ianya dilakukan demi kepentingan kita juga. Raja Alan bercadang ingin menyerahkan pangkat Panglima Perang kepada ayah kerana baginda risau Duke Elijah akan berpaling tadah selepas memiliki pangkat tersebut. Lagipun kamu kena fikir...selepas kamu bertunang dengan Puteri Eiliana, ramai orang akan pandang keluarga kita. Jadi kita perlu mempunyai kedudukan yang kukuh. Dan Raja Alan lakukan semua itu demi mengharumkan nama baik keluarga kita!"

           "Benar Alfa...Duke Elijah yang membuat keputusan untuk meletakkan jawatan dan meninggalkan tempat ini. Bukan beta yang memaksa beliau lakukan keputusan ini.."bidas Raja Alan.

           "Apa ayah kata!?"Alfareeze begitu terkejut selepas mendengar kenyataan tersebut. Raja Alan...telah menikam Duke Elijah dari belakang dengan ayahnya hanya alasan kerana insecure?Serius la!Dua lelaki dewasa ni tidak boleh menjadi lebih bodoh dari sekarang ni ke apa?! "Hahaha...serius?Hanya alasan itu saja tuanku sanggup berpaling tadah pada lelaki yang telah mengorbankan jiwa dan raganya demi menjaga keselamatan negeri ini?Kalau Duke Elijah berniat hendak musnahkan kerajaan atau membeloti tuanku, dia tidak perlu tunggu lama. Lelaki sebijak Duke Elijah boleh kuasai kerajaan ini begitu saja sekiranya dia mahu...kalau saya jadi Duke Elijah sendiri saya pun akan berputus asa. meletakkan jawatan dan tinggalkan tempat ini dari berterusan bekerja untuk manusia tidak sedar diuntung seperti kalian berdua.."

            "Alfareeze!Jaga apa yang kamu tuturkan-"di saat Duke Marcel hendak bercakap, ketika itulah Alfareeze berjalan laju ke arah Duke Marcel.

Dalam sekelip mata saja Alfareeze terpa Duke Marcel dan menumbangkan lelaki itu ke atas meja sidang dengan hujung pedang terhunus tepat di depan muka ayahnya.

Raja Alan melompat dari tempat duduknya dan mengundurkan diri kerana tindakan laju Alfareeze tadi. Dia cepat-cepat pandang ke arah pengawal dan tentera yang ada dalam bilik sidang itu. Melambai tangan memberi arahan kepada mereka.

          "Apa kamu semua tunggukan lagi!Halang Alfareeze sekarang!"arahnya dengan cemas.

Namun begitu arahan Raja Alan sedikit pun tidak membuatkan mana-mana mereka di situ bergerak atau terkutik. Seakan patung, seorang pun tidak berganjak dari berdiri masing-masing apabila melihat Alfareeze sudah sedia hendak membunuh ayah sendiri.

Sementara Alfareeze sedikit pun tidak terkutik dengan tindakannya.

          "Kau buat aku jijik dengan diri sendiri Marcel Guzman!Tidak hairan la kenapa ayah kau sendiri pulaukan kau!Tengok sendiri cara kau hidup!Hidup di atas kesengsaraan orang lain...bergembira selepas memusnahkan kehidupan orang...!"desis Alfareeze saat mencengkam batang leher Duke Marcel sementara sebelah tangan memegang tegak pedang di depan muka lelaki itu.

Merah berpeluh wajah Duke Marcel waktu itu. Matanya menggigil saat melihat hujung pedang terhunus tepat depan matanya. Dia tidak berdaya hendak melawan kerana risau sekiranya bergerak nyawanya akan melayang.

           "Hentikannya Alfa!Dia ayah kamu!"arah Raja Alan.

            "Dan aku sanggup hapuskan pertalian aku dengan lelaki keparat seperti dia ni!"balas Alfareeze tidak mengalihkan tatapannya dari renungan Duke Marcel.

            "Kamu tak tahu hidup ayah bagaimana selama ini Alfa!Kamu tak tahu bagaimana buruknya layanan datuk kamu pada ayah! Hanya cara ini saja ayah dapat gunakan untuk balas semua cemuhan yang ayah terima!"gelut Duke Marcel dibalik cekikkan Alfareeze waktu itu.

             "Sebab ayah yang minta semua itu!"Alfareeze angkat pedangnya tinggi ke atas!Sudah bersedia hendak menikam ayahnya di situ juga. Dia terlalu marah!Marah yang hanya Nampak merah di matanya saat itu! "Ayah sanggup bunuh abang sendiri kerana hendak dapatkan kedudukan di sisi datuk dan ayah persoalkan kenapa ayah dibenci beliau? Tidak cukup dengan itu ayah membeloti sahabat baik ayah sendiri hingga musnahkan keluarga Duke Elijah kerana tindakan ayah. Dan sekarang ayah musnahkan kehidupan anak lelaki ayah sendiri...kemudian ayah persoalkan kenapa sepanjang hidup ayah di cemuh?Jangan nak bergurau!!"

Raja Alan bungkam di situ mendengar hujahan Alfareeze. Apa yang dikatakan Alfareeze sebentar tadi!?Duke Marcel bunuh abang sendiri?Aniaya Duke Elijah?!

              "Lepaskan ayah sekarang Alfareeze!Fikirkan tentang ibu kamu!"Duke Marcel cuba menolak tangan yang mencekiknya itu, tapi bayangkan sajalah, Alfareeze lebih muda darinya, tubuh itu juga lebih sasa dan sihat. Hendak dibandingkan kekuatannya dengan Alfareeze memang jauh beza. "Ayah tak boleh bernafas!"

             "Kalau macam tu mati aje terus!"kasar-kasar Alfareeze campak Duke Marcel ke lantai. Hampir saja dia penggal kepala ayahnya tadi!

Mengerengkot kesakitan Duke Marcel sejurus itu. Dia terbatuk-batuk mencari Udara. Air mata mengalir turun ke pipi.

            "Benar ke apa yang kamu katakan tadi Alfareeze?"soal Raja Alan masih dalam keadaan shock.

             Enggan menghiraukan Raja Alan, Alfareeze cengkam kuat pedangnya lantas berkata. "Benar atau tidak ianya tidak penting lagi. Apa yang saya ingin tuanku tahu bahawasanya mulai detik ini saat ini, saya Alfareeze Marcel Guzman meletakkan jawatan dalam ketenteraan Kerajaan Cameron ! Dan pertunangan saya bersama Puteri Eiliana serta merta di batalkan. Saya tidak ingin menjadi sebahagian daripada manusia yang suka menikam orang dari belakang tanpa belas kasihan!"lafaznya dengan tegas.

Duke Marcel pandang ke atas dengan kening berkerut tidak percayanya.

Raja Alan memang tidak boleh mengatakan apa-apa. Lelaki itu sendiri hilang kuasa bila berhadapan dengan pemilik 3000 tentera persendirian dan kekuatan batilion komando di depannya.

             "Dengar sementara saya bercakap dengan baik..."pesan Alfareeze sebelum menyeluk kembali pedang ke kelongsongnya. Dan dia tunduk memandang Duke Marcel semula. "Ayah boleh teruskan hidup di sini...tapi saya bawa Ibu bersama saya tinggalkan tempat ini. Kami akan kembali ke rumah datuk."katanya sebelum melangkah pergi.

             "Kamu tak boleh lakukan hal ini Alfareeze!"disebabkan Duke Marcel di atas lantai dan Alfareeze kebetulan lalu di sisinya, lelaki itu terus mencengkam kaki Alfareeze. "Ayah menyesal!Tolong maafkan ayah Alfareeze...ayah janji ayah takkan lakukan hal yang sama lagi!Jangan bawa ibu kamu pergi!Jangan tinggalkan ayah!"rayunya dengan terdesak.

Alfareeze tunduk ke kakinya. Dia pandang wajah kasihan Duke Marcel dengan renungan tanpa perasaan. Maaf?Adakah maaf ayahnya ini dapat kembalikan Darra ke dalam pelukannya semula!?Adakah dengan maaf ini dapat balik putar masa agar Duke Elijah tidak membencikannya kerana dia anak kepada si pengkhianat!?Tahu tak betapa hancurnya perasaan dia sekarang ini sampaikan dia begitu membencikan semua orang termasuk Darra sendiri!Semuanya ini kerana ayah dia!

Maafkan ayahnya?

Tidak!

Jawapannnya tidak!

Dia tidak boleh menghadap lagi sikap pentingkan diri dan tidak berhati perut ayahnya ini dengan lama lagi. Sekiranya dia masih menetap di sisi ayahnya, dia boleh hilang kewarasan!

              "Ayah patut lakukannya semasa saya beritahu awal sebelum ni.....bukan sekarang. Sekarang, saya dah musnahkan 'istana' kebanggaan ayah, merampas kedudukan yang ayah dambakan, mengambil orang yang ayah sayangi dari hidup ayah dan musnahkan kehidupan yang ayah bina untuk ayah rasai sendiri apa yang orang lain rasakan selepas apa yang ayah lakukan terhadap mereka. Ayah menangis air mata darah sekalipun tiada gunanya. Ianya dah terlambat...teruskan la hidup dengan pendirian memalukan ayah tu!"tanpa belas kasihan, dia rentap kakinya dari cengkaman Duke Marcel dan berarak keluar bersama pengiringnya tadi.

Menjauh saja Alfareeze dari situ, bilik sidang tersebut terus menjadi lengang.

               Raja Alan yang masih tersisa dengan perasaan terkejut dan kecewa itu pandang Duke Marcel sebelum tunduk memegang meja mencari sokongan. "Duke Marcel...kamu memalukan beta!Berani-berani kamu memperdayakan beta selama ini!"lafaznya.

Dan Duke Marcel hanya terjelepok duduk di lantai, devastated dengan apa yang baru terjadi. Air mata menitis jatuh ke bawah tanpa dia sedari.

Bab berikutnya