webnovel

Episode 47 : Ajak

"Kau nampak dia tak?"

"Mana nak cari si pendek tu dekat sini?"

"Dah la kecik cemetot...entah menyorok celah meja pun orang takkan perasan..."

"Cari pakai mata...bukan pakai mulut..."beritahu Marvin semasa menjengah leher mencari kelibat Darra di ramai-ramai pelajar dalam dewan makan tu.

Mereka semua sebenarnya baru saja habis kelas. Kemudian Marvin terlintas hendak keluar dari akademi untuk ke tempat biasa dia, William dan yang lain berlepak setiap habis kelas. Sepatutnya dia dah keluar, tapi teringatkan Darra, dia arahkan rakan-rakannya untuk mencari cik muda seorang itu untuk ikut mereka mengembara sekali.

"Hah!Dah jumpa tu hah!Comel je duduk sendiri dekat meja tu!"tunjuk William sambil menepuk bahu Marvin.

"Kau orang beritahu yang tunggu dekat tembok belakang."beritahu Marvin semasa mengajak William untuk mengikutnya bersama.

"Okay. Jumpa dekat situ."angguk tiga lagi rakan Marvin.

Darra di meja makan ketika itu sedang sendirian menelaah bersama buku dan sepinggan buah-buahan di sebelah kanan buku-buku di situ.

"BAH!!"sergah Marvin dari belakang saat tundukkan kepala ke kanan bahu Darra.

Melompat terkejut Darra dekat kerusi tu sebelum dia palingkan kepala ke kanan. Bertemu muka dengan Marvin yang sedang tersenyum girang. "Dah kenapa kau?"soalnya.

"Jom!"ajak William semasa menutup buku serta kemas semua barang dari meja makan.

Terkebil-kebil Darra dibuat tangan-tangan yang sibuk disekelilingnya. Apa yang sedang berlaku ni?Mereka mahu apa? "Apa yang kau orang berdua cuba buat ni?"

"Ikut aje la...nanti awak tahu kita nak ke mana.."beritahu Marvin mencapai kot uniform Darra dari bangku lalu di gantung ke atas bahu sewaktu menarik Darra bangun dari situ.

"Yalah..kalau ya pun beritahu la kau nak bawa aku ke mana?"mahu tak mahu Darra Ikutkan saja.

"Kau akan tahu nanti...cepat lari.."William berlari sama dengan beg dan buku Darra.

Lantas Marvin pegang tangan Darra merentasi koridor lalu melewati laluan luas yang merentasi tembok yang banyak kemudian mereka masuk ke dalam kawasan lapang akademi sebelum keluar dari tempat itu.

"Kenapa kita kena lari ni?"tanya Darra berasa lucu dengan situasi mereka bertiga saat itu. Mengah dia kerana mereka berdua lari terlalu pantas.

William menoleh ke belakang. "Sebab mereka!"tunjuk ke belakang.

"Hahaha...lari cepat Darrius!!"ketawa Marvin menarik Darra bersamanya ke depan.

"Hah?"toleh Darra ke belakang saat dirinya di tarik. Bila dia pandang ke belakang beberapa orang pengawas sedang mengejar mereka. "Serius la!Kau orang berdua akan letakkan aku dalam masalah..."

"Jangan risau. Kita orang dah biasa. Dekan pun tak boleh nak cakap apa. Bukan langgar peraturan pun."laung William.

"Hei!Berhenti sekarang!William!Marvin!"laung pengawas di belakang.

Akhirnya mereka tiba di sebuah tembok. Di atas tembok itu duduknya sekumpulan pelajar lelaki. Ada yang berkemeja sahaja tiada kot, ada juga yang masih mengenakan uniform lengkap.

"Sini..cepat!"mereka memanggil di atas tembok sambil menghulur tangan supaya di sambut.

"Angkat Darrius dulu. Badan dia kecil dari kau Marvin!"beritahu William bersedia di tembok itu untuk menjadi tangga untuk lompat ke atas.

"Hah?"Darra terpinga-pinga. Serius beritahu dia tak pernah panjat tembok ke apa semua ni!Pertama kali seumur hidup dia buat kerja gila ni. "Panjat tembok?"

"Sambut tangan dia orang Darrius!"beritahu Marvin semasa memegang pinggang Darra lalu mengangkat Darra ke atas dibantu oleh William.

"Oh my gosh!"gumam Darra penuh debar taktala tangannya dicapai sebelum di tarik ke atas tembok tersebut. Serius la mereka semua ni!

"Lompat Darrius!"beritahu mereka yang sedang berdiri di bawah selepas Darra ada di atas tembok tu. Tangan mereka sudah siap hendak sambut Darra waktu itu.

"Kita nak ke mana sebenarnya ni?Sampai kena kejar dengan pengawas bagai?"tanya Darra semasa tujah ke hadapan tanpa ragu-ragu kerana dia dengan selamat disambut oleh pelajar lelaki di bawah tu sesaat kemudian.

"Kita nak ke air terjun...dekat aje. Dekat belakang hutan ni."

"Memandangkan kita semua ada ujian lepas ni, mesti ramai akan sibuk belajar. Jadi masa ni la kita lepak dekat situ.."

"Jom...jom sebelum kena tangkap dengan 'polis'!"ajak Marvin yang mendarat tidak lama kemudian di belakang Darra.

"Kau dah hilang akal sangat ke Marvin?"tanya Darra semasa mereka mula berjalan melalui laluan kecil dalam satu barisan lurus bersama. Kira-kira 12 orang pelajar lelaki yang mengikuti mereka.

"Relaks Darrius..hidup kena ambil cabaran. Baru seronok.."sampuk William dari belakang.

Bukan itu masalahnya. Masalahnya sekarang dia seorang saja perempuan dalam kumpulan ni dan mereka semua adalah lelaki!Kalau pergi air terjun itu bermakna mereka semua akan mandi-mandi. Yang dia ni macam mana pulak! "Bukan itu maksud aku la...peduli la kau orang nak pergi air terjun ke panjat tembok ke apa"Darra tarik bahu Marvin untuk turun ke bawah supaya dapat berbisik pada telinga itu.

Marvin yang ketika itu sedang memukul rakannya di depan tertunduk sedikit tanpa sedar sampailah Darra berbisik di telinganya.

"Aku macam mana nanti?"bisik Darra.

"Tengok aje la..."beritahu Marvin dengan sengih menyakat.

SLAP!

Darra pukul belakang kepala Marvin. Perangai tu memang tak senonoh kan!

"Hhahaha!"Marvin rangkul bahu Darra dan jalan berdamping sepanjang perjalanan mereka merentasi hutan belukar untuk beberapa meter dari belakang akademi.

Hampir 15 minit berjalan, baru dengar bunyi air terjun.

Semua di situ kelihatan sudah terbiasa melalui kawasan tersebut kerana dengan bersahaja mereka berborak dan bersantai tanpa ada rasa risau atau takut.

Darra aje di situ takut-takut melihat sekeliling kerana terbayangkan ada benda yang melompat keluar tiba-tiba dari balik celah pokok dan semak. Kalau betul ada benda yang terkam atau lompat ke arah dia, memang Marvin orang yang di jadikan shield nanti.

"WAHHH!!!!!"

"Air terjun!"

"Siapa yang paling lambat sampai puncak kena belanja ubi keledek bakar malam ni!"

"Arghhh!!!!"

Seperti cimpanzi terlebih hormon, kesemua pelajar-pelajar di situ mula berlari ke arah tepi kawasan air terjun. Tanpa berfikir panjang masing-masing menanggalkan pakaian mereka. Ada yang masuk dengan seluar slack ada yang berseluar pendek dan boxer sahaja.

Dengan muka berserah Darra pandang ke Marvin. "Apa sebenarnya motif kau bawa aku ke sini hah?"

"Awak asyik dengan buku awak tu...saya risau ianya akan jejaskan kesihatan awak Darrius. Kebetulan saya nak keluar ke sini, saya bawalah awak bersama. Tak apa duduk rendam kaki dekat tepi tu pun boleh. Saya dah beritahu dengan kawan-kawan sekelas saya tadi. Mereka takkan ganggu awak."beritahu Marvin sambil bawa Darra ke sebuah tempat kering untuk diduduki.n

"Lamanya tak datang sini..."William serahkan beg Darra kepada tuannya semula. Sebelum mula menanggalkan blaze, kemeja, kasut, stoking dan kemudiannya seluar di sebelah Darra begitu saja.

Hendak terkejut pun tiada guna, Darra lirik sekejap ke belakang William sebelum lelaki itu terjun ke dalam air. Membuatkan air terpercik mengenai muka dan pakaiannya.

"Duduk la..cuci mata tengok abang-abang senior tak pakai baju. Mana tahu stress awak terus hilang.."sakat Marvin menepuk kepala Darra.

Dengan marah, Darra tampar tangan Marvin sebelum lelaki itu ikut menyertai kesemua pelajar lelaki dalam air. Meninggalkan Darra sendirian di tepi.

Suara teriakan dan jeritan mereka penuh di kawasan itu apabila sebahagian dari mereka bergusti dalam air. Mencampak antara satu sama lain seperti badan kawan mereka itu sekarung kentang. Ada juga yang main-main terapung atas permukaan air. Ada juga yang bermain siapa tahan nafas paling lama dalam air. Ada juga yang panjat dan lompat dari tempat tinggi untuk lihat siapa punya percikan air paling besar.

Darra di tepi waktu itu perhatikan mereka semua dengan sengih tak percaya. Mudah jadi lelaki ni, tak kira la sebesar mana atau sekecil mana sesuatu aktiviti tu, mereka mudah gembira. Kalau perempuan ni leceh ni nak rasa seronok...ada aje banyak halangannya. Jadi nak berseronok ambil masa.

Selama sejam mereka semua bermain air. Dan selama sejam itu Darra sempat menelaah dua matapelajaran dengan tenang. Selepas itu mereka semua pulang ke akademi. Masa perjalanan tu semua senyap macam tiada orang kerana kepenatan. Yang mana Darra amat hargainya. Kerana kalau lelaki-lelaki bercakap riuh sungguh seperti pasar. Penat dengar!

Marvin, William dan Darra balik bersama kerana mereka di dalam satu bangunan asrama yang lain. Sementara rakan-rakan yang lain berpisah ke asrama masing-masing.

Kebetulan ketika Darra jalan paling belakang, dia ternampak kelibat seseorang menyelinap keluar dari bangunan Utama sambil memegang sesuatu di tangan seakan helaian kertas kulit. Dan bila dia lihat dengan jelas orang itu adalah Bian.

Lantak la situ.

Tanpa memikirkan apa-apa, dia pandang semula ke depan dan mendaki tangga.

Bab berikutnya