webnovel

Episode 57 : Boleh aku....

Pintu bilik di tutup sebelum Alfareeze meletakkan buku bacaannya di atas rak sebelah pintu. Dia baru sahaja pulang dari perpustakaan rumah agam tadi. Oleh kerana dia mula merasa letih dan mengantuk dia pun gerak masuk ke bilik tidur semula. Satu minggu ini dia tidak dapat rehat yang cukup kerana sibuk. Jadi memang dah merancang hendak tidur awal. Tapi seperti biasalah, matanya ini enggan tutup kerana sering terbayangkan wajah sama berulang kali.

Jam di dinding sudah menunjukkan waktu masuk jam 11 malam. Memberitahu lewat malam bakal berlabuh.

Baru sahaja niatnya hendak ke katil, tetapi bunyi deru angin malam dari jendela membuatkan Alfareeze berpusing dari hendak ke katil berpatah balik ke jendela untuk menutupnya.

Kuat angin waktu itu sebaik saja Alfareeze berdiri dekat situ. Terkejut dia sampai merinding kedinginan selepas ia bertiup masuk melaluinya. Ingatkan hendak tutup terus jendela tetapi tergendala pula selepas tertarik dengan pemandangan di situ.

Alfareeze pandang ke langit malam yang sedang menghujankan kepingan salji dengan renungan merindu.

Langit malam itu lebat dengan salji yang turun. Katanya hendak ribut, mujurlah tidak la seteruk yang dikhabarkan. Kalau tidak pasti esok jalan akan penuh dengan salji yang tebal. Dan nampaknya malam ini dia kena berselimut tebal la jawabnya. Suhu malam ini sedingin hatinya saat ini.

Seusai mengunci jendelanya, Alfareeze berpusing semula untuk ke katil.

       "Kalau badan dingin boleh dihangatkan dengan selimut, tapi bagaimana dengan hati aku ni?"bicara Alfareeze sendiri dengan keluh kesalnya.

Baru saja Alfareeze mahu panjat katil,   tiba-tiba pintu biliknya diketuk. Membuatkan dia turunkan kaki semula ke bawah saat pandang ke arah pintu. Siapa pulak tu?

        "Ya?"sambutnya.

Pintu terbuka.

Seorang pengawal keselamatan berdiri di depan pintu tersebut. Memandang Alfareeze.

         "Ada apa Abraham?"

         "Maafkan saya tuan kerana menganggu. Tapi ianya hal mustahak."

         "Yalah. Mestilah mustahak. kalau tidak tak adanya kau berani-berani datang ketuk pintu bilik aku tengah malam macam ni.."bebel Alfareeze dalam hati. "Ada apa?"

         "Tuan...dihadapan pintu pagar ada seorang pelawat ingin bertemu dengan tuan. Katanya ianya penting."wajah Abraham kelihatan seperti orang bergelut dengan perasaan sendiri.

          Hal itu dikesan oleh Alfareeze. Sudah kenapa ketua keselamatan keluarganya ini kelihatan resah. "Siapa?"keningnya berkerut tidak sedap hati. Siapa pula yang datang di tengah malam dalam keadaan cuaca buruk begini?Mustahak sangat ke!?

          "Saya tidak pasti siapa...tetapi dia hanya datang bersama kuda tungangannya. Dan mahu menemui tuan.."

           Haish!Siapa pulak ni!Alfareeze jalan ke arah tempat gantungan kot. Dia capai jaket labuh tebal bersama mafela lalu dipakai dengan segera. "Bawa saya temui orang itu sekarang.."gesanya dengan kasar.

Pengawal tadi dengan segera mengiringi Alfareeze keluar dari rumah agam sehinggalah merentasi laluan panjang menuju ke pintu pagar Utama rumah tersebut. Memang bersalji habis kepala mereka waktu itu sebaik tiba di situ.

Dan serta merta Alfareeze jadi kejung sebaik saja melihat siapa yang sedang berdiri di bawah salji bersama kuda di sebelah menghadap pintu pagar tu!

Ya Tuhanku!

Serius la!

          Hendak gugur jantung dari tangkainya taktala Alfareeze sedar siapakah yang berada di situ tidak berpakaian tebal dan ditimpa salji. "Kau dah hilang akal ke apa!"bentaknya semasa berjalan laju ke arah orang tersebut.

Pengawal yang menjaga pintu pagar di situ ikut perhatikan Alfareeze mendapatkan orang yang kelihatan sungguh kasihan sekali keadaannya. Mereka sendiri kebingungan.

Di situ berdirinya Darra. Mengigil di bawah timpaan salji kerana dia dari akademi terus ke rumah agam Keluarga Marcel semata ingin menemui Alfareeze.

          "Kenapa kau ke sini malam-malam macam ni?Sendirian pulak tu!"kelam kabut Alfareeze menanggalkan jaket dan mafelanya untuk dipakaikan ke tubuh Darra yang hanya beralaskan pakaian yang nipis. Rambut itu telah basah kerana ditimpa salji. Mata, hidung dan pipi kemerahan. Bibir pink dia pucat. "Apa yang kau fikirkan hah!" marahnya betul-betul di depan muka itu.

Mata berair Darra bergerak-gerak meneliti wajah Alfareeze, dia begitu pegun kerana dapat melihat wajah yang paling dia rindui selama ini. Wajah yang membuatkan dia tidak tenang dan harinya murung.

         Dengan cemas, Alfareeze bawa tangan Darra ke dalam tangannya lalu dihembus hangat dengan nafasnya. "Kau sedar tak apa kau buat ni?Kau dah nak mati sangat ke sampai berani-berani ke sini dalam keadaan macam ni..."kening itu berkerut susah hati.

Air mata menitis turun ke pipi Darra kerana dia gembira mendengar suara Alfareeze begitu dekatnya. Sentuhan yang dia giankan selama berbulan akhirnya terubat akhirnya.

Oleh kerana Darra tidak mengatakan apa-apa dan membisu sejak tadi, Alfareeze terus terdiam. Dia terkedu bukan kerana Darra mendiam, tapi sebab Alfareeze tersedar apa yang dia baru saja lakukan!Dia pandang ke wajah itu dengan nafas naik turun kesejukan. Perkara pertama yang dia lihat adalah mata berkaca dan kemerahan Darra sebaik saja mereka saling bertemu pandangan.

Tidak sepatutnya dia beri reaksi seperti ini!Sepatutnya dia halau dan tolak Darra menjauh. Bukan seperti ini-

Menyedari hal tersebut, Alfareeze terus menjatuhkan tangan Darra ke bawah dan mengundur ke belakang. Betapa terkejutnya dia hingga dia tidak berfikir panjang kerana risau melihat keadaan Darra tadi.

Mata Darra tunduk memandang ke tangannya sejurus Alfareeze melepaskannya. Kenapa dilepaskan...dia belum puas lagi!

         "Kenapa kau ke sini Darrius?"

Darra tidak menjawab. Dia hanya berdiri di situ memandang wajah marah Alfareeze.

Dada Alfareeze saat itu berombak kencang. Naik turun tidak menentu kerana betapa terdesaknya dia mengawal diri untuk tidak menarik Darra ke dalam pelukannya.

Selangkah Darra maju ke hadapan.

         "Balik sekarang. Kau tak sepatutnya berada di sini."beritahu Alfareeze dengan kening berkerut marah ke Darra. "Aku akan arahkan orang untuk hantar kau pulang ke akademi semula."selangkah Alfareeze mengundur ke belakang.

Setitis demi setitis air mata gugur dari mata bundar Darra tanpa dapat dia kawal lagi. Ada banyak perkara dia mahu beritahu Alfareeze tapi dia tidak tahu hendak mula dari mana. Apa dia tahu dia mahu menemui Alfareeze sahaja. Selangkah lagi Darra ambil untuk ke depan.

          Mata Alfareeze jatuh ke kaki tidak beralas Darra saat itu. Berketik rahangnya kerana berasa terganggu dengan keadaan gadis tersebut. Memangnya tak sempat ke untuk pakai kasut. "Kenapa dengan kau!Apa lagi yang kau nak dari aku!Katakannya sekarang!Kemudian pergi dari sini!"marahnya kerana begitu sedih melihat Darra begini.

Bibir pucat Darra tercebik sedih saat dia terus berjalan dan tidak berhenti dari mendekati Alfareeze. Matanya terarah pada wajah marah itu.

Sambil mengepal penumbuk dengan erat, Alfareeze tidak lagi mengundur, dia malah berdiri di situ sehingga Darra tiba dihadapannya. Dan dia pandang wajah merah Darra dengan nafas tersekat-sekat akibat kesejukan.

Mahu apalagi Darra padanya?

Tidak cukup lagi menyuruh dia untuk pergi dan lupakan perasaan cintanya ini!

Tidak cukup lagi menyeksa dirinya kerana menahan rindu dari mendekat!?

Mata Alfareeze mula kemerahan. Hidungnya juga ikut kemerahan kerana suhu sejuk waktu itu dia tunduk memandang kepala Darra yang ada di depan dadanya.

          "Katakannya Darrius. Kalau kau mendiam, aku akan pergi."arahnya perlahan.

Masih tunduk memandang ke bawah, Darra diam di depan Alfareeze. Menangis tanpa suara. Dia pun tak tahu. Kalau dia tahu sudah lama dia beritahu. Masalahnya sekarang dia sendiri tidak tahu!

Mahu mula dari mana, hendak katakan apa...dia tidak tahu.

Apa dia tahu, dia hanya ingin menemui Alfareeze di situ!

Air mata turun mengalir ke hujung hidung Darra apabila rehatkan dahinya ke dada Alfareeze. Dia mengaku!Dia mahukan Alfareeze. Dia cintakan lelaki ini. Dia mahu menjadi milik Alfareeze. Dia enggan Alfareeze bersama dengan sesiapa kecuali dirinya. Dia enggan Alfareeze menjauh darinya lagi!

         "Okay. Diam la kau situ."

Dasar si degil!Ketap Alfareeze sebelum berpusing hendak pergi dari situ kerana Darra enggan mengatakan apa-apa.

Berpusing saja Alfareeze, Darra cepat-cepat cubit hujung belakang baju tidur hitam lelaki itu. Kepala masih tunduk memandang ke lantai bersalji dibawah kakinya.

Tarikan kecil pada bajunya itu serta merta membuatkan Alfareeze berhenti. Dia memejamkan mata sambil gigit bawah bibir kegeraman. Di dalam hati sudah menyumpah seranah! Tak guna betul!Memang tak guna!Betapa bengangnya dia rasakan.

Takut-takut Darra membuka mulut.

         "Boleh aku stay dekat dengan kau...?"kecil saja suaranya di belakang ketika itu.

Perlahan-lahan Alfareeze membuka mata, memandang langit yang masih dihujani salji dengan sebak mahu menangis. Nafasnya di atur untuk mencari kekuatan mahu menolak Darra. Serius beritahu, dia betul-betul telah berputus asa dengan semua ini!

Sedang Darra termenung memandang ke bawah, tiba-tiba satu cengkaman dirasai pada pergelangan tangannya dengan lembut sebelum tangannya ditarik. Hal itu membuatkan dia memandang ke depan dan berjalan pada masa yang sama. Alfareeze sedang membawanya untuk masuk ke dalam, tetapi lelaki itu tidak mengatakan apa-apa atau menoleh kepadanya.

Maka berjalanlah dua orang itu merentasi laluan bersalji tebal dengan senyap tidak bersuara.

Kuda tungangan Darra di ambil oleh pengawal sebelum pintu pagar gergasi tersebut tertutup semula setelah dua orang itu hilang dari laluan gelap menuju ke dalam rumah agam. Meninggalkan tempat itu menjadi sunyi sepi semula seperti sedia kala.

Bab berikutnya