webnovel

Episode 80 : Hal Sebenar

Flashbacks

Beberapa hari sebelumnya....

Dekan Lorenzo pandang tidak berkedip akan pelajar yang sedang berdiri di hadapan meja kerjanya.

"Apa semua ini Darrius?"

Renungan dingin Darra merenung akan skrol emas yang baru diletakkan ke atas meja. "Ianya adalah titipan terakhir ayah saya buat Dekan Lorenzo."beritahunya.

"Skrol putih ini adalah skrol rasmi...memangnya apa yang buatkan Duke Elijah menyerahkannya kepada saya?"Dekan Lorenzo begitu takut melihat skrol itu. Adakah dirinya dihukum atau dalam masalah besar.

"Tidak tuan. Sekiranya tuan meneliti isi skorl tersebut dekan akan faham apa yang ayah saya cuba sampaikan.."jelas Darra waktu itu.

"Dan apa maksud kamu dengan titipan terakhir?Memangnya kenapa dengan Duke Elijah?"

Untuk seketika Darra mendiamkan diri. Dia termenung memandang wajah Dekan Lorenzo tanpa berkedip.

"Adakah ianya mengenai keputusan saya untuk tidak menyertai pilihan raya buat memilih Menteri baru?"duga Dekan Lorenzo.

Darra menggeleng.

"Kemudian apa?Duke Elijah tidak akan memberikan saya skrol rasmi diraja ini melainkan ada perkara serius telah terjadi?"teragak-agak Dekan Lorenzo mencapai skrol di depannya sebelum memandang Darra.

Dengan senyuman sedih Darra balas tatapan Dekan Lorenzo itu.

"Adakah sesuatu terjadi kepada Duke Elijah..."Dekan Lorenzo begitu kerisauan sehingga tangannya menggigil saat membuat gulungan skrol ditangannya. Setelah ia terbuka, tulisan kemas pada skrol itu dibaca.

"Berikut merupakan pesanan yang ayah saya arahkan untuk sampaikannya kepada Dekan Lorenzo..."beritahu Darra apabila melihat Dekan Lorenzo mula membaca isi kandungan coretan ayahnya. "Terlebih dahulu maafkan saya kerana tidak dapat menemui sendiri Dekan Lorenzo untuk menyampaikan titipan terakhir ini..saya Duke Elijah Kirk memberikan arahan terakhir selaku Menteri Peperangan untuk melantik Dekan Lorenzo sebagai Penasihat Khas Duke Brett. Selepas keberangkatan saya kelak, Duke Brett bakal mengganti tempat saya selaku Menteri Pertahanan Negeri Cameron. Kata akhir, sebelum berpisah, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dekan Lorenzo dan juga permohonan maaf sekiranya ada salah serta silap sepanjang perkenalan kita...andai suatu hari nanti ada umur yang panjang, Semoga kita ditakdirkan dapat bertemu semula."

Mata Dekan Lorenzo berkaca selepas dengar. Dia angkat kepala memandang Darra seusai membaca tulisan pelantikan dalam skrol tadi.

"Terima kasih untuk kebajikan dan perhatian yang Dekan Lorenzo serta Marvin berikan kepada saya sepanjang waktu saya berada di sini.."tunduk Darra dengan hormat kepada Dekan Lorenzo setelah itu.

End of flashbacks

Perhimpunan pada pagi di Akademi Latihan Muda berlangsung seperti biasa pada hari itu. Kebanyakan para pelajar beransur masuk dan memenuhi kerusi kosong yang tersusun kemas dalam dewan berhimpun itu. Seakan tiada apa-apa yang berlaku semua di situ, pelajar yang ada berbual dan bergelak tawa sesama mereka.

Di barisan ketiga depan pentas, duduknya Puteri Eilian sedang bercakap dengan rakan sekelasnya. Disampingnya seperti biasa Ricardo punya tempat, lelaki itu sedang tunduk membetulkan tali leher. Sementara di kumpulan kedua barisan paling hadapan kerusi pertama sekali, duduknya Marvin. Lelaki itu sedang mendengar celoteh William.

"Mana Darrius?"

"Kan...aku perasan dia tak ada dari tadi?"

Beberapa kepala mula menjengah mencari kelibat rambut pendek berkilat yang terkenal di celah pelajar di situ. Bila mereka lihat ke tempat duduk biasa Darrius duduk masih kosong, mereka pandang ke arah lain.

"Kau tak datang dengan dia sekali ke Marvin?"

"Tak..aku ketuk bilik dia pagi tadi..tapi tak ada orang. Kosong. itu aku turun dulu sebab aku ingat dia dah ada dekat sini.."geleng Marvin yang turut sama tercari-cari.

Lantas Marvin toleh ke tempat dimana Putera Eilian berada. Manalah tahu Darra duduk dengan lelaki itu, tapi memandang tiada.

Sekali bisikan mereka di situ mati apabila Dekan Lorenzo berjalan ke atas pentas dan berdiri di situ dengan lagak penuh ketegasannya.

Tanpa disuruh atau diberi arahan dengan sendiri kesemua pelajar lelaki dalam dewan tersebut mendiamkan diri. Masing-masing duduk tegak sediakan diri untuk perhimpunan mereka.

Dekan Lorenzo di depan pentas, dengan wajah kelam diam memandang ke depan. Kedua belah tangan ada di sisi seakan tiada semangat.

Hal itu disedari Marvin sendiri. Riak wajah ayahnya membuatkan hatinya terdetik sesuatu.

"Selamat pagi dan selamat sejahtera saya ucapkan. Terima kasih di atas kehadiran kamu semua pada pagi ini. Seperti biasa, kita akan memulakan majlis dengan ucapan pembuka dari saya."mula Dekan Lorenzo dengan riak wajah seakan sedang termenung. "Sebelum itu...ada perkara penting yang saya ingin sampaikan kepada kamu semua di sini.."

Pada masa itu jugalah, Alfareeze berjalan masuk ke dalam dewan. Lelaki itu muncul dengan wajah cemas dan dalam keadaan tidak terurus. Dalam tangan kanannya tergenggamnya sehelai kertas. Saat dia masuk, matanya liar melihat setiap wajah pelajar di situ. Dia baru saja pulang dari kediaman Keluarga Duke Elijah kerana ingin mencari Darra kerana nota yang diterima!Tapi rumah itu kosong!Ya!Kosong tiada penghuni dan isinya!

Darra sudah tiada lagi!

Jadi dia ambil keputusan untuk lihat di dalam akademi!

"Dengan dukacitanya saya maklumkan, Darrius Emmerson sudahpun berhenti dari Akademi Latihan Muda ini secara rasmi."

Makluman tersebut membuatkan kepala Alfareeze tersentak memandang ke arah pentas dengan mata kemerahannya dan terbutang luas.

Marvin tersentak hingga berdiri dari duduknya.

Putera Eilian tercengang.

Ricardo menahan nafas terkejut.

Sementara pelajar lain yang ada bergumam serentak tidak percaya.

"Saya dimaklumkan bahawa Duke Elijah sudahpun berangkat ke dari negeri ini subuh tadi bersama anak beliau. Selain itu saya juga hendak berterus terang mengenai siapakah Darrius Emmerson yang sebenarnya dan kenapa dia boleh berhenti dari akademi ini tanpa dikenakan sebarang hukuman."tambah Dekan Lorenzo dengan perasaan serba salah dan terkilannya. Oleh kerana dia telah diberi arahan untuk mendedahkan hal ini supaya tiada salah faham berlangsung, Dekan Lorenzo terpaksa beritahu. "Sebenarnya Darrius Emmerson itu adalah seorang gadis yang menyamar seperti lelaki kerana rancangan Duke Elijah untuk menutup identiti anak perempuan. Jadi sekiranya kamu tertanya-tanya bagaimana Darrius boleh berhenti begitu saja, adalah kerana dia seorang gadis bukan lelaki. Yang diberi nama sebagai Darra Emerson. Jadi jika Darra ada berhutang dengan sesiapa di antara kamu, boleh maklumkan kepada saya untuk buat tuntutan."

Menggigil keberangan Alfareeze di tepi pentas saat itu. Urat sarafnya berdenyut sakit kerana darah yang dipam naik ke otak begitu laju dan deras.

Marahnya hanya Tuhan sahaja yang tahu.

Alfareeze menggunakan segala kewarasan yang ada saat itu untuk tidak hilang kawalan. Gadis itu telah memungkiri janji dengannya! Gadis itu meninggalkan dirinya selepas dia beritahu supaya tunggu!

Rahang Putera Eilian berketik kerana tidak percaya dengan apa yang disampaikan. Tanpa berlengah dia bangun dari situ dan keluar dari dewan tersebut tanpa menoleh.

Mata Ricardo berkaca. Dia tunduk memandang ke bawah sambil termenung memikirkan hadiah yang Darra titipkan kepadanya. Sebab itu ke gadis tersebut berkelakuan aneh semalam?Sebab ianya adalah pertemuan terakhir mereka!?Macam itu saja?

Mata Marvin berkedip perlahan sebelum dia terduduk semula di kerusi kerana begitu terkejut. Badannya menjadi kebas tidak semena kerana begitu patah hati dengan berita keberangkatan Darra. Perbualan terakhir dia bersama gadis itu serta merta bermain dalam kepala. Air mata bergenangan di tubir tanpa sedar.

William dan rakan-rakan sekelas yang lain sudah termangu tidak terkata kerana tidak menyangka yang rakan sekelas mereka yang dianggap lelaki itu sejak awal lagi adalah seorang gadis!?Paling parahnya mereka mula teringat setiap perbuatan, tindakan dan kata-kata yang pernah mereka lakukan dihadapan Darra.

Dekan Lorenzo tunduk mengetap gigi menahan rasa terkilannya kerana dia tidak sempat hendak mengucapkan terima kasih kepada Duke Elijah.

Selepas makluman itu diberitahu, suasana dewan menjadi sangat sepi walaupun ada penghuninya.

Dan waktu itulah Alfareeze berpaling semula ke arah pintu. Lelaki itu berarak laju meninggalkan dewan tersebut bersama fikiran terarah pada seseorang yang dia jadikan suspek Utama kenapa Duke Elijah membawa Darra pergi bersama dari sini!

Cincin pemberiannya yang ditinggalkan Darra digenggam kuat dalam kepalan sepanjang perjalanannya keluar dari akademi.

"Tuan!"sambut seorang tentera di hadapan pintu sewaktu Alfareeze tiba di situ menyertainya. "Lima pasukan pemantau sudahpun dihantar keluar menggeledah seluruh pekan. Namun menurut mereka tiada satupun jejak Duke Elijah atau anaknya dimana-mana..."

Kasar-kasar Alfareeze menarik glove ke tangan untuk dipakai sewaktu memasang telinga apa yang disampaikan oleh pembantunya itu.

"Dimana ayah saya sekarang ini?"tanya Alfareeze dengan kening mencerlung tajam.

"Bersama Raja Alan...mereka sedang berbual di balai istana.."

Bergembira ya!

Nampaknya dua orang itu sudahpun tahu hal ini sejak dari awal lagi!

Lekas-lekas Alfareeze panjat naik kudanya. Dan sebaik dia duduk di atas kuda, dia tunduk memandang pembantunya di bawah. "Arahkan mereka untuk berkumpul di depan halaman kediaman Duke Marcel..."dingin mendatar nada suara dia waktu itu.

"Baik tuan!"tunduk tentera itu dengan patuh.

Memandangkan mereka cuba bermain dengan api, apa kata dia tunaikan keinginan mereka itu. Alfareeze melibas tali ke badan kudanya untuk menggerakkan haiwan tersebut meninggalkan laluan Akademi Latihan Muda bersama aura gelap membunuhnya.

Bab berikutnya